Episod 5

3.2K 91 7
                                        

"Creepy Librarian"

Selepas bosan kerana asyik dihalau pengawas untuk ke kantin, Kamelia mengambil keputusan untuk melepak di perpustakaan sebagai port baru tempat lepak. Ini kerana port melepak iaitu di pokok belakang kantin itu seringkali dihalau oleh pengawas.

Curious gila Kamelia dibuatnya. Pokok kat kantin tu suci ke sampai tak boleh nak lepak kat situ?

Jadi Kamelia berjalan menuju ke arah perpustakaan. Dan menyambung pembacaan buku The Perks of Being Wallflower yang tak habis-habis lagi dia baca.

Sampai sekerat jalan, dia perasan cuma dia seorang diri sahaja dalam perpustakaan tu. Pengawas pusat sumber pun tak ada.

Hanya dia dan bunyi kipas volume 5 di siling.

"Dah pupus ke golongan membaca buku dalam masyarakat hari ni?"

Sedang dia berjalan-jalan melintasi rak-rak buku di pusat sumber itu, dia dengar suara orang berdehem.

"Defak?" mulut Kamelia terpacul.

"Maaf," kata lelaki yang duduk bersila di tepi rak itu sambil membaca buku Leo Tolstoy - War and Peace.

"Tak sangka dalam pusat sumber ni ada buku Tolstoy," kata Kamelia.

"Ingat kat pusat sumber ni cuma ada buku pasal buah-buahan tempatan dengan buku-buku Ali, Ah Meng dan Muthu je ke?" kata lelaki tu.

"Awak sorang kat sini?" tanya Kamelia.

"Ya, saya bertugas setiap hari Isnin dan Rabu."

"Oh, okay."

"Okay, selamat membaca."

Kamelia hanya mengangkat tangan tanda hormat, dan kembali semula ke mejanya untuk membaca bukunya kembali.

Dalam beberapa saat kemudian, lelaki pengawas pusat sumber itu ke depan, ke meja besar, tempat di mana orang untuk cop buku atau pulangkan buku. Kamelia hanya mendiamkan diri, tetapi berhati-hati kot-kot mamat ni kunci pintu dan cuba buat sesuatu macam cerpen-cerpen yang selalu ada dalam Webmelayuboleh.
Sebentar lagi, ada seorang budak perempuan yang agak cantik masuk ke perpustakaan, dan dia membelek-belek akhbar.

"Budak kelas aku ni."

Namanya Sofia. Ya, Sofia ni paling popular dalam sekolah. Kulit mata muka cantik macam artis. Rambut freehair ayu melepak, gitu.

Kamelia pandang pustakawan tu, dan pustakawan tak lepas-lepas memandang Sofia. Macam creepy pun ada.

Kejap lagi ada lelaki masuk, kemudian terus duduk sebelah Sofia. Sofia macam rapat dengan lelaki tu. Lelaki tu rambut pacak-pacak gaya macam Mark McGrath penyanyi Sugar Ray. Kacak lah.

Kejap lagi lelaki tu tarik tangan Sofia ke belakang dan tiba-tiba dia nampak Kamelia, tak jadi dia ke belakang. Kamelia pandang pustakawan. Muka lelaki itu agak tertekan. Mungkin sebab dia merasakan dirinya sedang remuk hancur.

Bunyi loceng berbunyi. Kamelia terus saja berjalan menuju ke kelas. Dia nampak lelaki yang jatuh basikal depan kereta ayahnya semalam, di tepi bilik disiplin. Apa cerita?

Kamelia kembali ke kelas 4 Amanah, sementara satu demi satu pelajar masuk ke kelas dan mula memekak.

--

"Rahsia di Bilik Disiplin"

Nizam memerhatikan orang yang lalu lalang untuk masuk ke kelas selepas rehat. Dia tahu hari ni Cikgu Rahim ada taklimat kadet polis di Kajang. Jadi, dia memerhatikan pengawas yang keluar masuk dalam bilik disiplin sebelum dia menyelinap masuk.

Cheras Perdana vol 1Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang