Episod 14

2.4K 56 9
                                    

"Kena Riot Dengan Budak Skin"

Wan pergi menjalankan tugas sebagai pengawas pusat sumber macam biasa. Dia belek satu per satu buku, dia tengok celahan rak, kalau ada habuk.

Wan suka baca buku, masalahnya bila dia di rumah.

Wan tak tahu siapa mak ayah dia dari kecik. Sedar-sedar dia dibesarkan nenek. Nenek tu kemudiannya meninggal masa dia tadika. Anak nenek tu jaga. Pakcik lah.

Pakcik tu suka buat seks luar tabii dekat Wan. Setiap hari, Wan kena taruk.

Wan merasakan pusat sumber ini adalah tempat dia berlindung, tempat dia paling selamat. Pernah je dia curi-curi masuk pusat sumber dan tidur dalam pusat sumber.

Tetapi tempat selamat Wan hari tu diterjah tiga orang budak kepala botak.

"Woi, pukimak! Apa kau cakap? Shah Skin kaki kencing? Kau dah kenapa cari pasal dengan kitorang!" jerit seorang budak lelaki botak tu.

"Korang dah kena tipu. Benda kau baca tu, benda yang dah ada kat internet. Korang ingat dia sendiri ke tulis Bible Skin bodoh dia tu?" Wan mahu menegaskan pada budak-budak skinhead tu, bahawa Shah Skin merupakan seorang skinhead scammer yang buat duit dengan recruit budak-budak yang nak jadi skinhead.

Satu "bible" harga jual sampai RM30, konon ilmu rare, boleh dapat kat Birmingham je, sebab skinhead sana paling true, katanya. Lepas tu Shah Skin ni jadikan pengikutnya macam macai. Sembang working class katanya.

Lepas tu malam merdeka, kibar bendera Malaysia. Cakap proud to be Malaysian skinhead, merdeka.

Wan bukan ada masalah dengan skinhead, dia ada ramai kawan skinhead. Cuma dia rasa Shah Skin ni scam duit ramai skinhead.

"Kau budak punk mana? Punk Sungai Long? Nak kena riot?"

"Jangan banyak cakap, kita letup je!"

Ketiga-tiga budak tu riot Wan dekat pusat sumber.

Kamelia berdehem.

Tiga-tiga budak tu terdiam, dan pandang Kamelia.

"Betul la kata dia tu, korang bodoh."

Mereka pandang Kamelia.

"Woi, kau siapa nak tunjuk kerek kat sini, perempuan?"

"Kau pernah tanya, kenapa minggu lepas mata sebelah kiri Shah Skin yang kau sembah-sembah tu, bengkak? Ha, jawab la."

Ketiga-tiga budak skinhead tu pandang sesama sendiri.

"Kau cakap dengan Shah Skin tu, sebelum aku tumbuk muka dia lagi, baik dia berhenti jual bible bodoh tu kat dia. Benda tu aku boleh print Internet. Free of charge. Kau dah kena kencing la, bodoh!"

Kata-kata keras Kamelia membuatkan tiga orang skinhead tu terdiam. Mereka pandang Wan dengan satu pandangan bersalah.

"Sebelum korang patah riuk kat pusat sumber ni, baik korang blah!" Kamelia tunjuk jari ke arah pintu keluar pusat sumber. Tiga-tiga lelaki tu keluar.

"Wow, macam tu je awak halau dia?"
"Dalam dunia might is right ni, kau kena kuat."
"Itu lah yang saya cakap dengan dorang. Dorang pukul saya." Wan bersetuju dengan Kamelia tentang Shah Skin yang scammer.
"Kau pun bodoh gak. Dah tau dorang jenis macam tu, kau pergi cakap, buat apa?"
"Aku tak nak orang kena tipu."
"Tak payah jadi Messiah kalau tak kuat. Lain la dorang kawan kau. Kau takde kawan, kan?"

Wan hanya tunduk. Baru dia sedar dia cuma seorang diri tak ada kawan.

"Camnilah, kalau ada orang buli kau, kau beritahu aku."

Cheras Perdana vol 1Where stories live. Discover now