"Horlicks Untuk Tenang"
Kamelia sedang berjalan kaki dari sekolahnya di SK Assunta menuju ke rumah. Sedang dia berjalan, dia ternampak seorang pakcik tua sedang melambai-lambai ke arahnya.
Kamelia bercanggah, dia kesian tengok pakcik tua tu, tapi dia takut. Siapa pakcik tu.
Dia melambai-lambai lagi.
Kamelia datang dekat-dekat. Dan lelaki tua tu tersenyum gersang. Dia tolak Kamelia tepi lorong. Dia buka seluar. Dia bukak baju ko-kurikulum sekolah Kamelia, dia dah bukak spender, Kamelia meronta-ronta. Dia tunjuk pisau lipat.
"Woi!" Ray datang menjerit dan bawak kayu softball, kerana dia wakil softball di sekolah.
"Kam, are you okay?"
Kamelia ketakutan. Dia menggelengkan kepala.
"Fuuuhhhh!" Kamelia terus terbangun dari tidur akibat mimpi ngerinya datang balik. Kamelia diserang panic attack. Jantungnya tiba-tiba berdegup abnormal, rasa pernafasannya tersekat-sekat, dan perkara buruk menghantuinya. Kamelia tidak boleh melupakan peristiwa itu.
Setiap kali bila mimpi tu tiba, Kamelia kena panic attack. Benda ni selalu datang kurang-kurang sebulan, dua kali. Kalau stress, dia boleh kena sampai dua kali sehari.
Peristiwa yang hampir meragut nyawa dirinya menghantui dirinya. Nasib baik Ray yang selamatkannya. Kalau tak, entah apa jadi pada dirinya.
Kamelia terus turun ke dapur, buat secawan Horlicks. Sebab masa Ray bawa pulang ke rumah, ayahnya buat secawan Horlicks. Horlicks menenangkan Kamelia. Masa arwah maknya meninggal dulu, ayahnya juga buatkan dia secawan Horlicks.
Dia terus buka komputer. Kemudian dia sambungkan wayar modem dengan wayar telefon. Dia kemudiannya tunggu download modem untuk disambungkan ke Internet.
Hari tu tiga hari TMNet sangkut.
Treeeeettttt trreetttt tret tret! Treeeeeeeeeeeetttttt tretttt tretttttt tret tret!
Selepas dalam dua minit menunggu signal, akhirnya internet disambungkan ke komputer.
Dia tekan MiRC. Dia klik pada DALnet Dayton, Ohio - memandangkan tu server paling laju. Dia tekan nama usernamenya: cammy_ram84.
Dia masuk channel #klskaters.
"Hmm, founder @mira^sk8 ada. Ya Allah tak tido lagi ke beruk Sarah ni?" kata Kamelia terkejut.
Dia klik nama Sarah.
<cammy_ram84>: ara
Tiba-tiba Sarah PING.
"Eh main ping pulak dia?" Kamelia pelik.
<sararawks_incubus>: kamelia ko x reti nk tido ke?
Kamelia gelak. Period pain tu datang balik, panic attack pun dah surut lepas dah start berborak dengan Sarah. Bapak dia cakap, kalau kena panic attack, cari orang untuk bercakap.
Kamelia tau, Sarah masih online.
Dia kemudian buka Napster, dan cari lagu baru untuk didownload.
"Haahh The Moon and Antartica dah boleh download! Californication...hmm dah ada...Eminem Slim Shady! Ok definitely download this!"
Dia tekan Winamp dan melihat senarai lagu yang ada. Dia tekan beberapa mp3 yang dia ingin mainkan, dan kemudian dia klik pada hotmail.com.
Masuk username, dan password.
Dia reply e-mail pada Ray.
Dia cuba nak impress Ray dengan berbual tentang Bush vs Gore, berbual pasal Futurama, That 70s Show, dan entah apa-apa lagi entah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cheras Perdana vol 1
Novela Juvenil"And if you have five seconds to spare Then I'll tell you the story of my life Sixteen, clumsy and shy." Kisah seorang yang berusia 16 tahun di Cheras Perdana.
