Author tengok reads dengan vote makin sikit nampaknya 😂😂 tapi takpelah I tabah hahaha I akan habiskan jugak special chapter ini seperti yang dijanjikan hokhok. Terima kasih kepada yang masih baca 🙈💕
°°°
Kai melangkah longlai ke arah pejabatnya. Niatnya untuk mengekori Lisa dimatikan kerana dia baru sahaja teringat kunci keretanya berada di pejabat.
Argh, macam mana Lisa boleh salah faham pula ni? Aku tak buat apa pun dengan Jiyoung. Desis hatinya sendiri.
"I minta maaf," sapa Jiyoung sebaik sahaja Kai melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Kai melabuhkan punggung di atas sofa bertentangan dengan Jiyoung."Sebab I lah Lisa dah salah faham," ujar Jiyoung perahan. Kepalanya ditundukkan.
Sesiapa yang melihat Jiyoung pasti tertipu dengan lakonan lima bintangnya itu.
"Its okay. Its not your fault. Benda dah nak jadi nak buat macam mana," jawab Kai lalu tersenyum tawar. Hanya mahu menyedapkan hati Jiyoung padahal jika diikutkan hatinya memang dia mahu memarahi Jiyoung yang manariknya sehingga dia terjatuh.
Namun, dia tidak sampai hati apabila memikirkan keadaan gadis itu yang tidak sihat.(lah sangat)
Jiyoung mengangkat mukanya memandang Kai. Ada air mata bergenang di tubir matanya.
Serius, dia layak memegang anugerah pelakon wanita terbaik!
"I akan cuba betulkan salah faham ni. I akan pergi jumpa Lisa dan terangkan semuanya," kata Jiyoung bersungguh-sungguh. Air mata palsunya diseka.
Sungguh, dia berterima kasih kepada eye-mo kerana membantunya mengeluarkan air mata itu bagi me'real'kan lagi lakonannya.
"Betul ke ni?" Soal Kai. Sedikit sebanyak, dia berasa gembira mendengar kata-kata Jiyoung itu. Tak adalah dia pening nak fikir untuk membuatkan Lisa percaya.
"Betul. I akan tolong. Tapi kena bagi lah nombor phone Lisa. Nanti I boleh contact dia," tambah Jiyoung lagi lalu tersenyum manis.
Nampaknya Kai dan Lisa telah masuk ke dalam perangkapnya.
"Thanks Ji, really. Nanti I bagi contact Lisa," ujar Kai. Dia berasa sedikit lega dengan adanya bantuan daripada Jiyoung.
Jika dia tahu rancangan Jiyoung, takkan terkeluar ucapan terima kasih itu dari bibirnya.
"Not a big problem. Oklah, I gerak dulu. Ada banyak lagi kerja kat pejabat tu," kata Jiyoung lalu perlahan-lahan bangun daripada sofa sambil memegang kepalanya.
Kononlah masih sakit kepala.
"Eh boleh ke you nak drive ni?" tanya Kai risau. Yelah nanti kalau ada apa-apa berlaku, tak pasal je.
"Tak apa, I dah biasa, kejap lagi I makan ubat," balas Jiyoung sambil mengatur langkah ke pintu. Kai hanya mengangguk mendengar kata-kata Jiyoung. Takkan nak bantah pula kalau dah tuan punya badan cakap okay.
"Okay, take care. Drive carefully," pesan Kai sebelum Jiyoung melangkah keluar dari bilik pejabatnya itu. Jiyoung hanya mengangguk dan tersenyum.
Pintu kembali ditutup. Kai sudah tiada mood untuk melakukan aa-apa sedangkan kerjanya masih berlambak. Fikirannya menerawang memikirkan Lisa.
Apa yang dia tahu, balik ni dia perlu memujuk Lisa walaupun dia tahu pastinya tidak mudah untuk Lisa mempercayainya.
°°°Lisa POV
"Sayang?" pintu dikuak dari luar namun aku langsung tidak menoleh.
Entah mengapa, hati aku rasa luluh mendengar suara Kai. Aku masih tak sangka dia curang di belakang aku. Sejak aku pulang tengahari tadi, aku langsung tak henti menangis. Mataku juga sudah sembab.
"Sayang, dah tidur ke?" soal Kai lembut. Aku dapat rasakan dia sudah duduk di atas katil.
Hati aku meronta menyuruh aku menoleh ke arahnya tapi fikiran aku menidakkan. Aku tak nak tengok muka dia. Aku risau aku akan menangis lagi.
"Tidur dah eh?" Tangan Kai membelai rambutku dengan lembut. Aku merapatkan lagi mataku. Ya tuhan, hati aku tak kuat.
"Pasal hari ni, semua tu tak macam apa yang sayang fikirkan. Abang cuma tolong Jiyoung je," ujar Kai lagi. Aku tak pasti sama ada dia tahu aku berpura-pura tidur atau dia cuma mahu meluahkan.
Tapi, Jiyoung? Perempuan tadi tu Jiyoung?
"Abang minta maaf sangat sebab buat sayang salah faham. Kesian sayang. Penat masak untuk abang tapi--" dia melepaskan keluhan kecil. Seperti kesal dengan apa yang berlaku.
Dia sendiri yang buat. Kenapa nak kesal pulak?
"Im so sorry for hurting you," ujar Kai perlahan. Kemudian aku dapat rasakan kucupan hangat di kepalaku lalu Kai bangun daripada katil. Mungkin mahu membersihkan diri.
Air mata yang aku tahan sedari tadi akhirnya jatuh. Betul ke apa yang Kai katakan?
Aku keliru. Aku tak tahu sama ada aku patut percaya atau tidak. Tapi kenapa ada Jiyoung di pejabat Kai?
Mungkin ke Kai menjalinkan hubungan dengan Jiyoung semula? Argh aku tak tahu!
Apa yang aku pasti, aku nampak sendiri Kai dan Jiyoung bermesra di depan mata aku. Takkan mata aku menipu?
Tapi, kata-kata Kai tadi kembali menerjah mindaku. Apa yang dia maksudkan dengan tolong Jiyoung? Takkan tolong sampai berpeluk macam tu?
Ah, alasan!
Makin aku fikir, aku menjadi semakin keliru. Sumpah, aku nak sangat percaya apa yang Kai cakap dan buang rasa ragu-ragu aku.
Tapi aku tak mampu. Apa yang aku nampak sukar untuk aku padamkan dengan mudah. Hati aku retak bila teringat insiden tadi.
Bagitahu aku, perempuan mana yang tidak terguris hatinya melihat suami sendiri bermesra dengan perempuan lain?
Mungkin Kai jujur tapi macam mana kalau dia tipu? Terlalu banyak 'kalau' yang bermain di benak fikiran aku ketika ini.
Patut ke aku percaya kata-kata Kai atau percaya apa yang aku nampak?
Aku cintakan Kai tapi adakah dia mencintai aku sebagaimana hati aku mencintai dia? Kenapa sekarang aku mula meragui semuanya sedangkan kami baru saja berkahwin tidak sampai lima bulan.
Aku tak suka meragui keikhlasan Kai kepada aku tapi aku cuma manusia biasa. Aku tak boleh mengelak daripada berfikiran negatif.
Lebih-lebih lagi selepas peristiwa tadi.
Kai, bagitahu saya.
Hati awak tak berubah kan?
🌸🌸
Thanks for reading (´∀`)♡ sorry kalau bosan uhuhu.
YOU ARE READING
[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔
Teen FictionSweet talker! Playboy! > Itulah anggapan Lisa terhadap Kai. Dia tidak pernah menyukai Kai sejak awal lagi. Langsung tidak berminat! Tetapi berbeza pula bagi Kai. Entah kenapa, dia begitu tertarik kepada Lisa walaupun Lisa sentiasa bersikap dingin de...