Dia pergi jauh,
Khabarnya untuk kelangsungan hidup,
Ditinggalkan aku diseberang ini bersama segunung rindu yang kuusung saban hari,
Kehulu-kehilir.
Apalah makna cintaku ini,
Hanya udara yang dihirup lalu, dihembus merata;
Sementara.
Tiada harga.Langkah kuterus,
Walau longlai geraknya,
Aku kepenatan,
Rindu ini terlalu berat ,
Ia bagai menghenyak-henyak dada,
Minta dilepas.Sabarlah rindu,
Dia terlalu jauh.
YOU ARE READING
Tulis
PoetryPuisi itu makanan jiwa. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekadar luahan yang tak terucap dek beratnya mulut. Jadi, aku biarkan jari meluahkan apa yang ada dihati.