▶ 052

10.3K 896 251
                                    

Terasa perjalanan ke rumah terlalu jauh. Walaupun Eunna yang memandu, tetapi aku rasa kepala aku berpinar. Mata aku kabur dan nafas aku macam tak sampai ke otak. Aku pejamkan mata beberapa kali. Cuba untuk mendapatkan pandangan yang jelas. Tapi tetap juga sama. Makin aku cuba, makin aku rasa tekak aku kembang kuncup.

“Na…”

“Ya, Yeon?”

“Yeon rasa macam… nak muntah.”

“Hah?! Yeon kenapa?! Tak sihat ke?! Kejap, Na singgah stesen minyak.” Aku hanya mampu pejamkan mata sebab dah tak boleh buka mata. Aku pegang lengan Eunna. Tahan pening kepala dan tahan muntah dalam satu masa amat menyakitkan.

“Yeon, jom. Kita keluar pergi toilet.” Eunna keluar dari kereta dan pergi ke tempat aku. Aku dipimpim.

“Yeon tak makan ni. Gastrik. Lepas ni kita makan eah?”

Aku menggeleng.

“Tak nak. Yeon tak nak makan.”

“Tapi nanti sakit lagi.”

“Tak ada selera nak makan.” Aku masuk ke dalam tandas dan tahan tangan atas sinki. Aku menunduk. Belum sempat aku tarik nafas, aku dah termuntah. Tangan Eunna mengusap-ngusap belakang aku. Tapi aku tak boleh berhenti. Pahit pada tekak, tak terkata. Terasa seperti hendak terkeluar dari hidung.

Bila dah rasa tenang, aku cuci muka dengan air dan berkumur sikit.

“Dah okey?” Eunna pegang pipi aku. Aku buka mata. Masih pening dan berpusing. Tapi tekak dah rasa elok sikit dari tadi.

“Okey sikit.”

“Kita makan. Jom.”

“Tak nak. Yeon tak ada selera nak makan.” Aku menggeleng lemah dan bertahan pada sinki. Tiba-tiba aku rasa sayu. Kenapa aku tiba-tiba sakit? Kenapa aku masih teringatkan dia walaupun seharian aku dah tak jumpa dia. Semalam… detik hitam yang aku dah lupakan. Tapi hari ini, aku teringat lagi. Masih terbayang lagi. Sampaikan aku terpaksa berpindah ke rumah Eunna semula seperti sebelum kahwin dulu.

“Sikit je, Yeon. Please… makan ya?”

Aku tak sampai hati hendak menolak lagi sebab Eunna nampak bersungguh. Aku mengangguk sahaja.

“Okey. Kita makan, lepas tu balik, tidur. Ya?”

Aku mengangguk lagi. Eunna pimpin aku semula keluar dari bilik air dan masuk ke dalam kereta semula. Terasa badan aku berpeluh. Terasa hendak pitam.

“Nah, minyak angin. Cium bau tu. Biar lega sikit pening kepala.” Eunna hulurkan sebotol kecil minyak angin aroma yang wangi baunya itu. Aku sambut lemah. Aku masih pejamkan mata. Tak terlarat hendak buka mata.

“Kita pergi makan.”

Setengah jam perjalanan, Eunna berhentikan kereta di hadapan sebuah restoran. Aku celikkan mata sedikit. Tengok kawasan restoran tu, membuatkan aku makin tidak selera. Mati selera aku rasanya. Aku tak tahu kenapa tapi aku betul-betul tak nak makan. Tak ada selera langsung.

“Jom, Yeon.”

“Yeon tak naklah, Na. Yeon tak ada selera. Tekak Yeon tak selera nak makan.”

“Haihh orang gastrik ni. Memanglah tak ada selera makan. Dah nama pun gastrikan? Yeon kena makan juga. Tak boleh tak makan. Jom.” Aku tak boleh nak menghalang apa-apa bila Eunna dah keluar dari kereta dan pergi ke tempat aku. Aku terpaksa keluar. Kepala dah tak berpusing. Cuma tekak tak selera nak makan. Perlahan-lahan aku berjalan ke arah restoran itu. Aku duduk. Eunna duduk sebelah aku. Tak panas punggung aku, meja kami didatangi pelayan.

“Makan?”

Eunna selak buku menu. Aku malas hendak melihat. Memang tak ada perasaan pun.

“Emm… bagi saya satu set bubur dan satu set dinner. Air untuk set bubur, air masa je. Air untuk set dinner, bir je.”

“Tu je?”

Eunna angguk.

“10 minit ya.”

“Terima kasih.” Eunna mengucapkan terima kasih sebelum pelayan itu pergi. Aku masih bermain dengan botol minyak angin. Lega bila hidu baunya. Tenang segala fikiran aku.

-

[BAEKHYUN POV]

Beijing, China

Aku tenung air pantai yang menenangkan itu. Tapi hati aku tak setenang air laut tu. Berbolak balik dari semalam aku bertolak. Rasa macam keputusan yang aku buat semalam terlalu terburu-buru dan bodoh. Aku tahu, benda ni dah terlambat dan Seung Yeon dah pun bencikan aku. Aku rasa macam… menyesal. Tapi ego aku jahat. Aku pengecut.

Semalam, aku tak boleh pandang Seung Yeon. Air mata dia melemahkan aku. Rayuan dia boleh ubah fikiran aku. Walaupun Yoongi dah mati, tapi aku masih rasa, Seung Yeon yang curang dengan aku.

Kalau tak, kenapa mesej tu ada?

Kalau tak, kenapa dia tak nak balik rumah omma masa aku kena ke Busan?

Aku musykil semua benda tu walaupun sebelum pergi, aku dah tolak jauh-jauh. Bila aku datang balik ke rumah, aku nampak Seung Yeon dan Yoongi dalam keadaan yang cukup mengaibkan, aku rasa diduakan. Aku terasa dicurangi. Aku menyangka Seung Yeon sebenarnya tak cintakan aku. Dia berpura-pura.

Tapi hati aku berbolak balik. Sebab aku tak dengar penjelasan dia. Aku tak bagi dia peluang. Baru sehari berpisah secara sah, aku yang tak tenang. Aku yang tak keruan.

Tak apa. Biarlah. Aku bagi hati aku peluang untuk uji fizikal mental aku. Aku cuba tenangkan fikiran di bumi China. Tiga tahun… aku cuba. Selagi aku mampu, aku bertahan. Selagi aku rasa boleh, aku cuba. Tapi.. kalau aku tewas dengan perasaan sendiri, aku akan pergi ke Korea semula untuk pujuk dia.

Mulakan hidup baru, terima segala tentangan dia. Bila-bila masa dia akan tolak aku. Dan bila-bila masa sahaja, aku boleh buat dia menangis semula.

Baekhyun… kisah cinta kau dah tamat. Tapi… cinta kau akan bermula semula tak lama lagi.

----

TBC

----

Hai Loyals. Saya update hari ni sebab nak bagitahu sesuatu. Minggu depan saya exam. Jadi saya betul-betul tak boleh nak update selalu macam sekarang. Saya tak boleh terus update sebab saya nak juga study. Saya tak kisah kalau didesak suruh update, tapi desaklah saya dengan cara yang tak menyakitkan hati. Saya student, jadi saya langsung tak ada masa yang panjang untuk hadap wattpad 24 hours semata-mata untuk ff. Saya minta maaf kalau ada yang terasa hati dengan ayat saya tapi saya cuba nak kawal. Saya minta maaf sekali lagi. Saya hargai sesiapa yang follow cerita ni dari awal sampai akhir. Tapi tolonglah faham saya ya? Tolonglah faham keadaan saya. Saya janji, lepas SPM, saya spam banyak ff sampai you alls semua termuntah. Masa tu jangan menyampah dengan saya pula. HAHAHAHA. Sekali lagi saya minta maaf.
Kalau ada yang terasa hati sebab saya tak balas komen, pun saya minta maaf. Saya tak sempat nak balas atau terlepas pandang. Saya tak sombong atau kerek. Tapi saya cuma tak ada masa. Sekali lagi, saya minta maaf sangat. 
Nak bagitahu juga, mungkin ini last update. (Tapi ayat saya kadang2 tak betul sebab mungkin malam ni saya taip lagi. HAHAHAHA). Study week ni saya tak akan usik wattpad. Dan juga tak usik Baekhyun dan Seung Yeon. Saya simpan dalam almari saya dengan mangga besar.
Panjangnya bebelan saya. Hahahaha. Okeylah, tu je. Again, tolong faham saya. Saya minta maaf. Bye!

[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now