"Apa Yang Penting? Kerjasama!"
Kamelia tonton filem perang lama tahun 1970 berjudul Tora! Tora! Tora! untuk memahami tentang perang dunia kedua, yang walaupun sarat berat sebelah condong pada Amerika. Tetapi dia mahu memahami konsep serta skrip yang telah diberi oleh Cikgu Adam untuk persembahan pertandingan teater peringkat daerah itu nanti.
Dia nampak imbasan kapal terbang itu, berkali-kali, dan dia memikirkan apa harus dibuat untuk mengukuhkan nilai-nilai artistik.
"Abah, boleh hantar Kam gi sekolah hari ni?" tanya Kamelia, sambil melihat ayahnya sedang menggilap paipnya.
"Cuti sekolah ni, kau nak pergi sekolah. Selalu kau selalu komplen kau benci nak pergi sekolah," ayahnya terus menggilap harmonika itu, sambil kepulan asap tembakau dari paipnya berkepul-kepul.
"Ada latihan teater, cikgu suruh datang."
"Oh, dah berminat balik nak masuk teater tu? Hari tu kata nak quit."
"Ala abah ni, masa tu Kam frustrated dengan semua orang. Ada yang tak serius, ada yang tak datang. Jadi Kam pun malas lah."
"Sekarang, semua orang dah serius?"
"Tak taulah bah, tapi Kam tau, Kam kena tolong Cikgu Adam untuk projek ni. Kesian dia. Kalau tak, habislah nama dia kat sekolah tu. Dia antara beberapa cikgu yang pro-murid, yang cool je kat sekolah tu. Dah la lepas ni, dia pindah sekolah baru."
"OK, pukul berapa?"
"Cikgu kata lepas Zuhur."
"OK, lepas Zuhur ni, kita gerak ke sekolah. Balik nanti abah call."
"Thanks, bah."
Kamelia sumbat earphone pada telinga, dan masukkan kaset Sixpence None The Richer, kumpulan rock Kristian dari Texas yang semua orang kenal lagu Kiss Me dan cover There She Goes sahaja.
Tapi Kamelia memang minat kumpulan ini sebelum lagu Kiss Me meletup melalui filem remaja popular tahun lalu, She's All That lakonan Freddie Prinze Jr dan Rachael Leigh Cook. Dia minat masa album The Beautiful Mess.
Yang sebelum itu lagu ini popular di drama bersiri Dawson Creek, dan arguably one of the most popular pop love song in the 90s.
Dreams, inconsistent angel things.
Horses bred with star-laced wings.
But it's so hard to make them fly, fly, fly.
These wings beat the night sky 'bove the town.
One goes up and one goes down.
And so the chariot hits the ground, bound, bound.Kamelia cium tangan abah, sebelum melangkah ke sekolah. Dia duduk di kerusi kantin seorang diri, sambil menghafal skrip, walaupun dalam drama ini, dialognya cuma dua dialog.
Fikirannya mula melayang ke California. Apa yang Ray sedang buat di sana?
Cikgu Adam duduk di depannya tetapi Kamelia tak perasan sehingga cikgu Pendidikan Seni itu melambai-lambai di wajahnya.
"Woi, woi, dah sampai mana dah kau? Vietnam?" Cikgu Adam petik-petik jari di muka Kamelia. Kamelia terkebil-kebil.
"California, eh! Cikgu."
"Mak ai, jauhnya kau pergi. Mana yang lain?"
Kamelia hanya buat smug face, dan angkat bahu.
"Ish, susahlah macam ni."
"Cuti sekolah, cikgu. Masa ni la nak lepak The Mines, Leisure Mall, masa ni la nak dating dengan pakwe, macam mana."
"Takpelah, kalau pukul 3:30 petang dorang tak datang juga, kau balik je lah."

ANDA SEDANG MEMBACA
Cheras Perdana vol 1
Teen Fiction"And if you have five seconds to spare Then I'll tell you the story of my life Sixteen, clumsy and shy." Kisah seorang yang berusia 16 tahun di Cheras Perdana.