Episod 20

3.5K 79 19
                                        

"Taubat di Aidilfitri"

Selepas solat sunat Aidilfitri, Pak Jamal Tongko bersiap-siap dengan lemang, ketupat dan rendang serta dodol. Orang Melaka Alor Gajah macam Pak Jamal Tongko ni mana boleh raya tak ada dodol. Dia susun dalam bakul, kemudian dia bawa semua juadah raya tu dalam kereta Volkswagen merah yang dijaganya semenjak dia mula-mula reti bawa kereta.

Dia pandu kereta itu menuju ke Penjara Kajang.

"Assalamualaikum, saya nak melawat," kata Pak Jamal Tongko pada pegawai penjara. Selepas mengisi form serta periksa barang, Jamal terus menunggu ke tempat bertemu banduan.

Beberapa minit kemudian, Dam Ganjaran tiba. Rambutnya sudah botak, dan sebenarnya beratnya naik sikit. Maklumlah, sejak masuk penjara, makan dia pun stabil walaupun entah apa yang dia makan dalam penjara tu.

"Pak Jamal.."

"Kau sihat, Dam?"

"Sihat, alhamdulillah. Pak Jamal?"

"Bolehlah."

Dam Ganjaran kena tangkap selepas cuba membeli dadah jenis heroin, dan selepas mahkamah majistret menjatuhkan hukum penjara dua tahun, Dam Ganjaran terus duduk di penjara. Lepas duduk di penjara, dia perlu lapor balai lagi.

"Aku minta maaf sebab aku tak dapat jamin kau, Dam. Duit aku semua dah hangus lebur bersama studio jamming aku tu."

"Tak apa, Pak Jamal. Saya dah banyak susahkan Pak Jamal."

"Ginilah, Dam. Lepas kau keluar penjara ni, kau duduklah dengan aku. Mak bapak kau pun dah buang kau. Mulai sekarang, kau jadilah anak aku. Aku pun sekarang dah hidup sebatang kara. Anak aku pun entah mana, bini aku pun dah tak ada."

"Pak Jamal, saya minta maaf, sebab saya, studio jamming Pak Jamal terbakar."

"Kau insaflah hisap dadah ni. Jadi manusia berguna. Kau ada aku je sekarang yang peduli dengan kau. Orang lain dah tak ambil peduli dah pasal kau."

Dam Ganjaran menangis kerana rasa bersalah dengan Pak Jamal Tongko.

Pegawai penjara menghulurkan bakul makanan raya yang dibawa Pak Jamal ke Dam Ganjaran.

"Dah, makan rendang, lemang aku beli tu. Nak masak aku tak dan. Kongsi dengan kawan-kawan."

"Baik, Pak Jamal. Terima kasih sebab datang."

"Aku je keluarga kau sekarang Dam. Aku ni dah tua, dah tak larat dah nak buat semua benda. Kau kat dalam tu, baik-baik je lah. Solat jangan lupa, doa jangan putus."

"Baik, Pak Jamal."

"Satu lagi aku nak pesan."

"Apa dia?"

"Mandi kalau sabun jatuh, jangan kutip."

"Ish Pak Jamal ni, situ pulak dia."

Pak Jamal gelak terkekeh. Sempat dia bergurau dalam keheningan ni.

"Aku balik dulu."

"Baik, Pak Jamal. Jalan elok-elok."

Pak Jamal Tongko kembali ke keretanya, kemudian pandu terus menuju ke rumahnya, menikmati hari raya seorang diri, seperti tahun-tahun dulu.

--

"Selamat Hari RAYa!"

Kamelia bangun awal pagi, seperti hari raya Aidilfitri sebelum ini. Ayahnya pergi ke Masjid Kuning Batu 10 untuk solat Aidilfitri.

Kamelia terima SMS dari Sarah.

"w0i bitch ko dtg raya x?"

"tgu abah aku jp."

Cheras Perdana vol 1Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang