Jika kau tanya bulan,
Apa ertinya cinta,
Pasti jawabnya menerangi alam kala malam,
Itulah cinta.Jika kau tanya alam,
Apa ertinya cinta,
Pasti jawabnya memeluk sayu sang manusia,
Itulah cinta.Jika kau tanya manusia,
Apa ertinya cinta,
Pasti berjuta jawapan yang kau terima,
Kerana cinta itu tiada definisi tetapnya.
YOU ARE READING
Tulis
PoetryPuisi itu makanan jiwa. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekadar luahan yang tak terucap dek beratnya mulut. Jadi, aku biarkan jari meluahkan apa yang ada dihati.