Episod 8

3K 78 18
                                    

"Best Day Ever?"

Boleh dikatakan satu hari sepanjang sekolah adalah hujan. Nizam dalam hati merungut, kenapa tak hari Isnin hari tu je hujan. Hari Isnin ada perhimpunan. 

Di dalam kelas Nizam hanya kerjanya menconteng meja, dan tidak fokus pada apa yang diajar oleh cikgu Sains di depan. 

Hari ini agak slow. Tak banyak benda yang berlaku. Hari hujan maka ramai orang yang mood agak mellow. Member sebelah Nizam, Firdaus dia boleh belasah tidur. Malam tadi tengok Euro 2000 la ni.

"Woi, bangun Daus," bisik Nizam, sentuh tangannya.

Cikgu Zarina terus mengajar hal-hal fotosintesis yang sememangnya tidak diminati ramai. Siapa je minat kaji pasal pokok kalau dalam kelas 4 Ikhlas ni? 

Lain la kalau sembang pasal organ pembiakan manusia. Semua orang tak jadi ponteng kelas masa cikgu ajar topik tu hari tu.

Nizam tongkat dagu sambil menulis nota apa yang Puan Zarina cakap. 

"Daus, bangun," Nizam tolak-tolak bahu Daus. Daus buat bodoh dan meneruskan peniduran.

Nizam dah nampak Cikgu Zarina pegang pemadam papan hitam dan dah pandang je Daus dari tadi. Dan terus sahaja Cikgu Zarina membaling pemadam papan hitam itu ke arah Daus. Tapi salah aim, terkena Nizam.

Satu kelas terdiam. Muka Nizam bertepung kena kapur. Kimak rasanya ni.

Nizam terajang kerusi Daus. Barulah mamat tu menggelupur bangun.

"Pahal, Zam, pahal?" Daus yang tiba-tiba pandang ke arah Nizam. Nizam tunjuk pemadam papan hitam yang baru terkena muka dia. 

"Firdaus, kamu ke sini!" kata Cikgu Zarina yang terus menyuruh Firdaus ke depan dan henjut ketampi seratus kali.

Nizam bangun dan berjalan ke depan.

"Nak ke mana tu, Nizam?"

"Toilet, bersihkan kapur."

Cikgu Zarina benarkan saja Nizam untuk keluar menuju ke tandas. Nizam dalam hati sumpah seranah sahaja. Dah la yang tidur tu Daus, dia pulak yang kena baling dengan pemadam papan hitam.

Dah tau tak reti aim tu, tak payahlah baling. Kan dah kena salah orang.

Nizam pergi ke belakang bengkel Kemahiran Hidup, dan dia keluarkan sebatang rokok yang dia sorok dalam poket kecil seluar Cantona 7 yang ditempahnya di Bukit Bintang. Dunhill sebatang tu dia hisap di hujung koridor bengkel Kemahiran Hidup sambil memandang pokok-pokok pain di jalan menuju ke bukit Perdana Park.

Dia sedap-sedap hisap rokok, sekali bahunya dicekup oleh Cikgu Rahim.

"Pantaaaaaaaaaaaatttttt....."

Dalam bilik disiplin dia kena ceramah dengan Cikgu Rahim, sebelum disebat bontotnya lima kali kerana hisap rokok dan ponteng kelas. Teruk betul hari ni.

Dia lalu kelas 4 Amanah dalam perjalanan pulang menuju ke kelas. Dia mengendap-ngendap kelas jiran sebelahnya.

"Awek tu tak datang ke?" kata Nizam, terhendap-hendap ke kelas tu. Beg pun tak ada.

Masa rehat, Nizam makan mi kari seorang diri, sebelum Ail dan Rafi datang menemaninya.

"Weh, kau apahal senyap je hari ni?" kata Ail.

"Kau janganlah kata kau nampak Cikgu Noraini lagi," Rafi mencelah.

Nizam jeling tajam. 

"Agak-agak la kau ni Rafi," Ail mencelah.

"Tadi Cikgu Rahim cakap dia nak beritahu bapak aku, aku hisap rokok kat sekolah. Mati la kalau bapak aku tau ni," Nizam baru bukak mulut.

"Kau kantoi hisap rokok ke?" tanya Rafi.

Cheras Perdana vol 1Where stories live. Discover now