"Fire In The Hole!"
Peperangan sedang meledak di sebuah cybercafe di Cheras Perdana. Beberapa pelajar sekolah sedang sedap ponteng sekolah sambil minum Coke dan menembak sesama sendiri di map de_dust.
"Nizam, ikut kiri, ikut kiri!" kata Rafi memberi arahan.
"Jaga tepi kau, ada sniper," kata Nizam pada Rafi pula.
Rafi baling flashbang. Nizam pergi serbu tempat para counter terrorist menyorok. Dengan AK-47, dia menembak seorang terrorist yang sedang menyorok belakang kotak.
"Cantik, Nizam!" jerit Rafi. Ail pula sedang memerhatikan orang yang lalu lalang dari tembok atas terowong. Ail lihat dari jauh dengan kanta snipernya, dan aim kepala counter terrorist tu diam-diam.
"BANG!"
"Peh, headshot!" Ail mula syirik khafi dalam diri.
"Adli, masuk dalam bangunan. Situ aku rasa ada lagi," kata Nizam.
Baru masuk je, Adli dah kena tembak.
"Kimak tol lah!"
Nizam mendapat tahu Adli kena tembak. Nizam baling flashbang dan terus tembak terrorist yang menyorok dalam bangunan.
Tapi dari belakang, Nizam kena tembak.
"Damn, dia main macam tu la pulak!"
Nizam pishang, dia dah mati.
"Ail, kau tukar position jangan pakai sniper. Beli senapang baru."
Ail tak sempat. Dia turun pakai pistol.
"Fire in the hole!"
Ail terkena bom. Nyawa dah merah.
"Ah, fuck! Macam mana ni?"
Dari tepi Ail kena tembak. Ail mati.
Sekarang tinggal Rafi. Fuck, ada tiga lagi counter terrorist yang sedang berkeliaran. Semua hanya menanti Rafi untuk mati.
Dengan berbekalkan senapang MAC-10, Rafi menembak seorang counter terrorist dari belakang.
"Fuh, lagi dua je Rafi! Come on!" jerit Nizam yang gembira dengan kematian counter sorang tu, lagipun mamat tu yang bunuh dia tadi.
"Dia kat tepi kotak tu, Rafi!"
"Fire in the hole!"
Rafi baling bom. Tak kena.
"Celaka!"
Rafi terus gerak kamikaze. Dan terus bunuh lagi seorang counter terrorist.
"Lagi sorang Rafi!"
Sekali Rafi kena sniper dari tepi, dalam bangunan.
"Counter Terrorist Win!"
Setakat ini, Counter Terrorist dah menang 5 round, Terrorist baru menang 3 round. Hari ini bukan hari yang baik untuk melawan Counter-Strike.
"Weh, Adlan, Faris, Nua! Tukar map la! Asyik de_dust je!" kata Rafi.
"Nak main mana?"
"Assault!" kata Adli.
Dalam Counter-Strike, walaupun ada banyak map, tapi map de_dust dan map cs_assault adalah map paling popular.
Tiba-tiba ada mak seorang Cina tarik telinga seorang budak Cina di sebelah Nizam, sedang maki hamun sebab main Counter-Strike. Mak budak tu maki hamun dalam loghat Kantonis.
"Weh, Adlan, tak cukup orang la. Member Cina kau dah kena marah dengan mak dia," kata Nizam.
Adlan terbahak-bahak gelak. Nizam dah start boring main game. Bagi Nizam, main game ni setakat setengah jam, ok la. Dia suka ke cybercafe sebab nak mencari chord gitar baru, membaca berita terkini tentang pilihan raya Amerika. Nizam tak suka Al Gore, sebab Al Gore kutuk Mahathir masa APEC pasal reformasi tahun 1998 dulu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cheras Perdana vol 1
Teen Fiction"And if you have five seconds to spare Then I'll tell you the story of my life Sixteen, clumsy and shy." Kisah seorang yang berusia 16 tahun di Cheras Perdana.