Sebaik sahaja mereka berempat melangkah masuk ke dalam Anjung Floria, mereka terpaku dengan keindahan panorama di sekeliling.
"Heol. Daebak!" Ujar Lisa. Mulutnya ternganga melihat kawasan sekililing yang dipenuhi bunga. Maklumlah dia agak jakun sebab tak pernah menjejakkan kaki di situ.
Ala kalau korang pun sama je rasanya? Hehe.
" Daebak kan? Tahun ni, tema dia Magical Worldof Floria. Highlight untuk tahun ni, Chrysanthemum ," terang Kai. Apabila si dia yang tahu tentang bunga bersuara, kalah pembaca berita.
"Wah, tak sangka Kai tahu tentang bunga," ujar Nayeon yang kelihatan sedikit terperanjat dengan pengetahuan yang Kai ada. Ingatkan dia tu fikirkan perempuan je.
"Aku tahulah sikit," balas Kai. Eleh, kembang semangkuk lah tu orang puji. Nasib baik tak meletops kebabomzz.
"Nanti korang akan tengok dia ada bahagi kepada banyak pameran tau. Ada Mystical Forest, Chrysanthemum Garden, Mermaid's World dengan Candy Courtyard," sambung Kai lagi sambil mereka berjalan.
"Wow, serius lah kau ingat semua tu?" Soal Mingyu. Dia tidak menyangka Kai telah membuat kajian sahulu sebelum datang ke sini.
Fuh, salute.
"Siapa kata? Aku tengok tu lah," Kai menunjukkan jarinya ke arah papan tanda yang menunjukkan tanda arah setiap pameran yang dia sebutkan tadi.
"Hek enleh, aku ingatkan kau ingat. Cis tertipu," Mingyu menumbuk bahu Kai. Sampai hati Kai tipu dia.
"Siapa suruh kau ingat macam tu? Aku tak cakap apa pun," balas Kai. Best kenakan Mingyu ni.
"Er, bunga chrysanthemum tu kekwa kan? Kekwa tu macam mana eh? Aku tak pernah tengok pula," tiba-tiba sahaja Lisa bersuara. Dia menoleh ke arah Kai yang berada di sebelahnya. Terpaksa dia mendongak sedikit disebabkan Kai yang tingi sangat.
"Oh, takpe, nanti abang tunjuk," ujar Kai lalu mengenyit mata. Macam biasa.
K sisa-sisa keplayboy-an dia masih berbaki. Masih banyak.
"Kalau macam tu, jomlah kita pergi tempat kekwa dulu ok tak? Nayeon pun tak pernah tengok kekwa," cadang Nayeon. Sebenarnya, Nayeon lebih kepada bercakap dengan Mingyu. Lel.
"Boleh juga. Ok jom pergi dekat Chrysanthemum Garden tu. Jom!" Kai tiba-tiba menarik tangan Lisa membuatkan gadis itu tersentak. Terasa seperti ada kejutan elektrik mengalir tiba-tiba.
Lisa! Jangan mengada nak rasa macam-macam. Bisik hatinya sendiri. Susah nak berperang dengan perasaan ni. Selalu mesti akan kalah.
Percayalah~
Kasihmu lama bersulam diruang paling dalam berlagu--
Ok cukup.
Mereka berempat berjalan beriringan ke arah tempat yang dimaksudkan. Setelah berjalan kira-kira 5 minit barulah mereka sampai di hadapan pintu gerbang Chrysanthemum Garden yang disebut-sebut tadi.
"Cantiknya!" jerit Nayeon. Masing-masing terpaku melihat keindahan taman tesebut. "Awak, jom tangkap gambar!" Nayeon terus menarik lengan baju Mingyu. Tak menyempat.
"Yeon, tangkap gambar kat gajah tu. Kawan lama kau en tu?" kata Lisa. Nayeon memandang gajah yang dikatakan Lisa. Comelnya warna pink!
YOU ARE READING
[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔
Teen FictionSweet talker! Playboy! > Itulah anggapan Lisa terhadap Kai. Dia tidak pernah menyukai Kai sejak awal lagi. Langsung tidak berminat! Tetapi berbeza pula bagi Kai. Entah kenapa, dia begitu tertarik kepada Lisa walaupun Lisa sentiasa bersikap dingin de...