12

1.6K 76 12
                                    

WARNING❗️
I HATE SILENT READERS.
NOTE THAT.
_______

Zaim pelik melihat Syafiq. Sudah setengah jam mereka hanya duduk di kedai mamak tanpa bercakap. Biasanya mereka mesti akan kecoh. Muka Syafiq kelihatan kusut . Kadang kadang termenung seorang diri.

Kerana perasaan ingin tahu Zaim menegur Syafiq yang asyik termenung - " Woi kau ni asal? Dah la call aku pagi pagi buta gini pastu senyap je." Syafiq hanya memandang sekilas dan kemudian kembali mengelamun. Zaim mengeluh.

"Bro kalau ada problem citer je kat aku" , kata Zaim. Syafiq hanya berdehem sahaja. Zaim menjadi semakin bingung. Biasanya jika ada masalah, pasti akan diberitahu . "Bella tahu kau keluar? Dia tak risau?" tanya Zaim. Pelik juga kerana Syafiq keluar seorang. Biasanya Syafiq akan keluar bersama Bella.

Perlahan lahan Syafiq memandang Zaim. Tetapi Syafiq tidak bercakap. Dia hanya memandang muka Zaim. Beberapa saat kemudian Syafiq bersuara- " Jom balik rumah kau. Kat rumah nanti aku cerita." Syafiq terus bangun dan pergi ke arah kereta Zaim. Zaim semakin bingung.

"Kereta kau macam mana?" , tanya Zaim.

"Esok lusa ambil lah" , balas Syafiq malas.

"Bini kau macam mana? Taknak call dia ke? Cakap yang kau balik rumah aku?" , tanya Zaim lagi. Syafiq hanya menggeleng perlahan dan masuk ke dalam kereta. Zaim mengeluh perlahan lalu masuk ke dalam kereta dan memandu ke rumahnya.

______

Harini sepatutnya Bella sudah mula bekerja tetapi Bella terbangun lewat sedikit  kerana penat berjaga menunggu Syafiq pulang. Semalaman dia tidak tidur kerana risaukan Syafiq. Puas  Bella cuba menghubungi Syafiq, tapi tidak dapat. Bila call , masuk mailbox. Bila whatsapp , satu tick. iMessage pun tak ada sign delivered.

Pagi itu Bella cuba menghubungi Syafiq lagi. Malangnya tidak dapat. Walaupun fikirannya kusut memikirkan kehadiran Sarah semalam tapi dia mengetepikan perempuan tak semenggah itu. Bella mengeluh sendirian memikirkan Syafiq.

Bella bangun dari katil dan terus bersiap untuk ke kerja. Ketika sedang menyiapkan sarapan, telefonnya berdering dari dalam bilik. Bella yang sedang mengisi air panas menggelabah sehingga air panas itu terkena tangannya. Bella menghiraukan tangannya yang melecur itu dan terus berlari ke atas untuk mendapatkan telefonnya dengan harapan yang tinggi Syafiq yang menelefonnya.

"Hello Syaf!!!" , sapa Bella tanpa melihat siapa yang call terlebih dahulu.

"Hah Syaf? asal dengan Syaf??", suara perempuan membalas. Bella berasa pelik lalu terus melihat skrin telefonnya.

"Ehh kau. Ho nak mende ha??" , tanya Bella malas.

"Eh aku nak apa? Helo Puan Bella! today is your first day masuk kerja after a week holiday and you're late! So please masuk kerja cepat sebelum bapa mentua kau tanya aku kau mana!!" , bebel Aryana. Bella ingin menjawab tapi Aryana terlebih dahulu memotong - "And nape kau panggil aku Syaf?? Syaf takde dengan kau ke apa ni??"

Bella mengeluh perlahan lalu berkata - "Nak kene cerita ke...?"

"Up to you. Kalau rasa privasi takpe la aku faham kalau kau tak nak cerita."

"Ok apa kata macam ni nanti time rehat aku cerita . Pastu nanti kalau big boss masuk, kata aku masuk lambat sikit, ada hal urgent. and aku rasa harini aku akan ambil half day. Ni serius memang urgent." , kata Bella.

Complicated Love [Malay Novel]Where stories live. Discover now