Chapter 24.

434 67 154
                                    

Kai POV

"Explain," ujar Lisa sebaik sahaja kami masuk ke dalam bilik. Aku sempat melihat jam di dinding.

11.30p.m.

Dia kemudian mengambil tempat di atas katil sementara aku menarik kerusi meja solek lalu meletakkannya di hadapan Lisa untuk duduk di situ.

"Ok so now, Lisa nak abang mula daripada mana?" Aku menyoal. Puas aku fikir mana satu yang aku kena terangkan dulu tapi aku pun tak tahu.

Buat penat je fikir. Baik tanya Lisa terus. Kan lebih cepat, mudah, dan tepat.

K apa-apa jelah.

"Em, kenapa kau yang jadi suami aku?" Lisa membuka mulut.

Eh macam pelik je soalan? Kenapa aku jadi suami dia?

"Sebab, memang abang yang nak kahwin dengan Lisa," balasku ringkas. Dah memang betul kan?

Lisa kan buah hati pengarang jantung aku yang tercinta.

Sila muntah.

Sibuk je.

"Ok kalau macam tu, kenapa kau nak kawin dengan aku?" soal Lisa lagi.

"Sebab abang sayangkan Lisa," jawabku tenang. Sungguh, aku tak rasa sekarang waktu yang sesuai untuk buat confession tapi aku tak nak tipu dia.

Dia senyap. Seperti memikirkan sama ada aku sedang jujur atau tidak. Come on la sayang, buat apa lah abang nak tipu?

"Tapi au kata dulu kau dah jumpa cinta sebenar kau?" tanyanya lagi. Aku boleh nampak yang Lisa cuba untuk tidak menunjukkan perasaan dia sekarang.

Tak apa. Aku ikut rentak dia.

"Ya, and you're the one who I meant," ujarku dengan lembut. Aku memandang tepat ke dalam mata Lisa namun dia segera mengalihkan matanya ke tempat lain.

See? Dia tak berani nak tenung mata aku. Aku cuba mengawal diri supaya tak tergelak. Sayang, you just can't lie to me.

"Tapi kau tak ada cakap pun? Apa bukti yang aku ni memang 'cinta sejati' kau?" Lisa masih tidak berputus asa. Perkataan cinta sejati itu dia tekankan. Lagaknya tak ubah seperti pegawai menyoal suspek. Lel.

"Lisa yang tak tanya. Bukti? Tak perlu bukti. Hati abang, abang tahu apa yang abang rasa," aku membalas. Namun, aku dapat rasakan yang Lisa masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang aku beri. Masih terdapat banyak tanda tanya di dalam fikirannya.

"Kenapa kau tak bagitahu yang kau akan kahwin dengan aku?" Kali ni, nada suara Lisa sedikit perlahan. Dia sedikit menunduk bermain dengan jarinya.

"Ok look. Sebenarnya memang abang nak bagitahu sayang pasal tu tapi ibu sendiri bagitahu abang yang sayang cakap sayang tak nak tahu langsung tentang your husband-to-be. Then, why do you expect me to tell you about us?" kataku sambil mengangkat kening.

Sebenarnya aku agak kecewa bula ibu bagitahu aku begitu sebab aku rasa macam aku tak jujur dengan dia. Tapi dah memang Lisa yang nak. Aku nak buat apa lagi?

Kalau aku cakap pun, entah-entah dia tak percaya.

Lisa sedikit tersentak mendengar jawapan aku tapi dia masih cuba mengawal air muka. Aku tak tahu lah kenapa dia masih nak sorokkan perasaan dia.

"Kenapa kau suka aku eh?" Eh, aku ingatkan dah selesai sesi soal jawab ni. Ada lagi rupanya.

"Do loving someone need a reason, sayang?" Soalannya aku balas dengan soalan. Aku nak juga tahu apa dia rasa. Tak adil dia je tahu perasaan aku. Kan?

Lisa tidak membalas dan hanya mengetap bibir. Aku tersenyum. Aku tahu dia setuju dengan apa yang aku cakap tapi dia masih lagi nak cari alasan.

Itulah perempuan.

"Kau kan ramai perempuan keliling pinggang. Petik jari je, ramai datang. Kenapa aku ?" Lisa mencebik. Jari telunjuknya dihalakan kepada diri sendiri. Dahinya dikerutkan.

"Because youre special to me. Very special," balasku ringkas. Tak perlu panjang lebar. Nanti kalau dia tanya lagi kenapa, aku sudah ada jawapannya.

Lisa melepaskan keluhan kecil. Eh give up dah ke? Alaa, aku baru je seronok main soal jawab macam ni.

Tapi sebenarnya kalau ada Lisa depan mata aku je pun dah cukup buat aku tersenyum.

"Entahlah, aku rasa semua ni berlaku macam pantas sangat," ujar Lisa. Dia membuang pandang ke luar tingkap.

Pandang luar tingkap buat apa? Bukan nampak apa pun. Sudahlah gelap gelita. Yang nampak cuma cahaya bulan.

Aku bangun lalu mengambil tempat disebelah Lisa untuk menghalang dia daripada memandang ke arah tingkap. Dia mendongakkan kepala untuk memandangku.

"Daripada sayang pandang tingkap, baik sayang pandang abang. Tingkap ada apa je? Abang handsome," ujarku lalu mengeyit mata dan mengukir senyum.

"Perasan lah kau," Lisa mencebik."Mana ada perasan. Itu kenyataan. Nak bukti?" Kataku lalu tersengih. Aku dah ada agenda ni dalam kepala.

"Apa bukti?" soal Lisa sambil mtanya dibesarkan. Suka sangat bulatkan mata isteri aku ni.

"Buktinya...," aku mula merapatkan wajah aku dengan Lisa. Dia pula bergerak perlahan-lahan ke belakang. Bibirnya diketap. Mata kami bertaut.

"Buktinya, Abang boleh dengar jantung Lisa sekarang," ujarku lalu kembali ke posisi asal. Aku mengawal riak wajahku supaya tak tergelak. Muka Lisa blushing.

"Apa-apalah," balas Lisa. Eleh, tak tahu nak cakap apa lah tu. Nampak tak? Aku tahu aku memang kacak sampai Lisa pun boleh cair.

Ew mohon jangan perasan ye bangKai.

Diam author. Padahal dia pun rasa aku handsome tu (͡° ͜ʖ ͡°)

"Eh tapi, macam mana kau boleh tahu aku tinggal sini?" Lisa menoleh ke arahku. Keningnya dikerutkan. Aku tersenyum. Aku dah agak mesti dia tak ingat punya.

"Lisa tahu tak rumah banglo warna kelabu yang dekat taman sebelah? Yang ada satu rumah je kat situ. Keliling dia pokok bunga. Tahu?" tanyaku.

"Mestilah! Tu rumah kawan tadika aku dulu tapi dia dah pindah. Kenapa? Kau saudara dia ke? Dia kat mana sekarang? Aku rindu sangat kat dia!" balas Lisa, tiba-tiba sahaja bersemangat.

Eh banyak pula dia tanya. Saudara? Kenapa naif sangat isteri aku ni :')

"Bukan saudara. Tu memang rumah abang. Kat mana? Ni depan mata sayang ni. Rindu? Abang pun rindu sayang," aku mengukir semyum. Riak wajah Lisa berubah. Tangannya ditekup ke mulut.

Terkejut lah tu.

"Wait! Nini? Kau ke?!" jari telunjuknya dihalakan ke arahku. Sebelah lagi tangannya menutup mulut.

"Ya,abang lah. Abang dah agak Lisa mesti tak ingat kat abang dah," ujarku dalam nada sedih sambil buat muka sedih.

Acah.

Saja nak mengada-ngada. Bibir aku juihkan.

"Mana ada aku lupa! Lepas kau pindah tu kita lost contact en. Ha! patutlah aku rasa macam kenal mama and papa kau!" Tambah Lisa. Jarinya dipetik.

"Correction, they're your parents too now," balasku. Memandangkan mama dan papa terus pulang sebaik sahaja majlis akad nikah selesai, Lisa tidak sempat untuk berborak dengan mereka.

"Er sorry. Habis tu macam mana kau tahu aku ni Lisa? I mean Lisa kawan kau waktu kecil?" Soal Lisa ingin tahu. Bersinar muka dia nak tahu jawapan aku.

"Sebab..."


🌼🌼🌼

Yay thanks for reading until this chapter already!! 🙆💕 author nak minta maaf sebab chapter ni hambar sebab idea tak berapa nak muncul sobs ಥ_ಥ

Hope you guys still having interest to continue reading tauu 🙆💕

Do vote and comment gaiss 🙈💕










[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now