▶ 037

9.6K 863 148
                                    

[BAEKHYUN POV]

Aku celikkan mata perlahan-lahan bila terasa lengan kiri aku sedikit berat. Macam ada orang yang tengah melabuhkan kepala dekat situ. Aku pejamkan seketika dan celikkan kembali. Terus aku terpandang kepala seseorang menenggek atas lengan kiri aku.

Seung Yeon.

Dia tertidur dengan separuh muka tertutup dengan rambut. Tangannya memeluk pinggang aku. Tangan aku pulak berada atas tubuh dia. Senang cakap, kami tidur berpelukan. Aku tersenyum dan pejamkan mata lalu eratkan lagi pelukan. Entah kenapa, terasa bahagia bila macam ni. Terasa macam bercinta.

Err... memang tengah bercinta pun. Sebenarnya.

Rambut Seung Yeon yang berterbangan aku selak ke belakang. Baru jelas wajah cantik itu pada mata aku. Aku perhatikan setiap inci wajah dia. Putih, manis, cantik, dan ada tahi lalat kecil di dagu. Kecil sangat. Comel.

Aku meraba poket seluar jeans.

"Alamak, phone dekat luar pula." Berniat hendak melihat jam. Tetapi bila teringat telefon dekat luar, terus terasa malas hendak bangun. Dengan Seung Yeon yang masih lena. Tak sampai hati aku nak gerakkan dia. Tapi aku masih tak senang hati selagi tak tahu pukul berapa sebab suasana bilik ni nampak sedikit gelap. Dah malam kut kat luar.

Aku angkat kepala sikit. Aku lekapkan tangan pada poket seluar jeans belakang Seung Yeon. Jangan salah faham. Bukan sengaja. Aku pegang bersebab. Lagipun dia... isteri aku. I can do more than that, okay. Tunggu masa je. Jangan cemburu.

Bila aku rasa macam ada sesuatu yang berpetak, aku tarik benda tu keluar dari poket. Telefon Seung Yeon. Aku tekan punat tengah.

"6 setengah. Patutlah suram." Aku menggumam kecil. Telefon Seung Yeon masih dala genggaman aku. Sesekali aku geselkan hidung pada dahi Seung Yeon. Aku tak tahu kenapa mood-mood romantik menjinak-jinak. Terasa macam nak bermanja dengan dia. Bila dia tidur, aku rasa macam aku nak buat sesuatu dekat dia. Sesuatu yang sebelum ni aku tak pernah buat.

Baru aku hendak terlelap lagi, aku terasa tangan aku yang tengah pegang telefon Seung Yeon tadi bergegar. Macam ada mesej masuk. Aku buka.

Awak cintakan dia sepenuh hati? Awak boleh cakap macam tu. Tapi saya tahu, awak tak bahagia dengan Byun Baekhyun.

Tersentap sekejap membaca mesej yang baru dihantar dari nombor yang tidak bernama itu. Hanya nombor. Aku baca mesej-mesej lama dia dan lelaki yang aku tak kenal tu. Aku yakin sangat tu lelaki. Kalau tak, kenapa hati aku sakit sekarang ni?

Saya cintakan awak, Min Yoongi.

Damn shit. Mesej yang bertarikh bertahun-tahun dahulu buat aku menanah. Jadi Min Yoongi bekas teman lelaki dia?

Wait. Bekas teman lelaki? Jadi gambar polaroid yang aku curi tu... gambar Min Yoongi?

"Patutlah masih simpan. Ada hati lagi rupanya." Aku tutup telefon Seung Yeon terus. Bukan setakat tutup, aku padam segala mesej yang buat aku sakit jiwa tu sekali. Kalau boleh, nak lenyapkan nama Min Yoongi tu.

Jujur, aku cintakan Seung Yeon sekarang. Aku tak nak dia dirampas. Hati aku dah tertutup untuk orang lain, dan hanya nama Seung Yeon yang tercatat. Tapi bila aku baca mesej-mesej tadi, aku sakit hati. Pedih. Nampak sangat dia masih berhubung dengan bekas teman lelaki dia tu walaupun dia selalu ucapkan kata cinta depan aku.

Sorry to say, aku lagi kacak dari Yoongi yang entah apa-apa tu. Aku tahu, sebab aku pernah nampak muka dia dekat polaroid yang aku curi dari fail assignment Seung Yeon. Waktu ni aku masih tak terbuka hati. Masih buta. Aku masih simpan benda tu. Ada dalam dompet.

[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now