13

1.5K 75 24
                                    

WARNING❗️
I HATE SILENT READERS.
NOTE THAT.
_______

Bella memandang Niel sayu. Dah lama dia tak melawat cinta hatinya yang terlantar di hospital ini. Keadaan Niel masih sama. Koma tanpa sebarang perubahan.

Perlahan lahan Bella memegang tangan Niel. Mula -mula terasa janggal tetapi lama- kelamaan Bella mengeratkan tangannya bersama Niel. Buat seketika segala keserabutan tentang Syafiq dilupakan. Bella berasa sebak melihat Niel. Hampir saja dia mengalirkan air mata tetapi di tahan oleh Dira.

"You need to be strong kak" , tegas Dira di bucu katil wad.Bukannya dia tidak sedih tapi sekarang abangnya memerlukan kekuatan. Bella hanya mengangguk perlahan.

"Dah lama akak tak datang melawat abang" , kata Dira sayu sambil merenung wajah abangnya. Bella hanya menundukkan wajahnya.

"Akak cintakan abang lagi ke?" , tanya Dira. Bella terus mengangkat wajahnya dan tergamam. Tidak pasti apa yang perlu di jawab. Hatinya berbelah bagi.
Lama Bella dan Dira bertentang mata tanpa bersuara. Akhirnya Dira tersenyum kecil lalu memandang Niel kembali.

"Dira..." , panggil Bella perlahan.

"Its okay kak. Dira faham. Akak dah kahwin. Sorry for asking mende macam tu" , kata Dira. Bella hanya mendiamkan diri. Tangan Niel masih digenggamnya erat. Tiba tiba Dira bersuara lagi - "ha ni akak. Nape akak datang sini eh? Akak sakit ke?"

Bella menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Er ada lah kerja sikit." Dira hanya mengiyakan sahaja dan terus membuka telefon dan membuka aplikasi twitter. Mereka berdua hanya mendiamkan diri sehingga Dira meminta izin untuk turun ke kafe.

Kini hanya tinggal Niel dan Bella sahaja. Akhirnya esakan Bella terlepas ditangan Niel. Dari tadi dia menahan air mata kesedihan ini dari keluar berjuraian tetapi dia tidak mampu. Lagi lagi melihat orang yang di sayangi terlantar di atas katil tidak sedarkan diri.

"Niel Im sorry.." , rintih Bella.

"I minta maaf sangat sebab I tak tunggu you. Sepatutnya I tunggu you. I terpaksa you. I tersepit. I had no choice. Im really sorry. I didnt mean to do this. I tak pernah terfikir pun nak menduakan you or whatever. Im really really sorry baby boo" , kata Bella sambil menangis teresak esak.

"Sayang, I promise we'll start a new life after you sedar dari koma. I promise ok." , sambung Bella lagi sambil tersenyum sayu.

"Bila lah you nak bangun ni. You tahu tak sebenarnya kenapa I dah lama tak melawat you?" , tanya Bella sambil membelai rambut Niel.

Bella menarik nafas dalam dalam dengan harapan ini hanya luahan yang hanya dia dan Allah yang dengar - "Sebenarnya, I cuba lupakan you. Sebab ya Im married Daniel. I tak nak derhaka dengan suami I. Even I memang ada plan yang I tak nak anggap Syaf as a husband but I have too. Tapi I dont know. Hati I berbelah bagi.. Sometime I fikir pasal u I rasa I sayang you . But kadang- kadang I rasa macam dah sampai masa I lupakan you. You know... Move on... I tak tahu la apa yang I rasa sekarang ni. Bila I tengok you or you family I rasa bersalah sangat sebab buat macam ni." , adu Bella. Perlahan lahan air matanya yang tadi bergenang turun kembali.

"What should I do Niel...??" , tanya Bella sambil menangis teresak esak.

Tiba tiba pintu bilik di buka. Bella mengesat air matanya dan membetulkan kedudukannya. Dira dan Darwish , adik kedua Daniel masuk ke dalam bilik bersama. Darwish atau lebih dikenali sebagai Awish di dalam keluarga seorang yang paling periang dalam keluarga.

Bella senyum kepada Darwish sebagai tanda sapa tapi Darwish menjelingnya tajam. Wajah Bella berubah apabila orang yang biasanya senyum dan bergurau senda dengannya kini bermasam muka dengannya. Wajah Darwish dingin memandang Bella.

Complicated Love [Malay Novel]Where stories live. Discover now