26

160 5 0
                                    

HAAHAHAHA SAYA SARANKAN BACA DARI AWAL HAHAHAH. So basically spm dah habis, jadi kamek mauk habiskan terus la ini cerita.

*****

Beberapa hari selepas drama Daniel dan Bella terjadi, Daniel mengambil keputusan untuk berehat seketika. Daniel mengambil cuti selama beberapa hari ke Langkawi seorang diri.

Hatinya masih terkesan dengan kejadian yang menimpa dirinya. Kejadian ini telah menambah parut di hatinya.

"Daniel are you ok?" , tanya mak Daniel.

"Im fine ma. Niel cuma nak masa untuk bersendirian. Nanti kalau ada apa-apa Niel call balik ok ma? Love you" , Daniel memutuskan panggilan selepas mak nya membalas.

Daniel melangkah keluar dari kereta lalu masuk ke dalam hotel. Ketika dia sedang menunggu receptionist memberikan kunci biliknya, Daniel ternampak seseorang yang tidak asing baginya.

Orang itu juga nampak Daniel dan terus berjalan ke arah Daniel.

"Eh Syafiq? Kau buat apa kat sini?", tanya Daniel.

Syafiq tidak menjawab pertanyaan Daniel. Matanya melilau ke belakang Daniel mencari seseorang.

"Bella tak ikut aku. Aku sorang" , terang Daniel.

Syafiq terkejut apabila mendengar penjelasan Daniel. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Maksudnya Daniel dah tahu semuanya?

"Aku dah tahu semua mende" , kata Daniel bersahaja.

"Aku minta maaf sebab jadi penghalang untuk hubungan korang. Aku tahu yang kau sebenarnya sayang Bella. Bella pun sebenarnya sayang kau. Cuma dia tak tahu. Dia keliru dengan perasan sayang tu sebagai kawan baik atau lebih. Aku harap kau balik lah. Bincang dengan dia baik baik" , nasihat Daniel. Daniel senyum dan menepuk bahu Syafiq.

"Sir, here is your key" , kata receptionist itu. Daniel bersalam dengan Syafiq dan berlalu pergi dari situ.

Syafiq tersenyum hambar. "Dengan hati yang masih segar terluka ni. Aku rasa tak balik kot hahaha"

•••••••••

Bella berjalan masuk ke dalam hospital dan terus membawa dirinya ke pejabat Syafiq. Kebanyakkan jururawat di situ memandang Bella pelik. Muka Bella kelihatan cemas dan tercari-cari.

"Bella?" , tegur setiausaha Syafiq , Lina.

Bella menarik nafas lega. "Hi Lina. Syafiq ada datang sini tak?"

Bella melihat pintu masuk bilik Syafiq yang telah berubah menjadi nama doktor lain. Bella hanya mendiamkan diri dan menunngu jawapan dari Lina.

"I taught korang tengah honeymoon ?" , tanya Lina dengan penuh tanda tanya.

Bella hanya gelak tidak rela. "Kenapa nama tu dah tukar?" , tanya Bella sambil menunjuk ke arah pintu bilik.

Lina semakin terpinga-pinga. "Awak tak tahu ke? Syafiq dah quit la. Dah nak dekat sebulan. Korang ni ok ke tak?" , tanya Lina pelik.

Bella terlopong mendengar penjelasan Lina. Kalau sampai dah berhenti kerja, memang sah dia tiada di Malaysia.

"Dia ada kata tak dia nak pergi mana ke? Atau buat apa lepas dia quit?" , tanya Bella cemas.

Complicated Love [Malay Novel]Where stories live. Discover now