14

1.1K 51 21
                                    

WARNING❗️
I HATE SILENT READER.
NOTE THAT.
________

"Hai guys nak pergi mana ni?" , tanya Bella lalu merangkul lengan Syafiq erat. Tadi sebaik saja Bella nampak Syafiq bersama Sarah, terus saja dia menuju ke arah mereka.

Syafiq yang berasa rimas dengan Bella terus mengajak Sarah pergi dari situ tanpa menghiraukan Bella. Dia tahu yang Bella sengaja buat begitu kerana ingin membuatkan Sarah menyampah.

Sempat juga Sarah memandang Bella dengan padangan sinis. Bella menahan geram apabila melihat Syafiq mengajak Sarah pergi tanpa menghiraukan kehadirannya.

"Syafiq!" , panggil Bella. Suaranya di kawal supaya tidak meninggi.

Syafiq mengeluh perlahan. "Kau pergi la dulu Sarah. Nanti aku follow" , ujar Syafiq. "What now Bella?" , tanya Syafiq sebaik sahaja berada di hadapan Bella.

"Asal dengan kau ni?! Kau tahu tak puas aku cari kau? Kau pergi mana semalam?? Ni macam mana kau boleh ada dengan Sarah?? Satu lagi, kau ingat aku tak risau ke semalaman kau tak balik?! Kau tahu tak kau ada banyak mende nak explain kat aku sekarang ni???" , tanya Bella bertubi-tubi.

Syafiq tersenyum sinis. " Dah la Bella. Lain kali, dah ada laki, buat cara ada laki k" , ujar Syafiq.

"Apa kau cakap ni aku tak faham lah?!!" , balas Bella.

"Tak payah la acah acah blur! Kau sayang Daniel lagi kan?!" , marah Syafiq. "Apa guna aku yang ada depan mata kau ni? Aku ni suami kau Bella. Suami! Payah sangat ke nak terima aku?" , sambung Syafiq.

"Apa kau mengarut ni! Cmon la Syaf kau lupa ke kau sendiri yang kata kat aku yang kita takkan lebih dari bestfriend. Sekarang ni apa pula?!" , Bella sudah mula bercekak pinggang.

Dia ingat lagi sebelum kahwin, Syafiq ada mengatakan walaupun mereka sudah berkahwin, hubungan mereka masih lagi sebagai kawan baik dan tidak akan lebih dari itu.

Apabila ditanya mengapa, Syafiq berkata yang dia lebih selesa berkawan dan dia faham betapa sayangnya Bella kepada Daniel. Jadi dia sebagai rakan baik haruslah menyokong Bella. Tetapi ni lain pula yang di kata.

Syafiq terdiam. Ya dia ada kata begitu kepada Bella.Dia juga tidak pasti mengapa dengan dirinya sekarang. Perasaanya bercampur sekarang. Mungkin kerana ego menguasai diri.

"Aku pergi dulu. Sarah dah lama tunggu" , ujar Syafiq lalu berlalu pergi.

"What? Syaf! Where the hell are you going with her?! Syafiqqqqqq" , teriak Bella berulang kali tetapi dihiraukan Syafiq.

_______

Dari tadi mereka berdua hanya mendiamkan diri. Sarah hanya bermain dengan telefonnya, manakala Syafiq fokus dengan pemanduannya.

"Er Syafiq?" , panggil Sarah.

"Hm?" , sahut Syafiq malas. Dia tiada mood nak berborak selepas kejadian tadi.

"Where are you going to take me?" , tanya Sarah perlahan. Dia juga sedikit terkejut sebenarnya. Tiba-tiba saja Syafiq mengarahnya masuk ke dalam kereta Syafiq selepas Syafiq selesai bercakap dengan Bella tadi.

Kalau ikutkan memang nak buat kecoh , tapi apabila melihat muka Syafiq yang ketat semacam, Sarah hanya mendiamkan diri sahaja.

Complicated Love [Malay Novel]Where stories live. Discover now