17

1K 61 49
                                    

WARNING❗️
I HATE SILENT READERS.
TAKE A NOTE.
_______

"Malam ni nak gi mana eh?" , tanya Syafiq.

"Alaaa nak gi mana lagiiiii?? Balik la tidur!" , rengek Bella.

Mereka baru sahaja keluar dari kawasan perumahan Puan Salmah. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.

Syafiq menarik rambut Bella. Bella pula mengaduh kesakitan sambil menggosok kepalanya.

"Apa main tarik tarik ni??" , marah Bella.

"Memang patut pun kene tarik! Pukul 6 nak dekat magrib dah ni! Tidur apa kebendenya!" , bebel Syafiq.

"pot pet pot pet... ye la kalau tak tidur at least balik rumah ,rehat. Kau ni pun dah kenapa.... asyik nak berjalan je!" , bentak Bella.

"Lepastu isya keluar balik eh? eh?" , tanya Syafiq.

"Ha ye ye" , balas Bella malas. Sebenarnya dia malas nak keluar dah tapi dah kene paksa layan je la. Tak tahu la kenapa harini Bella rasa penat.

Syafiq tersenyum kemenangan lalu membuka radio. Bella hanya menjeling Syafiq yang tersengih seperti kerang busuk.

"Kau tahu tak lagu sempurna?" , tanya Bella.

"Tak tapi lagu mat ganja aku tahu. Hahahaha" , kata Syafiq selamba.

"Lucu la awa ni" , kata Bella sambil acah-acah gelak.

"Kan awaaaaaa" , balas Syafiq gedik.

"Serius la!!" , marah Bella dengan nada suara bingit.

"Ok ok. Tak payah la buat suara macam tu. Alahai" , kata Syafiq.

"Tahu tak?" , tanya Bella lagi.

Syafiq hanya mengangguk sebagai tandai ya. Kemudian keningnya diangkat sebagai tanda "asal"

"Cuba bayangkan husband kau nyanyi lagu tu time wedding" , kata Bella. Matanya mula bersinar apabila terbayang lirik-lirik lagi Sempurna.

"Aku rasa aku geli sebab aku lelaki" , ujar Syafiq sambil tergelak kecil.

"Hish! Maksud aku, aku teringin nak husband aku nyanyi lagi tu time wedding." , terang Bella.

"Lah nape tak cakap?" , tanya Syafiq.

Bella menjungkitkan keningnya. Cakap apa?

"Nape tak cakap? Kalau tak aku boleh nyanyikan hahaha" , kata Syafiq.

"Ala kau kan bestfriend aku! Aku nak Ni....." , Bella berhenti bercakap apabila tersedar apa yang dia cakap.

Aduh mulut mulut! Mood Syafiq dah la tengah baik ni. Bella mengemam bibirnya. Syafiq hanya mempamerkan riak biasa.

"Kau nak?" , tanya Syafiq. Wajahnya masih beriak biasa.

"Er... aku nak... err... kau nyanyi lagu tu?"

Syafiq  tersenyum dan menggeleng. "Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Macam-macam lah kau Bella" , ujar Syafiq.

Complicated Love [Malay Novel]Where stories live. Discover now