"Radio Imaginasi"
Abang sastera pengawas angkat ikrar depan pentas. Muka kembang-kembang. Bangga pertama kali dapat jawatan. Jawatan penting. Jawatan acah-acah penting.
Muka Kamelia boring. Ikutkan hati, rasa macam nak je tumbuk muka abang sastera angkat sumpah muka bangga ni. Nak tumbuk, takde pasal yang boleh mengakibatkan mempunyai sebab yang sah sejajar dengan Kod Etika untuk menumbuk lelaki tu.
Dia nampak mamat semalam. Kamelia macam terserempak dengan hantu. Kau tahu?
Perasaan berhadapan dengan crush sama macam berhadapan dengan hantu. Takut sebab banyak benda yang tak tahu, walaupun menarik perhatian.
Kamelia cuba menafikan perasaan sendiri.
"Apasal aku asyik terserempak dengan dia ni, setan?"
"Fuck, bosan sial, perhimpunan!" keluh hatinya lagi. Dia memandang jam Casio petak kurniaan abahnya apabila dia lulus PMR tahun lepas.
Dia sumbat telinga dia pelan-pelan earphone dari walkman di dalam begnya. Ketika sedang duduk bersila atas tar tapak letak kereta merangkap tapak perhimpunan sekolah.
Lagu Tori Amos - Cornflake Girl berkumandang di telinga menamatkan kebosanan alam. Di tapak perhimpunan inilah, masa depan ahli politik poyo akan mula menyinar dan bersinar.
Tiba-tiba teringat meeting Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kat New York semalam. Bill Clinton berucap kali terakhir di PBB sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Itu politik peringkat Olimpik. Paling top. Siapa menang, juara dunia.
Tetapi di peringkat sekolah menengah ni, ni level kedua terendah lah, lepas sekolah rendah. Tadika tak kira, masih ramai yang hisap puting susu.
Kalau dah darjah satu masih hisap puting susu, dah boleh halal terajang.
Tiba-tiba bahu Kamelia ditepuk pengawas dan cikgu disiplin wanita. Fak!
"Bak sini walkman kamu, ini sekolah, kamu tahu tak!" kata Puan Noraini sambil menghulur tangan.
"Maaf cikgu, ini saya punya, ayah saya beli. Cikgu tak berhak salahguna kuasa cikgu untuk merampas hak saya. Ini hak saya dan tolong jangan ganggu saya!"
Semua di tapak perhimpunan terdiam kejap. Cikgu Noraini malas nak cerita panjang, sebab dia pun jujur cakap bosan gak dengan perhimpunan. Tapi nak tunjuk kuasa, tapi tak kena gaya. Drama kecil itu menyebabkan semua orang terganggu.
Walkman Kamelia dirampas cikgu. Dalam hati Kamelia rasa macam nak memaki hamun. Kamelia terus pandang lelaki yang dia terserempak semalam.
"Kenapa dia boleh bawak walkman, aku tak boleh? Ke dia pandai cover?"
Kamelia mulai bengang.
Nizam pandang perempuan dia nampak semalam. Tercengang.
"Gila cool doh, budak perempuan tu marah cikgu babi ni!" getus hati Nizam.
Nizam dah pishang dan kebosanan akibat dari perhimpunan yang membosankan ini, Nizam mencetuskan radio imaginasi sendiri.
"CP FM, 118.4 FM. DJ Nizam bersama anda. Pada pagi Isnin ini, kita mainkan lagu dari kumpulan lagu-lagu paling gempak dari kami. Tetapi sebelum itu cuaca buruk nampaknya di Cheras Perdana. Kita akan mainkan lagu berjudul Guerilla Radio, dan lagu ini ditujukan kepada awek 4 Amanah yang kena marah dengan Cikgu Noraini tadi. Dengan ucapan: stay rock!"
Kerana hari cerah maka perhimpunan itu berlangsung lancar. Kalau cuaca baik ialah hari hujan, perhimpunan kensel.
Lagu Guerilla Radio dari Rage Against the Machine berkumandang di kepalanya. Terhangguk-hangguk kepala dia di depan kepala melayan lagu dalam radio imaginasinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cheras Perdana vol 1
Novela Juvenil"And if you have five seconds to spare Then I'll tell you the story of my life Sixteen, clumsy and shy." Kisah seorang yang berusia 16 tahun di Cheras Perdana.