▶ 053

9.9K 714 42
                                    

[SEUNG YEON POV]

"Seung Yeon sshi, are you okay?" Aku tersentak kecil apabila suara Profesor Yoon bergema di dewan kuliah ini. Aku picit pelipis sambil mengangguk. Dah sebulan lebih aku macam ni. Entah dekat mana salahnya, aku pun tak tahu. Sekejap aku rasa tak sihat. Sekejap aku rasa okey. Sekarang aku rasa tak sihat. Mood nak belajar langsung tak ada walaupun minggu depan aku akan hadapi peperiksaan akhir sebelum masuk ke tahun terakhir.

"But I think you are not okay. If you want to go back, silakan. Saya tak halang. Awak nampak tak sihat." Kata Profesor Yoon. Aku menggeleng laju.

"It's okay, prof. I'm okay. Teruskan." Satu dewan kuliah pandang aku dengan pelbagai reaksi. Jadi aku tak selesa.

"Okay if like that. Kalau awak nak keluar, silakan. Saya okey." Aku mengangguk dengan senyuman. Profesor Yoon meneruskan kembali pembelajarannya.

"Are you sure, Yeon? Awak nampak pucat." Aku dengar suara kawan aku dekat belakang berbisik.

"Awak tak demam. Tapi awak nampak tak sihat. Jom, kita pergi klinik." Ae Jung sudah mula hendak bangun. Tapi aku cepat-cepat pusingkan tubuh dan halang dia.

"No need, Ae Jung. Saya okey."

"No need what, Yeon? Saya kawan awak juga. Jom, saya bawa awak pergi klinik."

"Saya tak nak pergi klinik. Saya nak balik je."

Ae Jung mengeluh pendek. Dia berdiri. Aku pun ikut berdiri. Disebabkan Profesor Yoon dah izinkan, jadi aku boleh balik bila-bila masa. Tapi aku jadi tak selesa sebab menganggu pembelajaran yang lain. Ae Jung paut tangan aku dan keluar dari dewan kuliah. Bila keluar je, aku rasa lega sangat-sangat. Dan mata terus jadi mengantuk.

"Kejap, Jung. Saya nak duduk." Aku terus labuhkan punggung di kerusi batu yang ada di situ. Aku terus tersandar dengan mata terpejam.

"Teruknya awak, Yeon. Saya risaulah."

"Tak ada apa-apalah."

"Eunna tahu tak awak macam ni?"

"Tahu."

"Kenapa dia tak nak bawa awak pergi hospital?"

"Sebab saya tak nak."

"Kenapa awak tak nak?!"

Aku rasa macam nak kacip mulut Ae Jung yang tak reti nak berhenti bercakap tu. Aku buka mata sedikit sebelum menutupnya kembali. Tekak aku.. rasa nak termuntah bila buka mata. Perasaan ni sama macam minggu lepas.

"Jom kita pergi klinik. Ya?"

Aku menggeleng.

"Tak nak. Tolong jangan paksa saya."

Ae Jung labuhkan punggung di sebelah aku.

"Susah betul nak bawa pergi hospital ni. Selagi tak pengsan, jatuh, selagi tu tak nak pergi." Kata Ae Jung. Masih berminat hendak membebelkan aku. Aku hanya diam. Malas hendak menjawab apa-apa.

"Saya nak pergi kafe. Awak nak apa-apa ke?"

Aku buka mata secara paksa.

"Saya nak air mineral je."

"Makan?"

Aku menggeleng.

"Tak naklah."

"Okey. Tunggu sekejap tau. Jangan pergi mana-mana. Saya pergi kejap."

"Ya. Pergilah." Selepas sahaja Ae Jung beredar, aku terus pejamkan mata semula. Bukan tidur, tapi cuba hilangkan rasa pening dan loya.

-

[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now