"Grounded"
Nizam dan rakan-rakan menghabiskan masa petang hingga ke maghrib dengan bermain Counter-Strike. Gitar yang dibawa Adli tadi tu pun tak ada function. Hampir sejam mereka main Counter-Strike, waktu maghrib tiba tanda waktu untuk pulang.
Pulang ke rumah, dia terus ke dapur dan meratah kulit ayam yang digoreng maknya.
"Nizam, jangan meratah boleh tak? Mak nak buat sambal ayam tu. Ishh!"
Dia nampak abang Khairul dengan baju basah dan bau macam gampang.
"Kau dah kenapa?" tanya Nizam.
"Kau boleh tanya kenapa?" Khairul dengan muka bengang.
Tiba-tiba Nizam teringat bau neraka baldi air tadi.
"Kau dengan kawan-kawan kau kan tadi yang baling air busuk kat kitorang, kan?"
Nizam dah terbarai gelak. Sampai terhantuk dinding. Sejak hisap gam dan pergi Summercamp Hassan Ali ni, abang dia boleh layan New Boyz.
"Aku beritahu abah kau yang buat. Ramai tadi bengang, cari kau. Mampos la kau!"
Makan malam mereka sekeluarga hanya senyap sambil mengunyah nasi. Abang Khairul usha panas semacam dengan Nizam. Nizam tersipu-sipu gelak mengenangkan crowd yang menggelupur kena air baldi tadi. Rupanya abang dia sebahagian dari crowd New Boyz tu.
"Zam, abah nak tanya, kau ke yang baling air kat budak-budak tu?"
"Haah bah, Khai ada kat situ masa tu!" abang Khairul dah start mengadu.
"Mulai hari ni, kau tak boleh keluar sebulan, kecuali pergi sekolah. Ramai orang mengadu dengan abah kerja jahat kau tu. Ada orang-orang tu buat salah dengan kau?"
"Tapi bah...dorang layan New Boyz.."
"Kau fikir kau je yang boleh minat muzik kau? Biar la orang nak dengar lagu apa pun, yang kau dengki tu, kenapa?"
Nizam diam dan tunduk ketakutan macam tikus basah.
"Kalau dalam dunia ni orang macam kau je yang ada, kau ingat kau tu best sangat?"
"Ye la, abah."
Sambal ayam tersedap di dunia tu pun tak mampu membuatkan Nizam berselera. Dengar diri kena grounded, sebulan, lama tu. Mati kebosanan kalau gini.
Nizam duduk dalam bilik dan bukak radio, dan termenung seorang diri. Dalam hati dia rasa bukan dia yang buat, tapi dia terlibat dalam kejadian tu.
"Sebulan, tak sempat la pergi studio awek tu."
Memang la dia akan ada lagi, tapi kalau boleh dia nak la jamming masa opening day tu.
Abahnya ketuk pintu bilik.
"Slow sikit radio tu, lagu macam kena rasuk setan ke apa!"
Nizam tutup radio. Dia capai majalah komik Alam Perwira yang dia dah berapa kali baca.
"Sekarang aku faham kenapa Jamal Tongko baca paper semalam kalau dia stress," bisik hati Nizam.
Dia mula menyanyi lagu-lagu yang dinyanyikan dalam Pendidikan Muzik di sekolah sebagai tanda bosan.
Aku burung, di dalam sangkar
Hidup terkurung, hatiku susah
Ingin aku terbang bebas
Bersama kawan tinggi di awan"Adui, apa aku nak buat sebulan tak boleh keluar ni?"
--
"Keropok Super Ring Dalam Tokong"
Ail dan Rafi seperti biasa berlumba basikal dan selepas penat, mereka menghabiskan masa beli air Coca-Cola di kedai runcit CP4 lalu melepak di padang permainan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cheras Perdana vol 1
Teenfikce"And if you have five seconds to spare Then I'll tell you the story of my life Sixteen, clumsy and shy." Kisah seorang yang berusia 16 tahun di Cheras Perdana.