▶ 005

9.3K 992 76
                                    

[BAEKHYUN POV]

Aku masuk dalam rumah semula lepas ambil kek dari Seung Yeon. Aku bergerak ke ruang tamu. Chanyeol tengah main game kat TV. Khusyuk betul gaya dia duduk atas lantai.

"Siapa?" Dia tanya. Aku letakkan beg kertas atas meja dan duduk kat sofa.

"Seung Yeon." Aku jawab. Dia terus pandang aku. Bersinar mata dia. Aku kerutkan dahi. Bukan main bersemangat bila aku sebut nama Seung Yeon depan dia.

"Adik kau?! Seung Yeon?! Dia buat apa datang sini?! Dia hantar apa?! Kenapa tak ajak dia masuk?! Kenapa tak cakap dengan aku?!"

Aku rasa macam nak lempang muka Chanyeol sekarang ni. Makin lama dia makin dekat dengan aku. Siap sanggup tinggalkan game dia semata-mata nak duduk sebelah aku kat sofa.

"Apa benda kau ni? Meroyan?"

"Gila tak?! Crush datang rumah. Auww..." Chanyeol tersengih-sengih. Aku kecilkan mata. Macam tak sedap hati bila dia cakap macam tu.

"Tak payah nak gedik sangat." Aku sandarkan tubuh pada sofa.

"Jarang tahu tak aku macam ni. Bila ada Seung Yeon je tau. Kau pun satu, tak nak cakap dengan aku yang dia datang."

"Buat apa nak bagitahu kau? Menyibuk jelah kau ni." Aku tergeleng kecil. Kadang-kadang tertekan bila Chanyeol macam ni. Tak reti diam. Ada je benda yang nak dibisingkan.

"Haih... bilalah kau nak restu aku dengan dia." Aku terus pandang dia tajam.

"Merapu?"

"Aku tak bolehlah. Aku syok betul kat adik kau."

"Tak malu." Aku bangun dan capai beg kertas tadi. Nak bawa pergi dapur. Malas nak melayan Chanyeol. Mengarut yang bukan-bukan.

"Apa tu?" Chanyeol tanya bila nampak aku bangun sambil bawa beg kertas.

"Kek."

"Siapa hantar?"

"Seung Yeon lah tadi."

"Nak!!!"

Aku jeling Chanyeol. Dia menyengih pandang aku. Aku malas nak hadap dia. Terus aku jalan pergi dapur. Chanyeol bangun dan ikut aku. Aku letakkan beg kertas atas meja bar. Tak sempat panas beg kertas tu kat atas meja, Chanyeol dah ambil dan keluarkan bekas dari dalam beg kertas.

"Brownies! Favourite aku!" Aku diamkan aje. Aku dah agak tu memang kek yang aku minta omma buat. Tapi sebab mood aku tak berapa baik tadi, aku terus keluar.

"Nak sudu?" Aku tanya.

"Boleh juga." Aku terus hulurkan sudu kat Chanyeol. Dia dah hadap bekas kek tu macam kek tu dia yang punya. Aku duduk depan dia. Dia dah mula masukkan sikit dalam mulut.

"Heaven..." dia komen. Aku tarik bekas kek tu dan buat benda yang sama. Mood aku baik sikit bila makan kek ni. Sedap!

"Omma buat ke adik kau?"

"Omma. Seung Yeon hantar je."

Chanyeol angguk. Dia ambil balik bekas kek dan hadap lagi. Aku biarkan. Dia suka.

"Oh ya, aku nak tanya kau satu benda ni."

Aku angkat kepala dan pandang Chanyeol.

"Apa dia?"

"Saera macam mana? Kau dah jumpa dia? Kau nak kahwin tak lama lagi tau. Aku tengok kau rileks je. Tak nak cancel?"

Aku diam bila dengar soalan tu. Aku jadi serba salah nak cakap dengan Chanyeol pasal hal yang sebenar. Aku akan kahwin dengan Seung Yeon. Tapi nanti apa Chanyeol akan buat bila aku cakap macam tu sebab dia memang sukakan Seung Yeon.

"Hei... aku bercakap sorang ke?" Chanyeol tegur. Aku mengeluh pendek.

"Aku tak tahulah..."

"Apa pula tak tahu? Kau dah tahu kan yang Saera kahwin dengan orang lain. Kau kenalah cari dia, then suruh dia buat pengakuan depan orang ramai. At least kalau kau buat macam tu, tak adalah orang pandang kau macam-macam."

Aku raup muka dengan tangan.

"Ya. Memang aku nak buat macam tu. Tapi kau ingat nak cari Saera tu senang ke? Aku tak tahu dia dekat mana sekarang. Number phone dia tukar. Segala SNS dia closed. Aku tak boleh nak detect dia. Takkan nak buat report polis pulak? Meanwhile dia tak hilang pun. Dia cuma, melarikan diri."

"Kalau itu yang memaksa kau, buat jelah."

"Aku tak nak buang masa cari perempuan yang macam tu."

Chanyeol mendengus kecil. Dia tutup bekas kek. Dia nampak hilang selera.

"Aku dah cakap, dia tu tak macam perempuan lain. Yes, dia baik. Dia tak liar. Tapi dia penipu. Hipokrit. Tak nak bagitahu kau hal yang sebenar. Bila dah dekat macam ni, baru dia larikan diri."

"Dahlah. Tak payah bahas. Benda lama."

"Apa yang lamanya? Kau baru tahu dua hari lepaskan?"

Aku tak menjawab apa yang Chanyeol bebelkan. Malas nak bertekak soal Saera. Aku dan Saera dah lama bercinta. Nak dekat 5 tahun. Sejak aku dengan dia berjumpa dekat universiti. Dia ambil course kedoktoran dan perubatan. Aku pula ambil course guaman dan undang-undang. 4 tahun aku bercinta dengan dia kat universiti, dan setahun tu dah habis belajar. Dalam proses praktikal dalam tempoh yang sama.

Aku baru sah jadi peguam dalam 3 bulan yang lepas. Kira baru lagi. Saera pula awal sikit dari aku sebab proses dia awal. Aku syak dia makin jadi lain lepas aku kata yang aku sebenarnya serius dengan dia. Mungkin dia ingat aku main-main bila cakap aku nak kahwin dengan dia. Tapi sebenarnya tak. Aku betul-betul bersungguh nakkan dia. Bila tarikh dah decide, semua dah settle, aku dapat tahu dia sebenarnya dah berkahwin dan ada anak sorang.

Aku tak tahu macam mana dia boleh handle dua watak dia yang bagi aku sangat berbeza. Kwon Saera yang aku kenal, belum berkahwin. Gaya dia pun tak sama macam orang yang dah ada suami dan seorang anak. Kwon Saera yang lagi satu, yang dah ada suami dan anak. Yang aku tak kenal. Tapi dia adalah satu manusia yang sama.

"Habis tu, kau nak buat apa?" Chanyeol pecahkan lamunan aku. Aku terkedu sekejap. Bingung.

"Apa?"

"Kau nak buat apa bila dah sampai tarikh kahwin nanti?" Dia ulang soalan dia. Aku mengeluh. Perlu ke bagitahu yang omma dah rancang benda lain untuk aku?

"Aku kahwinlah."

Chanyeol bulatkan mata.

"Dengan siapa?"

"Pilihan omma."

Chanyeol angkat kening. Muka dia nampak tak percaya.

"Cepat terima pilihan omma. Kalau tak, kau yang gedik menolakkan?"

"Dah aku kenal orang tu. Aku tak boleh nak buat apa-apa. Tapi aku dalam proses nak batalkan juga."

"Wuish. Siapa dia tu?"

Kali ni aku diam. Serba salah betul nak bagitahu. Entah apa yang Chanyeol bagi reaksi kalau aku cakap yang pilihan omma tu sebenarnya Seung Yeon.

"Aku tanya ni, Baekhyun. Siapa?"

"Kau yakin nak tahu?"

Chanyeol angguk.

"Siapa? Susah betul nak cakap."

"Kau kenal orang tu."

"Oh ya? Siapa ni?!"

"Kim Seung Yeon. Adik angkat aku. Anak angkat omma. Dan... crush kesayangan kau."

"What?!!!"

-------

TBC

[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now