▶ 050

10K 899 298
                                    

[SEUNG YEON POV]

Eunna temankan aku dari semalam lagi. Dia setia tunggu aku. Walaupun aku terlepas empat hari kelas berturut-turut, tapi Eunna tetap bagitahu aku apa tugasan-tugasan yang aku kena buat. Ada juga dua tiga orang classmate dan pensyarah yang tanya pasal aku dekat Eunna. Tapi aku yakin, Eunna akan cakap, aku tak sihat.

Sebenarnya memang aku tak sihat pun. Aku rasa tak sedap badan sejak malam semalam. Pening-pening kepala. Rasa hendak pitam dan mual. Gastrik sebenarnya. Aku tak makan.

“Yeon, Na pergi jumpa Hanbin sekejap. Nak ikut?” Soal Eunna sambil memakai choker pada leher. Aku menggeleng dari ruang tamu. Eunna berada di meja makan.

“Tak naklah. Malas.”

“Nak pesan apa-apa?”

“Tak nak.”

“Yeon tak makan apa-apa dari pagi tau. Makanlah. Nanti lapar.” Kata Eunna. Suara dia risau. Tapi aku sendiri tak risau dengan kesihatan aku. Buat apa aku nak risau? Dah tak ada sesiapa yang sayangkan aku. Orang yang betul-betul buat aku cintakan dia separuh mati dah tak ada.

Baekhyun betul-betul dah lupakan aku. Dia betul-betul dan tak ingat aku lagi. Dia betul-betul tinggalkan aku. Aku kecil hati sebab dia tak dengar apa yang aku nak cakap. Dia buat keputusan melulu. Tapi aku yakin, Baekhyun sekadar merajuk. Bukan marah atau memberontak.

Sekadar berfikir positif, aku dah cukup tenang. Aku yakin dengan dia. Aku percayakan Baekhyun.

“Na keluar dulu ya? Jaga diri tau.”

Aku angguk. Eunna sempat sentuh kepala aku sebelum berlalu pergi.

“Take care, Na.”

“Ya!” Laung Eunna dari luar. Kemudian aku dengar enjin kereta Eunna berbunyi dan bergerak keluar dari kawasan perumahan ini. Rumah Baekhyun.

Aku sendiri. Mata aku kuyu memandang kaca televisyen. Mood-mood macam ni yang aku benci. Suasana beginilah buat aku teringatkan Baekhyun. Sumpah, aku rindukan dia. Rindu separuh mati. Aku sakit sebab aku rindukan dia. Aku dah terbiasa duduk berdua dengan dia. Dah terbiasa rapat dengan dia. Tiba suatu hari, terpaksa berpisah. Aku rasa aku tak mampu.

“Bila awak nak balik, Baekhyun…”

Seminggu. Aku mengharapkan tempoh seminggu itu sementara dan selepas seminggu, mesti Baekhyun akan balik. Mesti.

-

Seminggu kemudian…

Penantian aku bagai tiada makna. Hidup aku tak ceria. Seminggu. Macam nilah. Tak ada apa-apa yang menggembirakan. Lebih pedih lagi, apabila dua hari lepas, aku dapat surat daripada seorang peguam. Aku tak buka pun surat tu. Aku sekadar tengok sebab aku tahu apa isinya. Aku masih positif. Masih yakin yang sebenarnya Baekhyun nak main-main. Baekhyun cuma nak uji aku. Dia nak tahu sama ada aku sayangkan dia ke tidak.

Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Takkan pernah sekali aku buka surat penceraian tu dan tandatangan. Sebab aku tak nak berpisah dengan dia.

Eunna dan Hanbin keluar. Aku di rumah. Sendirian lagi. Aku tak ada hak hendak menghalang sebab mereka keluar untuk belajar walaupun mereka sedang hangat bercinta. Tapi aku tak tahu apa yang mereka buat sebab dah malam pun belum balik lagi.

Aku duduk di ruang tamu. Tempat kebiasaan aku. Tak ada perasaan langsung hendak naik ke bilik dan melepak di dalam bilik tu sebab aku terbayangkan jasad Baekhyun. Ke mana aku pergi, mesti aku nampak dia. Bila aku masuk bilik, aku macam nampak dia tengah baring atas katil. Bila aku masuk lagi dalam, aku macam ternampak dia dekat balkoni. Bila aku masuk tandas, aku macam ternampak dia dalam tab mandi. Bila aku keluar dari rumah, aku terbayang-bayang dia dekat luar pagar rumah. Tengah melambai-lambai dekat aku.

[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now