Chapter 26.

370 69 74
                                    

"Tapi en..."

"Tapi apa?" Tanya Lisa ingin tahu. Biasalah dia, semua nak ekspres. Andai lah ada butang fast forward, memang dah lama dia tekan untuk cepatkan apa yang Kai nak cakap tu.

"Tapi... " Kai merapatkan wajahnya dengan Lisa. Lisa pula semakin bergerak kebelakang.

Janganlah dekat macam ni. Jantung aku rasa macam nak tercabut. Getus hati Lisa.

Kai pula semakin lama semakin dekat sehingga hidungnya hampir menyentuh wajah Lisa. Bibirnya didekatkan dengan Lisa.

Aiyokk!

"STOP IT! JANGAN DEKAT! NO KISS!" serentak itu Lisa menolak muka Kai sekuat hati sampai nak tersembam kebelakang suaminya tu.

Saya bersimpati :')

Lisa bingkas bangun lalu terus melangkah keluar daripada bilik. Pipinya terasa berbahang.

Kai pula terpinga-pinga namun perlahan-lahan bibirnya menguntum senyum. "No kiss?" Ala, ingatkan dia tak tahu," bisiknya perlahan.

"Boleh pula dia tolak muka aku yang kacak lagi tampan ni. Lisa, Lisa," ujar Kai sendiri. Dia menggosok-gosok pipinya yang ditolak oleh tapak tangan Lisa tadi. #Kaitabah2k17

"Aku baru je nak--"

Kata-kata Kai terhenti apabila Lisa tiba-tiba melangkah masuk ke dalam bilik. Tangannya memegang comforter yang diambil di bilik tetamu tadi.

"Eh sayang, nak tidur dah ke?" Kai bangun lalu melangkah ke arah Lisa."Abang pun nak tidur dah ni. Comforter ni nak buat apa?" jarinya ditunjukkan ke arah comforter pada tangan Lisa.

"Untuk kau. Aku tidur atas katil, kau tidur lah kat sofa tu eh? Jangan risau, aku jamin sofa tu memang selesa!" Lisa menghulurkan comforter tersebut kepada Kai. Kepala diangguk-angguk laju untuk membuktikan betapa selesanya sofa tu.

Kai ternganga. Kena tidur atas sofa? Tak adil! Namun dia tetap menyambut comforter yang dihulurkan Lisa itu.

"Ok dah. Selamat malam," Lisa segera memanjat katil dan menarik selimut. Badannya membelakangi Kai. Mata ditutup rapat. Tidur Lisa tidur.

Kai yang melihat gerak-geri Lisa hanya tertawa kecil. Alahai, nampak sangat Lisa sebenarnya malu tentang tadi. Apa boleh buat, terpaksalah dia tidur di sofa juga malam ni.

Kakinya diatur ke arah Lisa yang kononnya sedang tidur tu. Bibirnya didekatkan dengan telinga Lisa.

"Goodnight sayang. Mimpikan abang," bisik Kai perlahan. Dia sempat membelai rambut Lisa sebelum menutup lampu lalu melangkah ke arah sofa.

Mohon kau baik dengan aku eh malam ni Sofa. Getus hati Kai. Semoga sofa itu memang selesa seperti yang Lisa katakan.

Jika tidak, pasti esok pagi matanya sembab kerana tidak dapat tidur semalaman. Tanpa berlengah, Kai terus melabuhkan diri di atas sofa. Ok memang empuk.

Kai terus menutup matanya. Mungkin kerana terlalu penat, dia terus terlelap. Nampaknya, memang selesa sungguh sofa tu sampai beberapa saat je dah boleh tertidur.

20 minit kemudian.

Lisa POV

Ish apasal aku tak boleh tidur ni? Selimut di badan aku tolak. Aku sempat menjenguk ke arah Kai yang berada di sofa. Em macam dah lelap je.

Aku duduk dan membetulkan posisi. Haih apasal aku susah nak tidur ni? Apasal Kai senang je? Tak adil!

Rasa haus lah pula tekak ni. Tapi aku malas nak ke dapur haih. Aku termangu seketika. Berkira-kira nak pergi ke tak?

Pergi jelah! Bukan rugi pun. Perlahan-lahan aku menuruni katil. Tidak mahu Kai terjaga tapi nampaknya nasib aku tak berapa nak baik sebab aku terlanggar laci yang terletak di sebelah katil.

"Ouch!" Aku terjerit kecil lalu menggosok-gosok peha kananku. Sakit! Sempat aku menoleh ke arah Kai. Fuh, nasib baik dia tak sedar.

Aku segera melangkah ke arah pintu dengan menjengketkan kaki supaya tiada bunyi. Tanganku baru sahaja hendak mencapai tombol pintu tapi,

"Sayang? Nak pergi mana?"

Duh, Kai dah terjaga pula. Aku berpaling. Kai sedang mengesat-ngesat matanya sambil bangun daripada pembaringan. Dia memandang aku. Walaupun tak ada pencahayaan, tapi masih boleh nampak.

"Er, nak pergi dapur. Haus. Maaf buat kau terjaga," balasku kekok. Aku lihat Kai sudah bangun daripada sofa dan melangkah ke arahku. Apahal pula ni?

"Abang teman," ujar Kai. Aku tak tahu lah dia betul-betul dah jaga ataupun mamai ni? Ke mengigau?

"Eh takpelah. Aku boleh pergi sendiri lah," aku menolak. Takkan minum air pun nak diteman kut? Ingat aku ni budak kecil ke?

Tapi en, apasal apa yang berlaku sekarang ni macam nak dekat sama dengan mimpi aku petang tadi...

"Ala takpelah. Biarlah abang teman. Abang suka teman Lisa" kata Kai lagi. Bibirnya dijuihkan. Apakah? Dia ni mengingau ke apa?

"Baik kau tidur. aku rasa kau mengigau ni. Shuhh shuhh," aku menolak Kai ke arah sofa semula tapi dia tahan diri dia so aku tak boleh nak tolak.

Tiba-tiba, tangan aku dipaut oleh Kai. Dia menoleh ke arahku. Aku melihat mata dia yang turut merenung ke dalam mata aku. Eye contact.

Ok aku ketar!

"Abang tak mengingau. Salah ke abang nak teman isteri abang?" ucapnya lembut. Selama aku kenal dia, inilah suara dia yang paling lembut aku pernah dengar.

Sumpah tak tipu!

Dup dap dup dap.

Weh, Jantung aku!

"Er, bu-bukan salah tapi kau tidur jelah," dapat aku rasakan dan dengar getaran dalam suara aku. Mataku dialihkan daripada Kai.

Mohon jangan pandang aku macam tu, please! Aku rasa aku tak cukup oksigen asdfghjkl!!

No!

Jangan tergoda ok Lisa!

"Aku haus lah," aku menarik tangan aku dan segera melangkah keluar daripada bilik. Lantaklah Kai nak ikut ke tak. Aku tak peduli. Apa yang aku peduli ialah jantung aku yang macam nak tercabut ni.

Dan ya, aku dengar derap kaki Kai. Dia tetap mengekoriku.

Uh.

Whatever.

🌼🌼🌼

Maaf kalau chapter ni merepek jee uhukk. Sememangnya tiada apa yang penting pun dalam chapter ni kan? 😂 merapu adalah 😂🔫 tapi entah kenapa idea muncul pula hehe so why not buat kann hehe.

Thank you for reading guys (´∀')💕

Vote dan komen anda dihargai ❤

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now