"Rokok Nan Sebatang"
Hari ke 12 kena grounded. Hari Ahad. Kebosanan. Nak curi-curi keluar, ayahnya melepak kat ruang tamu, tengok Melodi.
Nak bukak radio, takut bising. Nak pakai walkman, bateri takde.
Hidupnya bosan macam lirik lagu Lemon Tree.
I'm sitting here in a boring room, it's just another rainy
Sunday afternoon. I'm wasting my time, I got nothing to do.
I'm hanging around, I'm waiting for you,
But nothing ever happens - and I wonder.Nizam dah koyak mental. Sampai dia main buka tutup pintu bilik. Dia dah bosan, jadi dia pergi ke dapur. Maknya sedang potong sayur untuk makan tengah hari.
"Mak, cakap la dengan abah, Nizam nak keluar. Bosan la mak. Dah lebih seminggu dah ni."
"Tu la, siapa suruh kau baling air busuk kat abang kau? Kat orang tu semua?"
"La, mana Nizam tau. Nizam pergi dengan kawan. Mana Nizam tau dorang nak baling air tu. Mak, pujuk la abah."
"Kau dah tau kan abah kau tu susah nak dipujuk, kau lagi nak buat perangai. Aku pakai seksi-seksi atas katil pun belum tentu dapat pujuk dia tau."
Nizam dah berkerut dahi, rasa sengal pulak dengar benda-benda macam ni.
Dia kembali ke bilik. Sambil tu dia cuba memikirkan bagaimana untuk keluar selepas hampir berbelas hari dia mengisi hidupnya dengan menonton drama Mexico dan drama Meteor Garden.
Dia jumpa kawan-kawan dia pun dalam kelas, tu je.
Dia mengambil keputusan untuk bercakap terus dengan abahnya.
"Bah, tengok apa tu?"
"Ini ha, Norman Hakim nafi bercinta dengan Wilma Mohammad."
Nizam tak tahu satu apa pun. Dia bukan pesen baca Pancaindera Utusan atau majalah HAI macam abangnya.
"Eh eh eh eh, bah! Melodi dah start ke!" abang Khairul keluar dari bilik.
Dalam hati dia menyumpah seranah je, baru nak susun ayat sikit, dah abang dia keluar.
"Nasib baik la aku tak hisap gam dulu," Nizam hanya mampu geleng kepala.
Kalau hari biasa, boleh la dia kawtim kongsi rokok dengan maknya. Tapi, hari minggu ni macam mana dia nak dapat rokok.
Nizam stress. Bila la abah dia nak lupa peristiwa baling air tu. Lagipun bukan dia yang buat pun.
Dia pergi dapur. Tengok maknya sedang tumbuk belacan.
"Mak, ada rokok tak?"
"Rokok ada sebatang je."
"Alaaaa..."
"Kejap lagi, abah nak keluar pergi Carrefour. Satu hal aku kena sorok-sorok lepas kau kena grounded ni, leceh lah kau ni."
"Alaaaa...apa kata mak suruh Nizam beli kejap."
"Tahan la kejap. Kau ni pun bukan legal lagi hisap rokok pun, bapak kau tau, teruk kau nanti."
Tiba-tiba Nizam bercakap kuat.
"Apa dia mak, nak beli serbuk kunyit? Biar Nizam pergi beli!"
"Takde, aku dah kata kau kena sebulan grounded, kau jangan nak macam-macam. Kejap lagi aku nak pergi Carrefour. Rul, kau jaga adik kau ni. Kang dia bakar rumah orang pulak."
Nizam mengalah. Maknya tergelak terkekek di dapur.
"Tak jadi pulak trick aku," Nizam masuk bilik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cheras Perdana vol 1
Roman pour Adolescents"And if you have five seconds to spare Then I'll tell you the story of my life Sixteen, clumsy and shy." Kisah seorang yang berusia 16 tahun di Cheras Perdana.