Dua hari,
Dua hari di tahun baharu,
Dia ada yang baru.Apa dosa aku?
Senang benar manusia gantikan.
Apa salahnya aku?
Senang benar manusia tinggalkan.
Apa kurangnya aku?
Hingga susah untuk dia bertahan.Ya Tuhan,
Kenapa aku yang selalu Kau malangkan?
Dalam seramai manusia yang lagi jalang,
Aku yang Kau punahkan.Oh Tuhan,
Sukar benar untukku terima,
Bila berkali-kali aku yang diluka,
Dengan cinta dusta sang manusia.Sakit benar rasanya Tuhan,
Bila hati kecil ini dirobek, dihancur ranahkan,
Ku pasti Kau lagi mengerti,
Duka yang ada di dalam ini.
YOU ARE READING
Tulis
PoetryPuisi itu makanan jiwa. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekadar luahan yang tak terucap dek beratnya mulut. Jadi, aku biarkan jari meluahkan apa yang ada dihati.