▶ 061

11.1K 807 156
                                    

Beijing, China.

Aku sekarang berpijak di bumi Tembok Besar China. Semua ni Baekhyun punya pasal. Dia kejutkan aku pagi-pagi, siap kata rumah terbakar. Padahal takut terlepas penerbangan. Bertuah punya suami.

Percutian ni, aku anggap macam berbulan madu. Pelik? Tak. Aku tak pelik pun. Tapi aku berdebar. Aku tak tahu kenapa aku berdebar bila berdua dengan Baekhyun. Rasa macam tak tenang. Asyik nak senyum. Padahal sebelum ni aku cintakan dia juga. Tapi tak adalah rasa sampai macam ni sekali. Omma pun ada tegur, aku dengan Baekhyun nampak lebih mesra dari biasa. Aku tak mesra ke selama ni?

“Seung Yeon,” aku menoleh ke kanan memandang Baekhyun yang sedang memejamkan mata. Muka dia nampak berkerut, bibir dia nampak pucat. Aku betulkan duduk. Kami baru sahaja naik ke dalam teksi tadi sebab nak ke hotel.

“Awak kenapa?”

“Macam… jetlag.” Berkerut dahi aku dibuatnya.

“Jetlag? Tadi elok je.”

“Tu tadi. Sekarang ni sekarang.”

Aku mengeluh pendek. Aku tarik kepala Baekhyun dan letakkan atas paha. Minyak aroma terapi yang dia gunakan waktu aku sakit dulu, aku ambil dari beg tangan, lantas aku sapukan pada dahi dan hidung dia.

“Awak tak boleh naik flight ke?” Soal aku sambil mengurut perlahan dahi luas Baekhyun. Baekhyun diam. Tidak menjawab. Tangan memeluk tubuh, mata dipejamkan. Aku faham keadaan dia, jadi aku biarkan soalan aku tidak berjawab.

“Dah. Tak payah urut. Awak penat.” Dia tiba-tiba bangun dari ribaan aku dan buka mata. Muka dia nampak merah sikit daripada tadi.

“Dah okey?”

Baekhyun mengangguk sikit. Tubir mata dia yang berair, aku lapkan dengan jari aku. Aku tutup minyak dan masukkan semula ke dalam beg. Aku duduk macam biasa sambil memandang hadapan. Jalan agak sesak sedikit dan cuaca hujan. Sejuk. Lagipun sekarang dah nak malam. Mata aku mengantuk. Memang tak ada mood nak berjalan ke mana-mana.

“Sayang, handphone saya pada awak ke?” Soal Baekhyun sambil meraba badan dia sendiri.

“Haah. Nak?”

“Haah sekejap. Nak call kawan saya.”

Aku terus capai beg tangan aku dan keluarkan iPhone7 berwarna hitam milik dia. Kemudian, aku hulur. Dia sambut.

“Awak ada kawan dekat China?” Aku tanya. Baekhyun mengangguk sambil fokus pada skrin telefon.

“Haah. Kan saya pernah stay dekat sini sekejap. Dia lawyer juga. Saya tak hafal sangat selok belok Beijing. So saya nak tanya dia.” Kata Baekhyun dengan senyuman manis. Aku mengangguk mengerti. Lepas tu, aku tak tanya lebih sebab dia nampak sibuk dengan telefon dia.

30 minit perjalanan, akhirnya kami sampai di hotel. Aku dan Baekhyun terus keluar dari teksi dan biarkan beg-beg kami diangkut oleh pekerja hotel. Aku rasa macam dah tak boleh nak buka mata. Masuk je dalam bilik hotel, aku terus hempaskan tubuh katil.

“Penat?” Baekhyun rapatkan pintu bilik dan kunci. Aku hanya menggumam sambil pejamkan mata dan mengiring membelakangi dia. Kemudian, aku dapat rasa katil macam menyenget sikit dan badan aku dipeluk dari belakang.

“Nak makan apa malam ni?”

“Up too you…” suara aku meleret. Penat yang amat sebenarnya.

“Pergi mandi, lepas tu kita turun makan.” Kata Baekhyun sambil menepuk pinggang aku perlahan. Aku terlentangkan tubuh dan pandang Baekhyun.

“Nantilah. Malas nak gerak.”

“Tak lapar lagi? Nanti gastrik.”

Aku menggeleng.

[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now