Episod 11

2.7K 56 1
                                    

"Hello, Dari Planet Zuhal"

"Abah, kita nak pergi mana ni?" tanya Kamelia yang dalam kereta Honda Civic dengan ayahnya, sambil cangkuk tali keledar keselamatan kereta.

"Dah pakai, seat belt?"
"Dah."

Ayahnya memandu keluar dari jalan masuk Cheras Perdana. Menuju ke Lebuhraya Cheras-Kajang.

"Kita nak pergi mana ni, bah?"
"Eh, rilek lah. Nah, minum air ni."
"Apa ni?"
"Ubat."
"Ubat sensei ke?"

Ayahnya diam saja. Dia pandu dan masuk ke simpang Ampang.

"Mana ni, bah?"
"Minum dah? Apa ni?"
"Dah sampai angkasa, beritahu."

Lagu Starman dari David Bowie berkumandang.

"Dulu, masa papa dengan mama layan cendawan, lagu ni lah," ayah Kamelia mula bersuara.

"Shit, abah! Apa ni!"
"Dah terbang belum?"
"Oh my God!"

Tiba-tiba Kamelia rasa euforia. Dia rasa dia terdengar detikan bunyi komputer, bunyi elektronik, diikuti dengan bunyi gamelan, bunyi burung, dan bermacam-macam bunyi.

Kejap lagi Kamelia nampak segala-galanya lebih terang dari biasa. Pandai ayahnya pilih lagu. Kali ini lagu Light My Fire dari The Doors. Kamelia nampak terang berderang. Sebelum dia nampak imej Mahathir dalam pelbagai bentuk.

"Abah, kenapa Kam nampak Mahathir, macam-macam warna?"
"Kau, Kamelia binti Ramlan, adalah produk Mahathir Mohamad, tahun 1984."
"Macam kereta?"
"Ya, setiap kereta ada siri nombor dan tahun keluaran. Siri nombor kau ialah kad pengenalan kau."

Kamelia nampak sejarah hidupnya semula, dan 'kapsul masa' dalam sel otaknya telah terbuka.

"Abaaaaaahhhh...Mikoooooooo!"

Miko ialah arnab belaan Kamelia semasa dia berusia 8 tahun.

"Hello, selamat datang ke Planet Saturn. Saturn dalam bahasa Melayu, apa Kam?"

"Zuhal."

"Hello dari Zuhal."

"Wow, that's a good title for a novel, bah."

"Kisah seorang alien yang tersesat dalam intergalaktik dan tersadai di ketamadunan usang bernama planet Bumi."

"Dan jatuh cinta dengan gadis Bumi."

"Meh, cliché tu, Kam."

"Habis tu?"

"Dia rindukan kekasih dia di planet Zuhal. Dan dia mahu pulang tapi tak tahu macam mana."

"Akhirnya, bila dia kecewa dia tak dapat pulang, dia jadi ikan paus."

"Kenapa ikan paus, Kam?"

"Seumur hidup abah, berapa kali abah jumpa mayat ikan paus tersadai tepi pantai?"

"Entah. Tak pernah."

"Sebab tu lah Kam nak dia jadi ikan paus yang mati kecewa sebab kerinduan pada kekasihnya di Zuhal."

Kamelia nampak arwah ibunya, kemudian dia menangis.

"Bah, Kam nampak ibu."
"Cakap salam dengan dia."
"Assalamualaikum...ibuuu!"

Kamelia tiba-tiba rasa hiba yang amat sangat, sehingga kepalanya di dashboard teresak-esak menangis.

Dia nampak senyuman ibu yang terakhir sebelum ibu melambai pergi.

"Ibu...jangan tinggalkan Kam! Kam rindu ibu!"

Kemudian dia dengar suara radio dari bermacam-macam zaman. Suara Ronald Reagan, Tony Blair, Bill Clinton, Mahathir Mohamad, Lee Kuan Yew, Deng Xiaopeng, Sudirman, Mikhail Gorbachev, Noel Gallagher, Kurt Cobain, Jamal Abdillah, Amy Mastura, Samsul Ghau-Ghau, Art Attack, sebelum dia mendengar degupan jantungnya sendiri.

Cheras Perdana vol 1Where stories live. Discover now