asrama bab 1

4K 121 18
                                    

Jungkook mengemas dan memasukkan bajunya ke dalam almari pakaian miliknya. Dia kini telah selamat menjadi pelajar di sekolah asrama itu atas saranan daripada omma dan appanya. Dia bukan suka sangat dengan sekolah asrama ni. Takde kebebasan. Bosan. Hambar. Boring. Yadaa yadaa. Tak boleh tengok tv. Tak boleh tengok runningman .Urghh. Bosannya😞😞😞. Sekolah high school . Entah apa yang menarik pasal sekolah asrama swasta ni sampai omma dengan appanya beria-ia suruh dia masuk.
Dia merenung sekeliling biliknya. Satu bilik ada tiga orang. Sekolahnya tidak mengamalkan sistem dorm tetapi mengamalkan sistem bilik. Baguslah. Dia pun bukannya nak beramah mesra pun dengan semua orang. Sebab dia rasa, dia akan meletup terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan. Dia sebenarnya agak terlambat dalam pendaftaran. Lagi dua orang ahli biliknya dah pergi ke Dewan Makan. Dan dia sendiri pun tak kenal ahli biliknya. Sadis~
Kalau dah jadi benci, semua benda dia akan benci sebencinya. Termasuklah orang tu sebaik mana sekali pun. Harap takde la perangai yang mengundang macam apa je. Tu namanya mengundang nak mintak pelempang ulung dari dia.
"Hai." Sapa seseorang.
Aduh..Siapa la pulak yang terlebih peramah ni. Dia berpaling melihat si pemanggil sebentar tadi. Jungkook kerut dahi tengok orang yang panggil dia. Siapa pulak mamat depan mata dia ni? Roommate dia ke?
"Hai." Sapa dia pendek sekadar cukup syarat. Dia telek budak lelaki yang tegur dia sebentar tadi. Dia pandang atas bawah, atas bawah budak lelaki tu. Budak lelaki tadi menghulur tangan.
"Taehyung."
"Jungkook." Balas dia sambil menghulur tangan untuk bersalaman. Kalau tak sambut di kata kurang ajar la pulak.
"Emm, kenapa tak pergi dewan makan lagi?" Tanya Taehyung
"Kau budak bilik ni ke?" Tanya Jungkook balik tak jawab soalan Taehyung gelak. "Aah. Katil aku seberang katil kau." Tunjuk Taehyung pada katil dia yang bercadar Biru.
Jungkook da mengeluh dalam hati. Budak ni macam bakal bawak bala je dalam hidup aku.
"Tadi aku pergi toilet kejap, bila balik bilik, tengok pintu terbukak and tadaa, jumpa kau sebagai seorang roommate baru." Taehyung sengih-sengih lebar.
Dan ye, Jungkook dapat merasakan dengan bahawasanya mamat depan mata dia ni bakal membawa bala dalam hidup dia. Bukan sekarang, maybe esok atau minggu depan atau bulan depan atau tahun depan........
Dan kalau tak budak depan dia yang nama Taehyung ni bawak bala, might be anak si Taehyung atau cucu Taehyung yang bawak bala pada dia.
"Eh? Kenapa tak pergi Dewan Makan lagi?" Taehyung ulang soalan.
Jungkook mengerutkan dahi. Budak ni macam nak kena je dengan aku. Suka hati aku la nak pergi ke tak ke apa ke. Haih, mood aku tengah tak baik sebab kena paksa masuk sekolah ni, kau pulak nak terlebih ramah mesra dengan aku. -,- mianhae la Taehyung. Tunggu la mood aku masuk dalam keadaan yang baik sikit, baru aku tegur kau dengan kadar yang ceria lagi bergelak ketawa.
"Cepat sikit tau. Pakai pakaian formal sebab lepas tu ada majlis dan sedikit taklimat."
Jungkook tak tahu nak buat reaksi apa sebab budak bernama Taehyung itu duduk di atas katil dia selepas itu.
"Aku tunggu kau la." Putus Taehyung.
"Aku tak rasa aku nak pergi." Balas Jungkook. Dia menyambung kembali aktiviti memasukkan pakaian ke dalam almari.
"Why?" Taehyung dah berkerut dahi.
Boleh tak kalau dia nak jawab, sebab kau menyemak dekat sini. "Saja je..malas"
"Wajib la."
"Maka?" Ai, budak ni boleh tahan mengundang.
"Pakai tie sekali tau." Taehyung bangun. "Kalau wajib, kita kena patuhi." Roommate dia sengih. "Aku pergi dulu la. Dah lambat ni. Okbai."
Dan Jungkook sekali lagi tak tahu nak buat reaksi apa. That dude for sure memang la barabas aneh gila.

Jungkook turun melalui tangga menuju ke Dewan Makan sambil tali leher tergantung pada batang lehernya. Dia sejujurnya tidak tahu untuk mengikat tali leher. Dia pernah cuba mempelajarinya daripada kawan-kawan di sekolah lamanya, malangnya, dia terlalu dungu dalam hal-hal yang memerlukan kepakaran ni. Dia kini berada di ground floor dan sedang melalui Koridor Pintar sebelum seorang lelaki memanggilnya.
"Eh, sini kejap."
Jungkook tak bergerak. Aduh, apa pulak ni. Lelaki yang memanggilnya tadi mula menghampiri. "Apesal tak ikat tie?" Tanyanya serius
Jungkook mula merasakan bala dia bertemu Taehyung kini da datang muncul depan mata dia. "Err," Jungkook buat riak muka bersalah. Ni semua salah Taehyung sebab bawak bala kat aku. Hahaha. Tak pasal-pasal budak tu dapat gelaran bawak bala. "Tak tahu ikat la." Jawabnya perlahan. Sangat memalukan okay kalau seorang lelaki tak tahu ikat tie. Dulu, kat sekolah lamanya dia kena gelak hanya sebab tak tahu ikat tie. Sedih betul. Jungkook memandang orang yang berada di hadapannya.
Bergaya! Tapi malangnya sangat serius orangnya macam singa kelaparan. Jungkook muram. Lelaki tadi mengambil tie Jungkook.
"Meh aku buatkan. Ikat tie pun tak tahu. Memalukan." Rungut lelaki tu. Jungkook hanya tersengih bersalah. Tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Jungkook hanya perhati je tengok lelaki tu tolong ikatkan tie dia.
"Nah." Hulur lelaki tu. "Dah siap. Cuba dulu. Mana tahu terlebih panjang ke, terlebih pendek ke."
Jungkook terus cuba ikut arahan lelaki depan mata dia tu.
"Nama aku Seok jin." Hisha menghulur tangan.
"Nama saya Jungkook." Jungkook sambut salaman. "Abang tahun akhir dekat sekolah ni ke?"
"Abang?" Jin buat muka. "Muka hansem macam aku, kau panggil abang?" Muka Jin jadi masam.
Erk. "Bukan ke?" Jungkook gelabah. "Sorry, sorry."
Jin kemudiannya senyum. "Gurau je la." Dia menggosok-gosok kepala Jungkook. "Aku memang tahun akhir, tapi stop calling me abang. Eww, buat aku rasa tua. Nak termuntah. Panggil aku Jin je macam semua orang panggil aku. Clear?" Tanya Jin serius.
Jungkook membetulkan rambutnya. "Sangat clear."
"Ouch, sorry pasal kau punya rambut. Jom pergi Dewan Makan. Dah lambat ni. Sepatutnya kau ada taklimat keselamatan lepas ni. Apesal lambat?" Tanya Jin macam pegawai keselamatan. Kedua-duanya mula bergerak menuju ke dewan.
"Tadi daftar lambat sikit. Tu yang lambat sikit ni." Mereka berdua melintasi Koridor Pintar sebelum sampai ke Taman Ilmuan.
"Depan tu Dewan Makan. Pergi masuk. Aku ada hal kejap. Nanti kalau ada apa-apa hal, jumpa aku kay." Dan Jin terus berlalu meninggalkan Jungkook tanpa dengar balasan dari budak lelaki tu. Jungkook hanya perhatikan Jin berlalu dari situ tanpa sempat cakap apa-apa. Jungkook julingkan mata ke atas .Baik kau cakap dengan dinding kalau nak cakap sesorang semata. Bebudak sekolah ni memang la pelik gila.
Ke aku yang pelik sebenarnya?

AKU BUKAN GAY~JUNGKOOK +[bts+baekhyun]Where stories live. Discover now