BAB 6

244 16 7
                                    

TAK guna punya spesis. Sepatutnya spesis macam tu, kena sumpah jadi buaya. Rasa marah Ariana membuak-buak sejak menghadap Edzuary lagi. Terbawa-bawa sampai rumah.

Ariana hempas tubuhnya atas katil. Kemudian ambil bantal peluk, letak atas muka. Tak tahu rasa sekarang ni. Pejam mata. Terbayang terus muka jacak selamba Edzuary mengungkit kejadian beberapa hari lepas. Menempah maut betul! Buka balik mata. Ya Tuhan.. Sakitnya mata dan hati! Harap muka aje handsome, tapi perangai macam hantu. Huh..

Puan Saleha yang baru jejak kaki masuk rumah berhenti. Dia pandang dua pasang kasut milik Ariana di depan pintu rumah.

Aik? Dah balik ker?

Sekuat hati Ariana tumbuk bantal peluknya. Meskipun hanya bantal, tapi memang dah disetkan dalam kepalanya yang itu adalah lelaki bernama Edzuary Safuan. Ariana tumbuk sekuat-kuatnya. Rasa macam dia tengah tumbuk betul-betul kat muka kacak lelaki itu.

Bunyi daun pintu ditolak dari luar. Masa tu tepat penumbuknya di atas kepala. Ariana pandang Uminya yang masuk. Terus malu dan turun tangan.

Puan Saleha mendekati anaknya yang tengah duduk bersila di tengah-tengah katil. Kalau tengok muka anaknya tambah pula dengan bantal di depannya yang dah macam kena hentam meteor, dah dapat diagak anaknya tengah melepaskan geram.

"Awal Ana balik?"

"Umi!" Pantas Ariana mendekati Uminya. Tubuh Uminya dipeluk kejap. Macam nak nangis aje. Jap, kalau nangis tu bukan Ariana la gayanya!

"Eh, kenapa ni Ana?" Soal Puan Saleha terpinga-pinga.

"Umi, Ana kena reject masa interview.. Rupanya anak Uncle Erizal tu mamat mereng yang selalu langgar Ana sebelum ni... kenapa mesti dia Umi?" Ariana jawab dengan muka monyok pandang Uminya.

"Isyhh, macam tak percayalah Umi... Kecik betul dunia ni kan.. Ni mesti Ana gaduh lagi kan?" Selidik Puan Saleha. Macam tahu-tahu yang anaknya itu bergaduh. Hey, kalah bomoh!

"Dialah yang mula dulu.." Ariana tidak mahu kalah.

"Ana, Ana.. Cubalah bawak bersabar.."

"Ariana pun memang tak nak kerja kat situ. Macam tak boleh ngam aje lepas tahu mamat tu CEO. Memang berperanglah hari-hari rasanya."

"Dahlah... Rasa lapar la pula, Umi. Jom Ana tolong masak." Ariana bangun.

Mood Ariana dah okey. Tersenyum Puan Saleha tengok anaknya. Macam itulah perangainya. Kejap aje dia akan marah. Lepas tu semua akan kembali macam biasa

........................................................................

TAN SRI ERIZAL melangkah masuk ke bilik ofis anaknya. Memang sengaja dia datang mandatori sebab mahu tahu sama ada Ariana diterima kerja atau tak.

"Ha, Papa ada apa datang?" Selamba Si anak bertanya.

"Kamu dah terima Ariana kerja sini?" Tan Sri Erizal masih lagi berdiri di hadapan meja anaknya.

Ariana? Ni mesti minah sewel tu.. Yalah, dia bukannya tahu nama perempuan yang datang temuduga tadi.

"Oo... Dia gagal dalam interview tadi." Jawab Edzuary ringkas. Mencerun mata Tan Sri Erizal pandang anaknya.

"Kenapa Ary tak bagi dia peluang?"

Ai, macam tak puas hati aje Papa aku ni. "Memang dia gagal dalam interview tadi. Apa boleh buat?"

"Papa tak kira. Papa nak Ariana kerja esok!"

"Kalau Ary tak nak?" Cabar Edzuary.

"Papa akan tarik diri daripada jadi share holder kalau Ary tak ambil Ariana kerja."

AWAS KALAU DAH SUKA!!Where stories live. Discover now