Episod 3

4.1K 82 11
                                        

"Kalah, Payung!"

Satu pagi Ahad yang damai, ketika saat penduduk Melayu di Cheras Perdana menanti saat gossip hangat dan terbaru artis, Melodi, Rafi sedang penyek kebosanan dalam rumah. Dia kunci bilik. Kemudian dia selongkar almari dan mencari beberapa keping kertas.

Telefon berbunyi. Ibu Rafi mengangkat telefon.

"Ya, waalaikumsalam, nak cakap dengan siapa?"

"Makcik, Ail ni."

"Oh, jap ye."

Rafi keluar dari bilik bila ibunya memanggil namanya. Cilaka, dia baru je print senyap-senyap cerita Cikgu Suraya dalam Webmelayuboleh. Hari Ahad la hari line clear nak menghayati seni cerpen porno. Ahad adik Rafi, Fuad - ada kelas tuisyen.

Hampir nak sampai part dia mengendap cikgu tu la telefon nak bunyi. Cibai betul.

"Hello? Ada apa Ail? Keluar? Malaslah. Petang sikit, sekarang ni panas kot. Mana ada nak tengok Melodi, ingat aku macam kau ke? Ha, ok. Dalam pukul....pukul 4 la, redup sikit. Jumpa kat depan Famous Cake House. Ok, bye."

Rafi kembali masuk ke bilik, dan kembali berimaginasi menjadi Amir dalam cerita porno lagenda ini.

Ah, sedap.

Sejurus keluar, Rafi mula rasa menyesal dan fikir nak bertaubat kerana dosa besar melancap. Dia rasa dia perlu mandi wajib lepas ini. Keluar bilik je, nampak surah Yasin gantung di ruang tamu di sebelah sudu dan kayu besar yang tergantung di ruang tamu rumahnya. Dia mula memikirkan dosanya akibat melancap dan memikirkan apa yang akan terjadi padanya jika dosa melancapnya hari ini akan menghantui hari matinya.

Rafi mula masuk bilik balik, dan belek-belek majalah Gempak yang dibelinya di kedai runcit FR Shoppe.

Entah macam mana, dia tertidur.

Dia sedar-sedar, orang ketuk pintu kuat gila. Jam dah pukul 4:30. Ail sedang layan filem Ali Setan dalam slot filem 80an Melayu petang Ahad. Adiknya Fuad bengang sebab abang kunci bilik.

"Bodoh la kau, suka kunci-kunci pintu. Kau buat apa, melancap?" marah Fuad pada Rafi. Ail dari tepi gelak mengekek.

"Kata nak gi?" kata Ail naik naik kening bagi signal.

"Mana?"

"Lam Ba," Lam Ba adalah ejaan jawi kepada LB, yang sebentar lagi aku akan terangkan apa kedianya benda ni.

"Oo, kejap. Aku pakai baju."

Rafi sarung baju rewang kahwin sedara dia yang dia dulu jadi ketua penanggah, dan sarung selipar ke kaki. Naik motor dengan Ail, menuju Lembah Beruntung.

Apa itu Lembah Beruntung? Lembah Beruntung, atau nama panggilannya LB, atau signal code Ail dan Rafi sebagai Lam Ba, adalah pusat snooker dan arked yang masih bertahan walaupun kini trend arked mulai mati sejak kewujudan cybercafe.

Kalau dulu budak-budak lepak arked main Daytona, sekarang budak lepak cybercafe lawan Counter-Strike. 

Ail dan Rafi try ajak Nizam, tapi sejak wujudnya cybercafe, dia tak minat dah nak pergi LB. Dia layan game Counter-Strike, Red Alert atau cari chord lagu dekat GuitarTab.com.

Ajak Adli, Adli kena ikut family dia pergi Shah Alam sebab nak lawat abangnya yang dah masuk UiTM.

Jadi, dia masuk ke LB untuk lawan snooker. Ada dua table snooker, dua-dua ada orang main.

"Alamak, penuh la pulak," kata Ail.

Terdapat geng Cina sedang sedap lawan snooker.

"Woi, Malayu! Mau lawan snooker ka? Lu sama kawan, lawan kitolang. Amacam, kalah lu bayar table," kata Cina tu.

Cheras Perdana vol 1Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang