▶ 039

11K 869 223
                                    

Perjalanan hidup aku berjalan seperti biasa. Tiada apa yang hendak ditekakkan seperti kelmarin. Baekhyun sama seperti itu. Semakin aku kenal dia, semakin aku tahu apa sikap dia. Sebenarnya Baekhyun memang manja. Hendak dibelai setiap hari, mesti dipegang setiap masa, dan wajib ditatap setiap saat. Aku sendiri pun tidak tahan dengan sikap manja dia kerana manjanya sangat mengalahkan orang perempuan.

Yoongi pula... entahlah. Aku tak tahu. Sejak aku mesej dia kali terakhir itu hari, dia terus tak mesej atau call mahupun jumpa aku lagi. Aku tak pasti sama ada dia sudah pasrah atau pun tidak. Cuma apa yang aku harapkan ialah, dia tidak akan muncul lagi untuk cuba meruntuhkan rumah tangga aku dan Baekhyun.

"Yeon!" Terhinjut bahu aku dibuatnya. Aku menjeling memandang Eunna yang sergah aku tiba-tiba tadi. Tak senang aku nak makan.

"Boleh tak tak payah nak terperanjatkan orang macam tu? Ingat bijak sangat ke apa?" Naik angin aku dibuatnya. Kecil besar je aku pandang dia. Eunna tersengih menampakkna giginya yang panjang-panjang itu.

"Sebab Na bijaklah Na jadi macam ni!"

"Gila." Aku tergeleng. Aku sambung makan.

"Yeon, hujung bulan ni keluarga Na nak buat family day dekat Jeju. Dia ajak semua tau. Na rasa family Baekhyun pun sama. Maksudnya, semua. Jom pergi!" Aku kerutkan dahi dan pandang menoleh Eunna.

"Yakah? Kenapa Yeon tak tahu?"

"Sebab Yeon memang tak nak ambil tahu."

Aku kecilkan mata. Sabar je dengan Eunna. Silap hari bulan terpacak tong sampah atas kepala dia. Baru tahu.

"Na cakaplah dengan Baekhyun suruh ambil cuti."

"Nantilah Yeon tanya."

"Pergi tau! Sebab appa kata, nak kumpulkan semua family sebelah omma dengan appa. Meriah."

"Ya. Ya. Nanti Yeon tanya Baekhyun. Okey?"

-

Habis je kelas tadi, aku terus balik rumah. Sebenarnya malas hendak balik lagi sebab nak belajar dekat perpustakaan. Tapi bila fikir aku ada amanah dari Eunna nak sampaikan kepada Baekhyun, aku balik. Baekhyun masa tu dah balik sebab ada kereta dia dekat luar. Jadi aku masuk ke dalam rumah dengan tenang. Tak perlu tunggu dia bila nak balik. Senang nak cakap.

"Yeon..."

"Ya, omma?" Muka omma yang nampak risau buat aku rasa macam kurang senang. Aku mendekati omma.

"Omma kenapa?"

"Baekhyun..."

"Kenapa dengan Baekhyun?!" Menjerit aku dibuatnya. Tengok muka omma yang dah berpeluh-peluh pun aku dah rasa macam nak tercabut jantung. Bila sebut nama Baekhyun, lagilah aku rasa macam nak pitam.

"Baekhyun... tadi dia balik marah-marah. Lepas tu bila omma tanya, dia tak jawab apa-apa. Yeon ada sakitkan hati dia ke?" Berkerut dahi aku mendengar soalan omma.

"Dia balik pukul berapa tadi?"

"Baru je. Pergilah naik atas. Cuba tanya. Sebab omma risau kalau dia tak makan. Perangai tu memang macam tu."

Aku jadi serba salah nak naik atas. Baekhyun marah? Dia jarang marah sejak dulu. Tapi kenapa hari ni dia...

"Jangan risaulah. Baekhyun stres dengan kerja agaknya. Sebab tu dia macam tu. Pergilah naik. Cakap elok-elok. Jangan bagi dia panas. Ya?" Aku rasa macam nak suruh omma yang naik dan tanya Baekhyun. Aku jadi takut. Aku ada buat salah ke? Rasanya macam tak ada. Tapi.. tak apa. Aku cuba.

"Yeon naik dulu ya omma?" Omma angguk. Aku terus naik atas dan masuk bilik sendiri. Baekhyun berselubung dalam selimut. Baju kerja dia bersepah atas lantai. Aku tengok kertas-kertas kerja dia bersepah atas meja belajar aku. Komputer riba dia terbuka. Telefon bimbit dia pun sama.

[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now