16

1.1K 68 30
                                    

WARNING❗️
I HATE SILENT READER.
NOTE THAT.

______

Luar rumah🐾

Syafiq keluar dari rumah melalui pintu pagar kecil yang berada di tepi pagar rumah. Terdapat sebuah kereta Honda HR-V berwarna merah di hadapan pagar rumah.

Syafiq mengetuk tingkap depan kereta tersebut lalu berkata - "Dah jangan lama lama sangat. Keluar keluar."

Syira keluar dari pintu dan tersengih-sengih melihat abangnya. Syafiq hanya mempamerkan wajah serius.

Orang yang membawa Syira pulang itu keluar dari tempat pemandu dan menuju ke arah Syafiq.

Mukanya ada iras orang cina. Matanya sepet sedikit, rambutnya perang sedikit, dan kulitnya putih kemerah-merahan kerana terkena cahaya matahari.

Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam bersama Syafiq. "Hai bang. Saya Ash. Ashton Roy" , tegur lelaki itu.

Syafiq tidak menjawab dan hanya memandang sahaja. Syira di sebelah menggaru-garu kepalanya. Dah kenapa dengan Syafiq ni?

"Siapa abang kau?" , tanya Syafiq sombong kepada Ashton.

Sebenarnya dia ok saja dengan Si Ash ni tetapi dia sebagai abang perlulah menyiasat siapa lelaki yang ingin berkenalan dengan adiknya yang sorang ini.

Ashton sudah mula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Syira di belakang Syafiq mengeluh. Dia tahu yang abangnya ingin menyakat Ashton.

"Along... Jom lah masuk.. panas lah... ", rayu Syira sambil menarik lengan Syafiq.

"Ehhh dont disturb "mans talk" laaa. Shuh gi main jauh" , halau Syafiq.

Syira menjeling Syafiq dan mengangkat bagnya di but kereta. Segera itu Ashton datang untuk menolong Syira. Tiba-tiba Syafiq menempel diantara mereka berdua.

"Eh eh... Takpe biar aku angkat.Kau boleh balik dah kot. Thanks sebab hantar adik aku. Byeee" , kata Syafiq.

Syira di sebelah terbeliak mata lalu memukul lengan Syafiq. "Er Ash.. masuk la dalam lunch dulu.Jangan layan sangat abang I ni ngarut je" , ujar Syira kepada Ashton.

"Eh takpe la susah -susah je. I...." , belum sempat Ashton menghabiskan ayatnya Syafiq terus memotong.

"Ha tengok dia sendiri kata takya susah susah. So buat apa nak susah- susahkan??" , ujar Syafiq.

Syira mencubit perut abangnya. Syafiq terus mengaduh kesakitan. Ashton yang memerhatikan mereka berdua tergelak kecil.

"Apa kau gelak- gelak?" , ujar Syafiq sambil mengusap perutnya.

Baru saja Syafiq ingin bersuara lagi Puan Salma telah datang menghampiri mereka bertiga.

"Apa ni lama -lama kat kuar. Jom masuk. Ash pun jom la join kita orang lunch" , ajak Puan Salma.

Syira menjelirkan lidahnya kepada Syafiq. Syafiq hanya menjelingnya. Ashton menunduk dan meminta maaf kepada Syafiq.

"takpe la bro. Aku saja nak menyakat kau haha.Btw nanti aku nak soal siasat kau. Get ready!" , ujar Syafiq lalu terus mengejar langkah Syira dan Puan Salma.

Complicated Love [Malay Novel]Where stories live. Discover now