Chapter 3

1K 118 82
                                    

Kai POV

Aku ternampak Lisa yang berjalan berseorangan. Maybe dia nak pergi kelas tapi mana kawan baik sehati sejiwa sehidup semati dia tu?

Tak nampak pun.

Aku terus memerhatikan dia yang menyandang beg laptop di bahu kirinya dengan muka berkerut.Berat ke beg tu sayang? Kesian. Meh sini abang tolong.

"Hai sayang,"ucapku sebaik sahaja sampai di depan Lisa. Aku nampak dia julingkan mata dia ke atas tanda menyampah. Lepas tu dia cebik bibir.

Tapi, ada aku kisah? Aku lagi suka tengok dia buat macam tu. Lagi bersemangat aku nak kacau dia.

Sebenarnya, aku nak cakap pasal beg dia yang berat tu tapi entah kenapa, tiba-tiba aku tak rasa macam nak cakap pula.

Dia simple je hari ni. Blouse putih dengan jeans hitam. Eh jeans hitam sama macam aku lah!

Tapi dia nampak sweet gila! Ah neomu areumdaun!

Jantung aku terasa laju bila tengok dia. Macam baru lari 5 pusingan padang sekolah Syed Mashor yang sebesar dua padang bola tu (pfft) Adakah ini cinta sejati?

Acah.

Wujud ke cinta sejati?

Aku rasa tak.

"Eh awak lah sayang abang. Buat tak tahu pula sayang ni," Aku tersenyum manis lalu mengenyit mata kepadanya.

Lisa menjegilkan matanya. Eh marah lah tu. Marah ke malu sayang? Comel. Asal aku tiba-tiba rasa segan tengok dia?

"Sorry i don't know you and I don't even have any interest to know you, sir," dia membalas, memandang aku dengan muka yang kerek jugalah tapi tetap cantik. Lel.

Aku agak- agak mesti dalam hati dia tengah kutuk-kutuk aku ni.

Aku mengetap bibir lalu tersenyum. Aku bagi senyuman paling manis tau! Kalau perempuan lain tengok mesti dah cair kalah aiskrim.

Well siapa je tak kenal Kai? Tapi Lisa? Aku rasa dia macam tak terkesan dengan senyuman aku. Macam takde perasaan pun ada.

Ouch, my pride!

Okay tak apa, aku ada idea nak buat apa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Okay tak apa, aku ada idea nak buat apa.

Nak buat muka Lisa merah! Saksikanlah!

"Bila sayang cakap macam tu, entah kenapa lagi bertambah sayang abang kat sayang tau," aku membalas lalu bergerak ke depan setapak mendekati Lisa.

Dia mula menapak ke belakang. Aku tengok muka dia dah cuak gila. Mahu saja aku ketawa tapi aku tahan. Aku kena laksanakan misi yang aku baru cipta beberapa saat yang lalu tu.

Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Alang-alang sakat Lisa,biar sampai muka dia merah hehe. Eh, suka hati kau je tukar pepatah en Kai. Ish.

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now