▶ 009

8.6K 893 39
                                    

Tak pasal-pasal kena jaga orang sakit. Lepas aku nampak badan Baekhyun penuh dengan bintik-bintik merah, omma terus call private doctor untuk rawat Baekhyun. Sebenarnya aku tak tahu pula yang Baekhyun sebenarnya ada alergik dengan kacang merah. Kuih tadi boleh dikatakan macam pau yang berintikan kacang merah. Setahu aku, Baekhyun makan apa yang dia suka. Tak ada alergik apa-apa. Tetapi hari ini dia disahkan alergik dengan kacang merah. Kacang lain boleh pulak. Nampak tu dia ngada-ngada.

"Seung Yeon..." aku menoleh memandang omma bila dipanggil. Omma sedang meletakkan semangkuk bubur kosong dan sebelah dia ada gelas air kosong. Aku bergerak ke arah omma.

"Ya?"

"Hantarkan bubur ni ke bilik Baekhyun."

Aku pandang bubur tu. Serius? Ini?

"Omma... ini?" Aku tunjuk. Omma angguk.

"Yelah. Habis tu apa lagi?"

Aku garu kening. Omma masih tak faham apa yang aku nak cakap.

"Bukan.. maksud Yeon, takkan bubur kosong je?"

Omma angguk lagi.

"Ya. Bubur kosong. Paksa dia makan. Omma tahu Baekhyun payah nak telan makanan bila sakit. Yeon bagi dia makan okey? Lepas tu, sapukan krim penyejuk pada bintik-bintik kat badan dia. Gatal tu nanti." Kata omma. Aku ragu-ragu. Nak ke tak nak ke tak.

"Tapi omma, dia..."

"Omma ada kerja sikit. Tolong ya?"

Haihh... tak ada chance nak lari dah nampak gayanya. Aku angkat dulang tu dan berjalan perlahan-lahan ke tangga. Aku daki tangga perlahan-lahan sambil memikirkan nasib aku nanti.

Tombol pintu aku pulas dan aku tolak daun pintu dengan tubuh sebab tangan penuh. Aku jengukkan kepala sikit. Baekhyun baring. Badan dia yang tidak berbaju aku pandang. Terpaksa. Darurat. Bukan sengaja.

"Baekhyun..." aku sebut nama dia perlahan. Aku tak pasti dia tidur atau tidak tapi mata dia terpejam. Aku dekat dengan dia.

"Baekhyun awak dengar tak? Ke awak tidur?"

"Siapa suruh masuk?"

Oh.. tak.

"Saya nak hantar ni. Omma suruh." Aku letakkan dulang atas kabinet meja lampu katil sebelah Baekhyun. Aku dah teguhkan hati. Tak nak takut dengan sergahan Baekhyun. Aku yakin, dia mesti nak marah dengan semua benda kalau dah terlantar macam ni.

"Kenapa tak ketuk pintu dulu?"

"Saya ingatkan awak tidur."

"Alasan. Sengaja nak masukkan?"

Aku rasa macam nak lari dari bilik ni sekarang. Dia suka tuduh aku yang bukan-bukan macam aku ni terdesak sangat nak jumpa dia. Kalau boleh aku tak nak jumpa! Tak ada masa nak hadap muka dia hari-hari. Semak.

"Mana ada. Saya nak hantar ni je." Aku masih rendahkan suara. Kalau aku tinggikan suara, aku rasa habis pecah bilik ni.

"Then? Keluarlah."

Aku tarik nafas panjang.

"Saya tak boleh keluar selagi awak tak makan."

Dia terus pandang aku. Muka dia merah-merah. Nampak tak puas hati pada anak mata itu.

"Tolong keluar."

"No. Untill you eat."

"Boleh tak dengar cakap aku?"

"Boleh tak awak dengar cakap saya? Tolonglah, Baekhyun. Saya tak nak omma pelik tengok kita macam ni. Boleh tak awak bagi kerjasama dengan saya? Saya cuma nak omma rasa senang hati. Saya tak nak dia pelik bila saya tak buat arahan dia. Saya tunggu sini sebab arahan omma. Kalau omma tak suruh, saya pun tak nak duduk dalam bilik ni lama-lama. Faham tak?"

Dia terus diam. Tapi muka dia tetap nampak marah. Nampak rimas dengan aku. Aku tak peduli. Aku duduk pada birai katil. Dekat dengan dia.

"How dare you to seat here?!" Aku diam bila dia tanya. Malas aku nak balas apa-apa. Asyik nak bertekak. Buang air liur. Aku terus capai mangkuk bubur kosong dan pandang dia.

"Duduk."

"What?"

"Saya suruh awak duduk."

"Tak nak. Pergilah sana, Seung Yeon. Aku rimaslah. Tolonglah pergi."

Aku mengeluh panjang. Keras kepala. Degil. Batu. Semua ada pada Baekhyun sekarang ni.

"Baekhyun, duduk. Saya suruh awak duduk."

"Kau faham maksud tak nak tak? Atau kau nak aku explain? Aku tak ada masa nak bertekak dengan kau, Seung Yeon. Aku nak tidur. Aku nak berehat. Aku tak nak sesiapa ganggu aku."

"Okey. Kalau itu yang awak nakkan? Tapi please. Makan ni dulu. Dah tu awak kena sapu krim penyejuk pada badan awak. Please!" Aku rendahkan ego untuk lembutkan hati dia yang memang tak boleh nak lembut. Susah bila bercakap dengan peguam. Apa yang dicakap, dibalas laju.

Baekhyun mula berdecit. Dia duduk juga. Leganya bila dia dengar cakap aku. Aku terus hulur mangkuk bubur tu pada dia. Tapi dia tak sambut. Dia cuma tengok.

"Ambillah. Makan."

"Kosong?"

Aku angguk. Dia pula geleng.

"Aku tak nak."

Gosh! Satu hal lagi nak kena pujuk makan.

"Baekhyun, awak kena makan. Faham tak? Awak kena makan." Aku tekankan perkataan kena tu kuat-kuat. Dia geleng dan baring semula. Tapi sebelah tangan aku dah tarik lengan dia.

"Jangan baring."

"Jangan paksa aku. Kau nak aku telan bubur kosong macam ni? Kau ingat aku apa?"

"Awak ni cerewet tahu tak? Tak sedar diri tu tengah sakit. Kira untung saya sudi bawakkan semua ni naik atas. Ikutkan hati saya, saya tak nak buat semua ni. Sebab apa? Sebab nilah. Awak layan saya macam saya ni tak ada perasaan. Boleh tak kalau awak jaga hati saya? Sikit pun jadilah. Saya ni manusia juga. Awak cakap macam-macam, awak ingat saya tak sakit hati ke? Hah?" Aku hilang sabar. Mangkuk bubur tadi aku hengak atas dulang. Aku tak kira. Aku dah naik angin sangat dengan sikap Baekhyun. Itu salah, ini salah, sana tak nak, sini tak mahu. Aku stress.

"Oh.. ada hati pula ya? Ada perasaan? Habis kau tak fikir aku? Aku tak jadi kahwin. Aku tak jadi kahwin dengan perempuan yang aku cinta! Aku terpaksa kahwin dengan kau. Kau ingat aku nak ke? Kau ingat aku sudi? Seung Yeon, kalau bukan sebab omma dengan appa, aku dah lama batalkan sebab aku tak nak ada isteri. Macam kau. Faham?"

Kali ni aku betul-betul sentap. Aku betul-betul kecil hati. Aku terus keluar dari bilik Baekhyun dan hempas bilik tu sekuat hati. Nafas aku tak sekata. Sebab terlalu marah. Baekhyun melampau. Dia memang tak pandai jaga hati orang.

"Seung Yeon..."

Omma.

"Ya?" Aku kesat mata yang berair dengan telapa tangan. Omma kat bawah. Aku kat atas.

"Baekhyun makan?"

Aku kemam bibir. Dan senyum.

"Dah."

Penipu besar, Kim Seung Yeon.

---------

TBC

[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now