▶ 055

11.4K 866 88
                                    

[SEUNG YEON POV]

Aku celikkan kelopak mata perlahan-lahan. Terasa begitu lama aku lelapkan mata. Macam bertahun-tahun. Tekak aku perit. Mata aku pedih sebab silau dengan cahaya lampu kalimantang yang menerangi bilik ini. Aku tak pasti ini bilik apa. Tapi bau dia macam... hospital.

Aku tolehkan kepala ke kanan. Aku nampak Eunna, Ae Jung dan Hanbin sedang duduk di sofa. Hanbin tertidur di atas bahu Eunna, Eunna dan Ae Jung berbual sesama sendiri. Aku pejamkan mata semula sebab pandangan nampak kabur dan mata aku pedih. Kemudian aku buka semula.

"Na..." suara aku tak keluar. Aku telan liur berkali-kali.

"Na... Jung..." aku cuba lantangkan suara, tetapi setakat berbisik suara aku mendengar. Aku ingatkan mereka tak sedar, rupanya perasan.

"Yeon!" Ae Jung laju berdiri dan mendekati aku.

"Hospital ke ni?"

Ae Jung mengangguk. Aku kerutkan dahi.

"Kenapa kat sini?"

"Awak pengsan."

Pengsan? Aku cuba ingat apa yang berlaku.

"Saya pengsan pagi tadi. Malam ni baru sedar. Awak okey?"

"O.. okey. Tapi pengsan? Kenapa pengsan? Saya ada sakit apa-apa ke?" Spontan aku menyoal soalan itu. Aku rasa bingung sangat. Pengsan macam tak ada sebab. Aku tak makan ke? Tapi memang aku rasa kurang sihat sikit sejak akhir-akhir ni. Tapi tak ada pula rasa nak pengsan.

"Emm... awak pengsan sebab pregnant."

Aku terdiam. Terpana aku memandang wajah Ae Jung. Eunna turut berdiri sebelah Ae Jung.

"Pregnant? Siapa yang pregnant?" Aku cuba menidakkan.

"Yeon. Yeon pregnant anak Baekhyun."

"NO!" Aku menjerit. Aku tutup mata dan telinga serentak. Benci mendengarnya. Aku tak tahu kenapa aku benci. Aku rasa macam aku dekat dengan Baekhyun.

"Hei... Seung Yeon. Kenapa pula ni? You should happy with this."

"No, Ae Jung! Never! Saya tak akan pernah bahagia. Lagi-lagi kalau ada sesuatu yang ada kaitan dengan dia."

"Habis tu Yeon nak gugurkan kandunganlah? Sanggup ke? Sanggup buang anak sendiri? Tak pernah lagi dekat dunia ni seorang ibu bencikan anak sendiri sebab pernah ada kisah silam dengan ayah dia." Aku terpana sekali lagi. Aku cuba untuk lupakan khabar berita ini. Tapi semakin aku cuba lupakan, semakin aku sakit hati. Semakin terngiang-ngiang. Kenapa aku benci aku mengandung? Padahal aku bencikan Baekhyun.

"Ingat, Seung Yeon. Yeon boleh bencikan Baekhyun. Tapi bencikan anak sendiri, serupa kalau Yeon bencikan diri Yeon sendiri." Pecah air mata aku bila dengar ayat-ayat Eunna. Aku terlalu bencikan Baekhyun sampaikan aku tak boleh kawal diri sendiri. Kenapa sikit pun aku tak rasa bahagia dengan khabar berita ni? Kenapa sekelumit pun aku tak rasa gembira dengan kandungan aku? Itu yang aku tunggu. Tapi sekarang...

"Seung Yeon," Ae Jung pegang tangan aku yang berjarum. Aku celikkan mata dan biarkan air mata mengalir tidak diseka. Biarlah air mata itu buang segala kebencian aku kepada anak sendiri. Aku tak sanggup biarkan perasaan tu bermahajaralela dalam hati. Biarlah benci itu untuk ayah dia. Bukan untuk anak aku.

"Siapa tahu saya pregnant?" Aku menyoal, lemah. Eunna dan Ae Jung memandang sesama sendiri.

"Saya, Eunna, Hanbin, dengan suami isteri yang awak jumpa tadi. Saera dan Soonyoung."

"Kenapa diorang tahu tentang ni?"

Ae Jung mengeluh pendek.

"Diorang yang tolong awak hantar ke sini. Sebab tu diorang tahu."

Aku pejamkan mata lagi. Aku cuba duduk. Ae Jung dan Eunna bantu aku untuk bersandar di kepala katil. Sambil tu, aku lekapkan kedua-dua tangan atas perut. Macam tak percaya, tapi inilah kenyataannya. Kenyataan yang aku terpaksa terima.

"Eunna, Ae Jung, saya nak minta tolong awak berdua."

Mereka berpandangan sebelum memandang aku semula.

"Apa dia?"

"Tolong jangan bagitahu omma appa pasal ni. Baekhyun pun sama. Jangan bagitahu diorang yang saya mengandung."

Ae Jung dan Eunna nampak terkejut. Tapi aku tak peduli. Biarlah kandungan ni, aku sendiri yang jaga. Aku tak nak sesiapa tahu melainkan yang sudah tahu sahaja. Saera dan Soonyoung, biarlah mereka. Aku tak nak jumpa sesiapa yang berkaitan. Hati aku masih perit. Masih sukar untuk menerima kenyataan.

"Tapi, mereka berhak tahu."

Aku pandang Ae Jung.

"Please, saya minta tolong ni je. Saya tak minta lebih. Saya tak nak Baekhyun tahu sebab saya rasa, perkahwinan saya tak terbatal. Saya masih ada status isteri orang." Ya, itulah yang aku bencikan sekarang ini. Aku masih isteri Baekhyun.

"Okeylah. Kalau itu yang Yeon nak. Na tak boleh halang.."

Aku lepaskan nafas lemah. Kenapa ini pula yang berlaku? Tapi tak apalah. Aku boleh. Aku boleh hidup sendiri tanpa Baekhyun. Mungkin kalau dia tahu pun, dia akan ingat aku mengandungkan anak orang lain. Diakan tak reti tanya dulu. Reti menuduh. Reti menyakitkan hati orang. Reti lukakan hati orang. Tak pernah adil dalam semua perkara.

'Saya akan jaga anak saya, Baekhyun. Anak saya. Bukan anak kita.'

-

Saera dan Soonyoung mendengar apa yang dibualkan oleh Seung Yeon, Eunna dan Hanbin di dalam wad. Serta-merta rasa bersalah menculuk dalam hati. Saera menggenggam lengan suaminya seerat yang mungkin. Takut.

"Macam mana ni, Soon? Saya dah terbagitahu omma Baekhyun pasal ni. Mesti Yeon marah."

Soonyoung memegang bahu Saera dengan sebelah tangan.

"Tenanglah. Tak ada apa-apa pun. Silap kita juga sebab terlupa. Tapi saya lega, omma Baekhyun tak pernah berdendam dengan awak."

"Tapi saya risau Seung Yeon."

"Tak ada apa-apa. Trust me. Kita tak boleh jumpa dia sekarang. Kita kena balik. Biarlah benda ni dia selesaikan sendiri. Dia tak perlukan kita."

"Tapi saya nak tebus kesalahan saya. Saya rasa lega bila saya boleh kembalikan diorang bersama."

Soonyoung melepaskan nafas berat.

"Ya, saya faham.Tapi please, sayang. Faham keadaan Seung Yeon dulu? Biarkan dia hidup sendiri. Saya percaya, Baekhyun masih cintakan isteri dia. Dia akan tahu juga pasal ni. Urusan kita sampai sini je. Kita tak boleh campur lagi."

"Tapi surat penceraian tu?"

"Omma Baekhyun dah janjikan nak tarik balik dengan kita esok?"

Saera mengangguk.

"Ha.. nak risau apa lagi?"

"Macam mana kalau Seung Yeon tahu?"

Soonyoung ketawa kecil dan memeluk Saera perlahan. Kepala wanita itu diusap dengan tangannya.

"Kenapa takut sangat ni, hmm?"

"Saya takut kalau saya terus dibenci. Saya tak sanggup. Saya tak boleh tenang kalau ada orang bencikan saya. Saya tahu, salah saya. Tapi saya tak boleh. Saya..."

"Hei.. relaks. Saya janji, kita jumpa Seung Yeon lagi lepas ni. Tapi kita kena balik dulu. Bagi Seung Yeon masa dan bagi Baekhyun ruang. Saya percaya, Baekhyun akan balik lagi ke Korea. Dia tak lama dekat China. Jasad dia dekat sana, tapi percayalah, selangkah pun hati Baekhyun tak pernah bergalih dari Seung Yeon."

----

TBC

----

Maaf kalau bosan. Saya tak boleh kembang idea sebab lapar. Hahahahha. Esok paper pd. RIP sej tadi. Burr...

[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now