ARIANA tenung Edzuary yang sibuk meneliti sesuatu dalam Tab Applenya itu. Entah apa yang ditenung pun, Ariana tak tahu. Senyap lagi antara mereka. Hanya bunyi pendingin hawa yang kedengaran.
Haish... Apa motif Edzuary panggil dia? Kalau setakat nak jadi mak pacak lepas tu pandang muka handsome dia tu, baik cakap awal-awal.
Wajah Edzuary diteliti lagi. Memanglah kacak. Kening tebal. Mata pula, boleh cair tengok. Hidung mancung. Bibir merah. Badan pun tough. Tinggi pula tu. Tapi, alangkah indahnya kalau peribadinya pun cantik. Pasti tiada cacat celanya.
"Yang kau tenung aku macam tu kenapa? Aku handsome sangat ker hari ni?" Ariana tengok dia sekarang ni macam nak dilenyek-lenyek jadi lepat pisang.
"Aku tenung kau sebab kau handsome? Hotak kau! Dalam mimpi la! Memang kau handsome, tapi tak bermaksud aku tengok kau sebab kau handsome." Amek kau! Kau tak kenal habis Ariana Elisya lagilah, Edzuary!
Gila budak ni! Tak sangka Ariana berani cakap macam tu. Kalau perempuan lain, beratus pujian yang didengarinya. Tapi lain pula dengan Ariana.
"Ada apa Encik panggil saya?" Soal Ariana. Malas nak bertekak dengan Edzuary.
Edzuary teringat idea jahatnya yang dirancang sebelum menyeru Ariana ke biliknya. Kena ubah sikit ni... Bagi pengajaran sikit dekat budak ni.
"Aku nak kau buatkan air kopi untuk aku. Aku haus..." Selamba datuk badak Edzuary memberi arahan.
Ariana yang dengar terus membulatkan mata. Mulut nganga besar-besar macam minta lalat masuk menziarah.
"Apa?! Saya bukan PA Encik okey... Suruhlah Eva yang buatkan..." Bantah Ariana. Serius dia nak aku buatkan dia air kopi? Haha, memang tak sayang nyawa la wei! Karang aku jadikan garam sebagai pengganti gula baru tau!
Edzuary berdehem. "Aku bos ker, kau bos? Kau nak menderhaka dengan bos kau ker?" Edzuary berdiri kemudian bercekak pinggang. Ariana makin panas hati.
"Habis tu yang Encik membuli pekerja tu tak derhaka pulak?" Ariana betul-betul memulangkan paku buah keras. Bukan aje paku buah keras, paku besi pun dia sanggup pulangkan.
Pap! Tajam betul mulut minah tu!
"Saya keluar buat kopi untuk Encik Edzuary dulu ye..." Ariana minta izin. Sempat dihadiahkan senyuman paling manis kepada Edzuary. Dengan niat nak menyindir sebenarnya.
Edzuary melihat Ariana keluar. Gila betul!
........................................................................
"NAH, Encik..." Ariana letak secawan kopi di hadapan meja Edzuary. Gelak jahat muncul di dalam hati. Kalau gelak depan-depan kantoi pulak. Ha, sekarang rasakan kopi buatan Ariana Elisya yang paling sedap di alam semesta! Otak mula bayangkan apa yang bakal terjadi.
Edzuary jenguk tengok air kopi di depannya. "Alu tak suka black coffee! White coffee please..." Kata Edzuary kemudian sambung belek kertas di hadapannya. Ya, memang dia tak suka Black Coffee.
Ariana yang dengar macam nak pitam. What?! Mamat ni sengaja nak kenakan aku ker? Hailah... Tak jadilah plan jahat dia nak kenakan Edzuary. Okey takpe... Bubuh garam dalam White Coffee mamat tu pulak. Hehe...
"Okey, Encik..." Ariana patuh. Tak sabar nak tengok plan jahatnya berjaya.
Ariana ketuk pintu bilik Edzuary 10 minit kemudian. Inilah masanya! Secawan White Coffee yang dimahukan Edzuary diletakkan di meja.
"Jemput minum Encik..." Kali ini Ariana dapat rasakan rancangannya berjaya.
Edzuary pandang White Coffee di hadapannya kemudian sandar tubuh pada kerusi. Mata tepat pandang Ariana. Memang matilah kalau dia minum air kopi buatan Ariana tanpa periksa bahan-bahannya terlebih dahulu. Ariana tu bukannya boleh peecaya sangat. Semua kemungkinan akan berlaku kalau dah namanya Ariana!
YOU ARE READING
AWAS KALAU DAH SUKA!!
RomanceKisah Edzuary Safuan dan Ariana Elisya. Sejak pertama kali bertentang mata, bertegang urat adalah perkara biasa dan wajib apabila mereka bertembung. Ariana seorang perempuan cantik bertudung tetapi mulut, ya Tuhan! Mengalahkan machine gun! Setelah d...