25

372 13 21
                                    

-long time no see. Goodluck refresh otak haha-

•••••••

"Lambat laun dia akan tahu juga" , ujar Aryana.

Bella hanya mampu mengeluh dan tersenyum hambar. Semuanya dah terbongkar.

Daniel memandang Bella dengan muka menyampah. Tetapi dalam menyampah itu ada sedikit kecewa. Bella tahu ini salah dirinya sendiri. Dirinya adalah puncanya. Dia sedar dia tak patut lakukan semua ini dari awal.

Bella menarik nafas dalam- dalam dan bersedia dengan apa sahaja bakal terjadi.

Benci drama, tapi diri sendiri yang mulakan drama. Well, good job Bella! Sekarang semua orang fikir kau mengarut gila.

Semuanya mula terbongkar 2 bulan yang lepas. Tak lama lepas Syafiq tinggalkan Bella dan Bella meneruskan hidupnya bersama Daniel seperti dulu. Keluarga, kawan, semua orang dalam hidup Bella menghalang tegas perbuatannya . Tapi Bella terlalu ikutkan hati dan perasaan.

Bella hanya memikirkan diri sendiri. Tidak sedetik pun hatinya terfikirkan Syafiq. Bella telah melukakan kawan baiknya , suaminya sendiri!

Aku dah derhaka! Mana lagi aku nak cari syurga kalau aku sendiri tak boleh terima hakikat dia syurga aku.

"Kau tak rasa bersalah ke buat macam ni? Kat aku, Syafiq" , tanya Daniel sedih.

"Kau tipu aku Bella. How dare you? Kau tak perasan ke kau dah banyak sakitkan hati orang mostly suami kau sendiri. Sekarang dia dah takde. Kau sendiri tak tahu dia kat mana. Dia undur diri sebab dia nak tengok kau bahagia. Sorry to say but kau ni bodoh Bella. Korang berdua ni bodoh!" , carut Daniel.

Daniel sudah tidak mampu bersabar. Kini dia rasa seperti dipermainkan. Kalau dulu dia lah watak utama, sekarang apa?  Watak untuk dipermainkan ke?

Bella sedikit tersentak dengan carutan Daniel. Tapi apakan daya. Memang salah dia yang cari pasal.
Bella hanya mampu menunduk dan menahan sebak.

Heh sebak. Nangis pun tak guna sekarang. Takde apa yang akan berubah pun dengan juraian air mata walaupun sederas air sungai ia mengalir.

Memang selama ini Bella diselubungi perasaan bersalah dan keliru. Dia sebenarnya seperti hilang punca.

Dia berasa bersalah kepada semua orang terumatanya Daniel yang setia dengannya , sedangkan dia ? Menipu tanpa memikirkan perasaan orang lain haha.

Tetapi dia juga berasa keliru. Keliru dengan keputusannya yang memilih bekas tunang berbanding suami.

"Aku yang setuju untuk kahwin dengan Syafiq. Kenapa aku tolak dia sekarang? Kenapa bukan sebelum kahwin?"

"So kau memang decide untuk termenung jauh je la ? Nothing to say huh?" , sinis Daniel.

Akhirnya Bella mengangkat mukanya dan memandang mata Daniel. Riak wajah Daniel tidak berubah walaupun sedikit.

"Im sorry..." , bergetar suara Bella meminta maaf.

Dah sampai masanya dia undur diri. Menyendiri atau sebaliknya.

"I.. aku rasa aku tak boleh nak cakap sekarang. Bagi aku masa dan aku akan explain semua. Maaf Niel. Aku memang selfish. Aku akan cuba perbaiki semuanya" , kata Bella kemudian membuka pintu kereta Daniel.

"Bella..." , panggil Daniel.

Bella hanya memusingkan badannya menghadap Daniel sambil tersenyum. Matanya sudah berkaca sedikit.

Complicated Love [Malay Novel]Where stories live. Discover now