▶ 041

10K 757 138
                                    

"Welcome to Jeju Island, Byun Seung Yeon!" Aku menahan jeritan mulut Eunna dengan kerutan berlapis-lapis di dahi. Kaki aku tetap melangkah membelah hamparan pasir halus di pantai ini. Eunna pula sudah berlari-lari ke gigi air. Nampak sangat macam tak pernah nampak air.

Aku biarkan rambut tidak terikat. Biarkan bebas ditiup angin pantai yang sedikit kencang. Pengunjung tidak berapa ramai. Masih awal lagipun. Hanya beberapa orang sahaja yang kelihatan.

Aku labuhkan punggung di atas batu besar yang tertanam separuh di bawah pokok rendang. Sambil itu aku perhatikan gerak-geri Eunna yang sudah mencecahkan kaki sehingga paras betis.

Keluhan panjang aku zahirkan. Kasar dan berat. Aku cuba nak lupakan seketika bayangan Baekhyun pada mata. Tetapi aku tak tahu kenapa susah sangat nak buang. Walaupun sekejap. Aku tak minta. Tapi makin aku suruh lupa, makin kuat pula bayangan tu. Dah macam ternampak Baekhyun dekat kawasan sini. Padahal tak ada pun.

Aku cuba nak tanggalkan kasut. Susah sikit nak tanggalkan sebab tali dia berselirat mencangkuk kawasan buku lali dan tumit.

 Susah sikit nak tanggalkan sebab tali dia berselirat mencangkuk kawasan buku lali dan tumit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Aihh susahnya nak buka." Aku cuba tolak tali yang ada dekat tumit dan tanggalkan. Tapi makin aku cuba, makin tak boleh. Stress, aku cuba tunduk untuk tanggalkan pakai tangan. Baru aku nak menunduk, seorang lelaki berbaju putih, berambut perang datang dan tanggalkan kasut dari kaki. Tercengang aku dibuatnya.

"Dah siap." Dia tersengih.

Aku yang melihat jadi kekok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku yang melihat jadi kekok. Dahlah tak kenal. Kacak satu hal. Baik hati lagi satu hal.

"Err... terima kasih. Susahkan je." Aku menunduk sedikit. Lelaki tu sekadar senyum dan angguk. Senyumannya menawan. Tertutup matanya.

"Tak susahlah. Dah memang tugas saya." Kata lelaki itu. Aku jadi tertarik hendak berbual dengan lebih dalam dengan lelaki tu.

"Awak kerja dekat sini ke?" Aku menanya. Lelaki itu mengangguk lagi. Dia labuhkan punggung di atas hamparan pasir halus pantai ini, menghadap aku. Aku jadi tak selesa bila aku duduk atas, dia duduk bawah. Jadi aku turun dari batu besar tu dan duduk di atas batang pokok kering yang dah lama kat situ. Jadi tak berapa segan sangat hendak berbual dengan lelaki ini.

[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now