11

2K 86 10
                                    


Bella termenung seorang diri di balkoni. Sekarang Bella berada di rumah Syafiq. Sudah seminggu dia menjadi isteri Syafiq. Seminggu juga lah dia tidak melawat Niel. Keluarga Niel juga lesap tanpa khabar berita.

Dulu sebelum Niel kemalangan , pasti mereka akan berkumpul sekeluarga seminggu sekali. Hubungan mereka sekeluarga memang rapat. Tapi semenjak Bella memutuskan pertunangannya dan berkahwin dengan Syafiq mereka tidak lagi seperti dulu.Kali terakhir Bella berjumpa keluarga Niel pun pada hari perkahwinannya sahaja.

Walaupun seminggu sudah berkahwin dengan Syafiq, Bella masih menganggap Syafiq itu seperti sahabat baiknya sendiri. Kadang kadang Bella kesian melihat Syafiq yang sedaya upaya memikatnya,  tapi  sayang. Bella bertegas yang dia memang milik Niel.

Adakah itu dianggap derhaka kepada suami? Bella keliru. Dia sayangkan Niel. Dia tidak pernah menganggap Syafiq sebagai suaminya. Tapi jelas Syafiq mencintai Bella. Apa patut dia lakukan? Haruskah dia memberi peluang kepada Syafiq? Tapi bagaimana dengan Niel?

"AHHHH!!!!!" , jerit Bella sekuat hati. Kepalanya berdenyut denyut. Bella menepuk nepuk kepalanya.

"Ya allah Bell nape ni?" , tanya Syafiq risau . Tadi dia sedang berada di luar rumah mencuci kereta. Tiba tiba terdengar Bella menjerit. Terus dia berlari naik ke atas untuk melihat apa yang terjadi. Syafiq memegang tangan Bella.

"Panasnya awak ni. Demam ni. Dah dah jom mandi tukar baju. Bagi sejuk sikit badan." , kata Syafiq lalu membawa Bella ke dalam bilik air.

Ketika Syafiq ingin mencabut baju Bella , pantas tangan Bella memegang tangan Syafiq lalu berkata- "Its ok. Aku boleh mandi sendiri."

Syafiq mengeluh. "Are u sure Bella?"

"Yup. Kau keluar lah nanti aku dah siap aku rehat la terus." , kata Bella perlahan.

"Hm ok". Syafiq berjalan keluar dari bilik air. Sebelum dia menutup pintu dia berpesan- " kau tak payah lock pintu ni. Nanti kalau jadi apa apa payah." Bella hanya mengangguk.

Setelah siap mandi Bella keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala. Terasa segar sedikit badan selepas mandi. Baru sahaja Bella ingin pergi ke bilik pakaian Syafiq terlebih dahulu masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk pintu.

"Bella, dah siap mandi ke----" , Syafiq terkedu melihat Bella yang hanya memakai tuala dari paras dada hingga ke separuh lutut sahaja. Bella juga terhenti dari berjalan. Syafiq menelan air liurnya melihat Bella dalam keadaan begitu.

Muka Bella berubah pucat . Bella menggigit bibirnya. Mukanya berubah rona merah. Sepanjang hidup mana pernah dia berpakaian begini di hadapan mana mana lelaki. Inikan pula Syafiq, rakan baiknya sendiri.

"Er.. kau.. kau nak apa?" , tanya Bella gementar.

Perlahan lahan Syafiq menapak ke arah Bella. Bella hanya kaku.Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan. Syafiq mengangkat wajah Bella supaya mata mereka bertentangan. Bella yang tadi tunduk ke bawah memandang ke muka Syafiq. Hanya beberapa cm saja muka mereka.

"you know what?" , tanya Syafiq dalam nada suara berbisik sambil sebelah tangannya menarik pinggang Bella ke dalam pelukan.

"What?" , tanya Bella.

"you owned me for a week" , kata Syafiq sambil mencium rambut Bella perlahan. Bella menelan air liurnya. Syafiq memegang pipi Bella. Dia menelengkan mukanya sambil menutup mata. Bella gelabah kerana dia tahu Syafiq akan menciumnya.

Complicated Love [Malay Novel]Where stories live. Discover now