▶ 049

8.6K 810 202
                                    

“Puas hati awak sekarangkan?! Awak dah hancurkan perkahwinan saya!” Aku menjerit bagai nak gila lepas dapat tahu, lelaki semalam tu sebenarnya Yoongi. Semalam, Baekhyun terus turun bawah dan keluar semula. Dia tak cakap apa-apa lagi dengan aku lepas tu. Dia terus pergi. Yoongi dah lesap dari pandangan. Tinggal aku dekat rumah sorang-sorang macam perempuan bodoh. Luruh air mata aku bila sedar, aku tidak berbaju dan sekadar ditutupi dengan singlet. Yoongi pun tidak berbaju. Dan aku perasan juga, badan aku penuh dengan kiss mark dia. Baekhyun salah faham.

Aku langsung tak tahu apa-apa. Aku tak boleh gerak. Macam dikunci. Aku betul-betul tak sangka benda ni akan jadi. Perkahwinan aku dengan Baekhyun dah mula retak. Dan semuanya berpunca daripada Yoongi.

“Saya sayangkan awak.”

“Kalau awak sayangkan saya, awak takkan sanggup seksa saya macam ni! Awak takkan biar saya jadi perempuan murahan! Kan?!”

“Sebab saya sayangkan awaklah, saya tak rela tengok awak bahagia dengan orang lain.”

Aku biarkan air mata aku mengalir jatuh. Aku dalam rumah, Yoongi luar pagar. Aku tak izinkan dia jejakkan kaki lagi dalam kawasan rumah ni. Kalau semalam dia masuk melalui balkoni, hari ini aku takkan biarkan dia masuk lagi melalui pintu besar. Aku serik. Aku fobia. Dia hampir rogol aku.

“Saya cintakan awak, Seung Yeon. Saya tak nak awak bahagia dengan Baekhyun. Impian saya tercapai. Jujur, saya bahagia tengok awak terseksa.”

“Psycho.” Aku hamburkan segala tangisan. Aku tak nak bercerai dengan Baekhyun walaupun bila-bila masa sahaja, surat penceraian itu akan tiba.

“Cakaplah, Seung Yeon. Cakaplah apa yang awak nak cakap. Yang penting, saya puas tengok perkahwinan awak dengan lelaki tu hancur. Kalau saya mati pun, saya akan mati dalam kebahagiaan. Sebab saya boleh tinggalkan awak dalam keadaan awak terseksa.”

DUM!

Tersentak aku dibuatnya apabila Yoongi keluarkan pistol dari kocek dan tembak diri sendiri. Terpercik darah mengena aku dan kawasan rumah. Sumpah, aku terdiam. Betul-betul terpana dengan apa yang dah berlaku. Dia.. dia bunuh diri?

-

“Yoongi sebenarnya ada tekanan jiwa. Sebab tu dia jadi macam tu.” Aku diam walaupun Eunna dah terangkan macam-macam dekat aku. Kenapa masa berlalu dengan pantas? Depan mata aku tadi Yoongi tembak diri sendiri. Depan mata aku juga dia cakap macam tu. Aku jadi trauma.

“Seung Yeon…”

“Yeon takut, Na.” Aku menangis.. lagi. Eunna gelabah. Cepat-cepat dia peluk aku dan cuba tenangkan aku. Tapi aku sendiri tak boleh nak tenangkan diri sendiri. Aku takut. Aku takut dengan semua orang.

“Relaks, Yeon. Jangan takut. Na ada.”

“Baekhyun selalu ada dengan Yeon kalau Yeon takut. Tapi sekarang…”

“Dia takkan berani hantar surat cerai. Dia takkan berani buat kerja gila. Yeon separuh nyawa dia. Yeon tak ada, dia tak boleh bernafas. Percayalah cakap Na.”

Aku eratkan pelukan pada tubuh Eunna. Aku sembamkan muka pada dada dia. Hanya dia yang ada sekarang. Dia yang memahami. Aku tahu dia sibuk dengan kerja dia tapi aku cuma ada diam. Baekhyun… dah tak ada. Baekhyun dah hilang dulu. Aku tak nak mengadu tentang ni kepada omma dan appa. Aku tak nak mereka susah hati. Aku tak nak Baekhyun kena marah.

Perkahwinan aku masih selamat selagi aku tak tanda tangan surat cerai. Perkahwinan aku masih ada.. selagi Baekhyun tak hantar surat cerai. Ya.

-

[BAEKHYUN POV]

Hati aku mati. Gelap gelita. Terbayang-bayang macam mana mata aku jadi saksi keadaan tu berlaku. Aku tak sangka benda ni akan jadi macam ni. Dan aku langsung tak sangka, Seung Yeon sanggup buat aku macam ni. Aku tak perlukan penjelasan. Cukuplah keadaan yang jadi bukti. Cukuplah hanya sekadar itu sahaja.

Aku cintakan dia.

Aku sayangkan dia.

Tapi aku terpaksa. Aku yakin, hanya jalan ni yang sesuai untuk aku legakan hati aku. Hanya satu cara saja.

“Penceraian.”

Berpisah. Ya, aku kena berpisah dengan dia sebelum aku buat sesuatu diluar jangkaan. Cinta aku mati. Terus terpadam. Aku terasa bertepuk sebelah tangan dan aku rasa diduakan. Kalaulah betul dia cintakan aku, dia tak akan buat aku macam ni dan kalau betul dia jujur, dia takkan pernah menipu.

Aku capai telefon bimbit dan dail nombor telefon peguam aku.

“Helo, Tuan Park.”

“Ya, Tuan Byun. Ada sesuatu yang tuan nak minta tolong dari saya?”

Aku mengeluh panjang. Fikir. Betul atau tidak tindakan aku sekarang ni.

“Ya. Ada.”

“Apa dia, tuan?”

Aku pejamkan mata, rapat.

“Tolong taipkan surat penceraian atas nama Byun Baekhyun dan Byun Seung Yeon. Hari ni. Hantar kepada isteri saya esok. Pastikan dia tandatangan. Lepas saya balik dari Busan, kita bersidang untuk penceraian yang sah.” Lancar. Licin. Langsung tidak bersangkut.

“Baik, tuan. Atas alasan?”

“Tiada kesefahaman dan… isteri saya perlukan ketenangan.”

“Baik, tuan. Terima kasih.”

“Ya. Terima kasih juga.”

Seung Yeon, mulai hari ini, niat saya tidak akan berubah. Saya berikan awak kebebasan. Saya berikan awak ketenangan. Saya minta maaf. Tapi inilah satu-satunya jalan penyelesaian yang ada. Maafkan saya… saya terpaksa.

----

TBC

----

Tolong jangan menangis. Hahahahhaa. Rilekkkk.

[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now