▶ 058

12.7K 810 32
                                    

[BAEKHYUN POV]

Aku tak boleh lelapkan mata. Tak rasa pun mengantuk walaupun Seung Yeon dah lama tidur dari tadi. Aku mengiring ke kiri dan tongkatkan kepala. Sesekali aku letakkan minyak angin pada dahi dia. Faham sangat dengan keadaan orang yang sedang mengandung.

Sebenarnya, aku langsung tak terfikir yang Seung Yeon mengandung. Waktu tu, aku terlalu bodoh. Singkat sangat pemikiran aku sampaikan sanggup buat keputusan melulu. Sampai sekarang aku menyesal sebab aku baru tahu hal yang sebenar. Aku ingatkan, keputusan aku untuk ke China lebih tepat. Tapi tidak. Baru seminggu aku dekat sana, aku banyak fikirkan Seung Yeon. Apa dia buat, dia sihat atau tidak, dia ingat aku atau tidak dan yang paling aku takut, hati dia masih ada untuk aku ataupun tidak. Tapi, cara dia layan aku, cara dia bercakap dengan aku, aku dah tahu yang sebenarnya Seung Yeon betul-betul bencikan aku.

Tuhan jelah yang tahu, macam mana perasaan aku bila omma bagitahu yang dia mengandung 2 bulan. Waktu tu, aku rasa hubungan aku dengan dia macam akan pulih semula walaupun secara hakikatnya, tidak. Tapi aku masih rasa gembira sebab kami masih bersuami isteri. Sampai sekarang aku rasa macam nak menyumpah diri sendiri sebab ceraikan dia dulu. Tapi disebabkan anak, disebabkan benih aku yang dah berkembang dalam rahim dia, perkahwinan kami selamat.

Dan baru sekarang aku rasa, macam mana diabaikan. Diabaikan isteri sendiri. Aku tak pernah langsung bayangkan Seung Yeon berperangai macam ni dengan aku. Tapi, aku tak boleh salahkan dia semuanya. Sebab ini berpunca daripada aku sendiri. Kalau aku tak bodoh, dia tak akan jadi macam tu dan aku tak akan jadi macam ni.

Tak apa. Biarlah. Aku beri dia masa dan dalam masa yang sama, aku akan cuba pikat dia semula walaupun keperitan itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Baekhyun…” aku tersedar daripada lamunan apabila terdengar nama aku dipanggil dan pinggang aku dipeluk. Aku tundukkan kepala dan memandang Seung Yeon yang sedang menekupkan mulut dengan tangan.

“Yeon, kenapa? Nak muntah?”

“Say…”

Aku tak sempat nak bergerak apa-apa bila Seung Yeon dah selamat lepaskan segala isi perut dia atas dada aku. Walaupun bau dia agak payau, tapi aku tak hiraukan. Keperitan dia mengeluarkan isi perut itu lagi teruk kalau nak dibandingkan dengan aku yang dimuntahkan.

“Dah?” Belakang badan dia aku usap perlahan. Seung Yeon tolak aku dan dia berlari ke tandas. Aku pun duduk. Aku tanggalkan baju dari tubuh dan pergi ke tandas. Baju tu aku campak dalam bakul kotor. Aku nampak Seung Yeon tampung diri pada sinki. Dia masih muntah. Seksanya dia.

“Sayang okey?” Aku bergerak ke tempat dia dan peluk dia macam sebelum ni. Aku pegang perut dia. Ada rasa macam benjolan sedikit. Kurus sangat. Sebab tu tak nampak apa-apa lagi.

“Saya minta maaf.” Aku dengar Seung Yeon berbisik perlahan dengan nafas yang tercungap-cungap. Aku tersenyum nipis. Rambut dia aku selakkan ke belakang. Muka dia aku basahkan dengan air. Badan dia panas. Penat muntah agaknya.

“Minta maaf kenapa pula?”

“Sebab tadi…” Seung Yeon cuba nak lepaskan diri dari pelukan aku. Tapi aku tetap macam ni. Peluk dia dan bawa dia masuk ke dalam semula.

“Tak payah minta maaf. Saya suami awak.”

“Tak apa. Saya boleh jalan sendiri.” Dia masih dengan kedegilan dia. Dia tolak aku dan aku terpaksa lepaskan dia juga. Aku takut dia rimas dan sakit lagi. Sempat lagi aku ke tempat alat kawalan pemanas. Memandangkan aku tak berbaju, jadi aku rasa macam beku pula.

“Baju awak mana?” Soal Seung Yeon. Aku berjalan bersahaja ke katil.

“Kena muntah awak tadi. Takkan nak pakai pula.”

[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now