19

1.5K 52 68
                                    

WARNING❗️
I HATE SILENT READERS.
TAKE A NOTE.
_______

>>>>>
BELLA POV
Walaupun bisikan itu berbaur amaran , ia tetap membuatkan aku 'goosebump.' Melting la juga sikit bila dengar Syafiq panggil aku 'Sugar'. Sikit je tau.

Selama ini memanglah ada je Syafiq panggil sweet sweet tapi makin lama rasa makin lain macam. Seriau hakak.

"Er Syaf....." , panggil aku. Terketar-ketar suara nak panggil Syafiq. Tambah pula tangan Syafiq ni peluknya pinggang aku. Lagilah tak senang duduk aku.

Bila nampak aku tak senang duduk, Syafiq pun tersenyum sinis. Dia meleraikan pelukannya dari pinggang aku. Aku terus menarik nafas lega dan terus mengambil tempat duduk di tepi Syafiq.

"Bella..." , bisik Syafiq ditelinga aku. Memang sengaja ke apa?

Aku menutup mata aku dan membalas dengan hm. Entah kenapa rasa macam high pula bila Syafiq buat macam tu.

Boy... are you teasing me right now?

Syafiq menyelit rambut aku di balik cuping telinga aku lalu berkata, "Stay here or I'll do that again" , ujar Syafiq.

Syafiq mencium pipi aku sekilas dan pergi ke arah booth. Dia membayar token untuk bermain lagi.

Ok. Sumpah aku terkejut gila. Terbuntang tho mata aku bila Syafiq kiss aku. Even dekat pipi je.

Malunyaaa! Aku dapat rasa sekarang muka aku tengah membahang. Dah la tadi high masa Syafiq selak rambut! Aduhh.

Aku menundukkan badan dan menekup mukaku di peha. Entah la apa rasuk aku, tiba-tiba aku senyum sorang.

Yang paling pasti, rama-rama sedang berterbangan di dalam perutkuu dan tak tahu la mengapa rasa sebegituu.

"Jom main lagi!" ajak Syafiq.

Aku mengangkat muka, senyum dan menganggukkan kepalaku. Kali ini kami naik bumper car bersama.

Mesti la naik sama sama, kalau tak tak bergerak pun bumper car aku.

"Boleh percaya ke kau ni?" , perli aku. Syafiq yang baru sahaja memakai tali pinggang memandang aku lalu membuat muka 'bruh.'

"At least I can drive then hit people. Bukannya drive tapi elak" , perli Syafiq kembali.

Yelah. Betul la apa Si Syafiq tu kata. Orang main bumper car ni untuk langgar orang bukan untuk elak . haih.

Aku menjeling Syafiq. Ada je menda nak dibalas.

"Tak payah nak jeling-jeling sangat. Jom main" , kata Syafiq.

Syafiq mengambil tangan aku dan membawanya ke stering. Sekarang aku rasa macam mayat hidup. Seram sejuk gila. Tangan aku puk dah mula berpeluh.

Cis. Cuak gila aku ni.

"Peh! Bella! Wet sia tangan kau!" , kata Syafiq. Aku hanya mampu tersengih dalam keadaan lemah.

Syafiq menggeleng perlahan. Dia mengalihkan tanganku dari stering. Dia menghadap aku dan memandang tepat ke mata aku.
Kedua-dua tangannya masih setia memegang kedua-dua tanganku.

Complicated Love [Malay Novel]Where stories live. Discover now