"Lisa, abang nak tanya, boleh?" soal Kai secara tiba-tiba. Dia menutup buku lalu menolaknya ketepi.
Lisa yang berada di hadapan Kai berhenti menulis. Dia mengangkat kepala untuk memandang Kai.
Tepat.
Segera Lisa mengalihkan pandangan ke tempat lain. "Tanya apa? Tanya je lah," balasnya lalu kembali menulis untuk menghilangkan perasaan debar tak tentu hala yang tiba-tiba sahaja hadir.
Aish, menyampahnya! Lisa menjerit sendiri di dalam hati. Yelah takkan nak jerit betul-betul? Cukup-cukup lah dia buat perkara memalukan di hadapan Kai. Dia sudah tidak mahu.
"Kalau Lisa lah en, nak konsep apa waktu kahwin?" Soal Kai. Kerusinya ditarik ke depan sedikit untuk memudahkan perbualan. Tangan diletak elok di atas meja.
"Eh? Kenapa tanya?" soal Lisa, bingung. Dia nak kahwin ke...? bisik hati Lisa.
"Tak, cousin abang tu ha dia yang nak kahwin tapi dia minta pendapat abang. Masalahnya abang pun tak ada idea," balas Kai lalu mengetap bibir. Risau sungguh nampaknya.
"Kenapa tanya aku? Tanyalah bakal isteri dia," Lisa bertanya pelik. Bukannya dia yang akan kahwin dengan sepupu Kai. Tanya dia pun macam tak ada guna.
"Masalahnya lagi, dia tak kenal lagi siapa bakal isteri dia. Mama dia yang tolong cari," terang Kai lalu mengeluh.
Tak, kenapa dia yang kena fikir masalah sepupu dia sekarang ni?
"Ohh," Lisa mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Ingatkan Kai yang nak kahwin. Fuh lega bukan.
"Habis tu, kenapa tak berkenalan?" soal Lisa lagi. Kalau tak kenal, maka tak cinta kan? Haa.
Kai menggaru-garu kepala untuk mencari jawapan. Dahinya dikerutkan. "Em tu abang tak tahu lah pula. Abang malas nak tanya lebih-lebih. Hehe," dia tersengih.
"Hm, maksud kau macam tema untuk dekorasi kan? Kalau dekorasi, aku nak macam vintage sikit," ujar Lisa. "Tapi itu kalau aku, kalau bakal isteri dia manalah aku tahu," sambung Lisa. Dia menjongket bahu sambil mengangkat kening.
"Ya? Ok ok nanti abang bagitahu Taehyung. Thanks Lisa," Kai kembali duduk bersandar. Lega kerana telah mendapat jawapan yang sepatutnya. Macam nak pecah kepala otak dia fikir tema apa yang sesuai untuk perkahwinan itu nanti.
"Taehyung?" riak wajah Lisa menunjukkan dia tidak mengenali siapa yang dimaksudkan Kai.
"Haah, sepupu abang tu nama dia Taehyung. Kim Taehyung. Ayah dia adik beradik ayah abang," terang Kai sambil tersenyum. Sebenarnya apabila dia berada dengan Lisa, senyuman memang tak pernah lekang di bibir.
Terasa seperti berada di awangan. Ceh.
Lisa juga yang terseksa sebab jantung macam nak terkeluar bila nampak Kai senyum dan terpaksalah kelam-kabut meng'cover' dia punya sengih.
YOU ARE READING
[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔
Teen FictionSweet talker! Playboy! > Itulah anggapan Lisa terhadap Kai. Dia tidak pernah menyukai Kai sejak awal lagi. Langsung tidak berminat! Tetapi berbeza pula bagi Kai. Entah kenapa, dia begitu tertarik kepada Lisa walaupun Lisa sentiasa bersikap dingin de...