22

1.3K 74 30
                                    

Hi. Masih tak suka silent readers.Btw , Thanks for the overall 1k vote ;) Nah hadiah✈️
______

Syafiq bercekak pinggang melihat Bella yang masih terbungkang di atas katil. Otaknya ligat memikirkan cara untuk mengejutkan perempuan yang sedang diberi keistimewaan sebulan sekali.

Nanti kalau salah cara, dimarahnya pula. Kalau lembut sangat, tak bangun pula.

Syafiq mengambil jam loceng dan membuat alarm seminit dari sekarang lalu meletakkanya di tepi telinga Bella.

3,2,1..

KRINGGGGGGGGGGG!!!!!!!

Bella merengus perlahan sambil menggumam entah apa kemudian mencapak jam loceng itu. Sikit lagi nak kena Syafiq, tapi Syafiq sempat mengelak. Habis bateri jam terkeluar setelah dicampak.

Syafiq menggeleng perlahan lalu menuju ke arah Bella.

"Bangun la woi" , kata Syafiq lalu menarik selimut Bella tetapi Bella menarik kembali selimut tersebut dan merengus kasar.

"Kata nak gi jalan" , ujar Syafiq.

"Hmph, hmph -" , kata Bella tapi tidak jelas kerana mukanya ditutupi dengan bantal.

"Fikir aku faham?" , kata Syafiq.

Bella berpusing dan berkata , "angkat aku, pastu aku bangun" , dalam keadaan matanya masih terpejam.

Syafiq berfikir seketika. Kemudian sebiji mentol yang bercahaya muncul di atas kepala.

"Ok fine" , kata Syafiq lalu mengangkat Bella dengan 'Bridal Style.' Bella tersenyum kecil lalu memaut leher Syafiq dan sambung tidur-tidur ayamnya.

"Pehh berat gila kau sekarang" , gurau Syafiq. Bella menarik telinga Syafiq dengan kuat sehingga merah.

"Aaaaduhhh okk tak ringan gila" , kata Syafiq. Bella menepuk belakang Syafiq lalu sambung tidur-tidur ayamnya kembali.

"Dah" , kata Syafiq lalu menurunkan Bella.

"Oit! Tidur balik ke? Haih" , keluh Syafiq. Daripada tidur-tidur ayam, terus tidur mati. Puas dikejut tapi tak bangun-bangun.

Disebabkan Belka tidak bangun, Syafiq mengangkat Bella ke halaman belakang. Dia membaringkan Bella di atas rumput dengan berhati-hati supaya Bella tidak terjaga.

Syafiq mengambil air di dalam kolam menggunakan baldi kemudian membawanya ke halaman belakang. Camera telah siap dipasang.

Dalam kiraan...

1
2
3

"OH KAU NAK SIMBAH AKU DENGAN AIR EH?" ,ujar Bella lalu menendang kaki Syafiq dan mengambil baldi tersebut dari Syafiq.

Syafiq menjerit kerana terkejut dengan Bella yang tiba-tiba menjerit. Dia terjatuh dan sekali gus dijirus Bella dengan air didalam baldi.

Bella mentertawakan Syafiq yang basah kuyup di atas rumput. Sempat juga dia mengambil gambar menggunakan telefon yang memang sedia ada di dalam poket.

Syafiq cuba berdiri tetapi terjatuh sekali lagi kerana licin. Bella yang melihat Syafiq berusaha untuk bangun terus berlari masuk kerana takut dikenakan Syafiq kembali.

Complicated Love [Malay Novel]Where stories live. Discover now