▶ 017

9K 889 65
                                    

[BAEKHYUN POV]


Aku keluar dari rumah lepas makan tadi. Makan pun bukan makan kenyang. Setakat alas perut je. Tak ada selera nak telan makanan sekarang ni. Mood aku tak berapa baik nak berbaik dengan sesiapa terutama sekali dengan Seung Yeon. Entahlah, berat sangat aku nak terima dia. Aku lebih suka tengok dia jadi macam tu. Aku tak suka tengok dia bahagia. Gilakan? Tap itulah hakikat.

Aku terus masuk dalam kereta dan pandu keluar dari kawasan rumah. Tujuan aku sekarang hanya satu tempat. Hanya...

-----

"Amboi, tebiat ke datang rumah aku?" Chanyeol jeling. Aku yang tengah berbaring atas sofa rumah dia hanya diam. Tak jawab apa-apa.

"Takkan baru semalam hari ni dah gaduh..." suara dia meleret dan aku tahu dia macam perli aku. Aku terus buka mata dan pandang dia.

"Aku rasa sampai bila-bila kut benda ni jadi." Selamba aku cakap macam tu sebab aku tahu, Chanyeol tahu yang aku tak suka pun dekat Seung Yeon. Tak alih kena kahwin. Pelikkan? Dia pun terkejut.

"Kau mana tahu. Cubalah dulu."

"Cuba apa?"

"Cuba untuk terima."

Aku kecilkan mata dan pandang Chanyeol. Aku dapat rasa sesuatu dari raut wajah yang tak berapa nak tampan dia ni. Dia tengah baca surat khabar dengan muka yang bersahaja dan langsung tak pandang aku. Aku syak dia cemburu yang aku kahwin dengan perempuan yang dia suka.

"Cakaplah yang kau sebenarnya tak ikhlas cakap aku macam tu kan?"

Dia alihkan mata dan pandang aku. Kening dia terangkat.

"So?"

Dia sambung baca. Geram aku jadinya. Aku ketap gigi dan rentap surat khabar tu dari tangan dia. Dia mendongak dengan muka tak puas hati.

"Kau kenapa?! Cari pasal?!"

"Kau tu yang kenapa, Chanyeol. Jujurlah dengan aku. Tak payah nak hipokrit. Kau suka Seung Yeon, buat cara kau suka dia. Tak perlu seksa diri kau. Buktikan yang aku memang tak layak untuk dia! Kau yang layak! Kau!" Aku pegang kolar baju dia dan tarik dia biar dia berdiri. Tapi dia tak berdiri. Dia keraskan badan. Aku masih genggam kolar baju dia. Marah membuak tiba-tiba sebab Chanyeol buat aku rasa serba salah.

"Jangan jadi bodoh, Baekhyun. Kau dah kahwin. Kau dah jadi suami dia yang mutlak. Kau nak aku buat apa lagi? Kau nak aku rampas dia? Kau nak aku jadi orang ketiga yang kononnya nak hancurkan rumah tangga kau? Padahal kau yang suruh? Macam tu?"

"Ya! Aku nak kau buat macam tu! Aku nak kau buat macam tu, Chanyeol. Aku dah tak boleh tahan."


Chanyeol ketawa sinis sambil menggeleng. Tangan aku ditolak dari menggenggam kolar baju dia. Mata dia langsung tak pandang aku. Nafas aku dah mula tak teratur sebab marahkan dia. Dia buat aku rasa serba salah. Aku tahu dia suka Seung Yeon dan aku restu kalau dia kahwin dengan Seung Yeon. Janji aku boleh dapatkan Saera semula dan Seung Yeon aku boleh serahkan pada dia.

"Bodohnya kau Baekhyun. Dah ada isteri sesempurna tu, kau tak nak. Yang tak ada tu juga kau cari. Kau tahu tak tahap kebodohan kau ni jauh lebih teruk dari bodohnya tembok. Muka yang tak tahu malu, minta kawan baik kau sendiri hancurkan rumah tangga kau. Langsung tak sayang rumah tangga. Kau manusia paling bodoh, Baekhyun." Mencerlung mata aku pandang dia bila dia kata aku macam tu. Dia kutuk terus. Berpinar telinga aku.

"Kau tak nak tolong aku, cakap je, Chanyeol. Tak perlu kutuk aku. Aku ada maruah."

"Kau akan jadi bermaruah bila kau jadi lelaki sejati. Tinggalkan bunga layu. Kau petik bunga baru yang masih segar. Yang dah sah jadi milik kau. Yang kau nak bunga layu yang dah jadi hak milik orang lain kenapa? Patutkan kalau aku cakap kau bodoh? Kau yang tak sedar sekarang ni."

Terdiam aku jadinya. Hilang kata-kata aku dengan ayat Chanyeol. Terhantuk rasanya sekejap.

"Fikirlah, Baekhyun sebelum buat benda-benda bodoh macam ni. Jangan jadi terlalu bodoh. Kau tu lawyer. Takkanlah kau tak tahu undang-undang perkahwinan macam mana."

"Aku dah pergi mahkamah tadi."

Chanyeol terus pandang aku. Muka dia terkejut.

"Kau buat apa?"

"Aku buat surat perjanjian penceraian."

"What?!"

Aku pandang Chanyeol yang memang terkejut tu. Aku dah tak fikir apa-apa. Aku nak dia tahu apa yang aku buat pagi tadi. Sekarang dah nak tengahari. Aku tak nak tangguh-tangguh.

"Aku tulis, penceraian aku akan sah bila Saera datang semula depan mata aku. Tak kira dalam apa keadaan sekalipun sama ada dia tak perasan atau dia perasan." Aku kata tanpa ragu. Chanyeol terkebil-kebil pandang aku. Muka dia memang terkejut.

"Kau dah gila ke apa? Mana ada prinsip macam tu dalam perkahwinan."

"Ada. Sama macam kontrak. Konsep kontrak macam tu lah. Tapi bukan pakai tempoh. Tapi bergantung pada masa. Sama ada cepat atau lambat, aku dengan Seung Yeon akan tetap bercerai. Aku yakin, Saera akan datang semula."

Chanyeol mendengus kasar. Aku tahu dia tengah ejek aku. Aku tahu, mungkin keputusan ni nampak melampau pada mata orang yang tak pernah tahu semua benda ni. Tapi pada aku tak. Itu tak sekejam mana.

"Kau yakin ke Saera akan datang semula?"

Aku angguk laju.

"Terlalu yakin, Chanyeol. Dia memang akan datang. Percayalah..."

"Kalau dia tak datang? Kau takkan berceraikan dengan Seung Yeon?"

Aku ketawa. Ketawa yang dibuat-buat. Entahlah, Chanyeol nampak nak selamatkan rumah tangga aku. Padahal aku pun tak nak selamatkan rumah tangga sendiri. Mungkin dia kesiankan Seung Yeon dan sayangkan perempuan tu. Kan?

"Kalau dia tak datang, aku sendiri yang akan ceraikan Seung Yeon. Cukup tempoh kalau aku rasa dah tak tahan, aku hantar borang cerai. Dia tinggal sign dan datang ke mahkamah yang memang dia mengaku dia rela berpisah dengan aku. That's all."

"Senangnya hidup kau..."

Aku bangun dari sofa. Chanyeol aku tak pandang.

"Susah, Chanyeol. Susah nak cuba terima manusia asing masuk dalam hidup aku."

-----

TBC

-----

Saya sebenarnya buat ff ni main-main. Kadang saya lupa saya sambung bab berapa. Saya langsung tak serius macam buat Mistress. Sebab mungkin saya sibuk dengan hw yang berlambak then fikir pasal SPM. Sebab tu saya selalu taip main2, buat main2. Yeahh... maafkan saya kalau storyline nampak berterabur. Tapi itulah diri saya kalau saya tengah struggle dengan sesuatu. Apapun, enjoy!


[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now