Special #2: Feeling betrayed

329 52 33
                                    

"Ahjumma, Lisa keluar dulu ya?" Laung Lisa dari pintu rumah. Dia segera menyarung kasutnya.

Kelam kabut Ahjumma Lee berjalan ke pintu depan. Dia punyalah tengah seronok buat zumba dekat dapur. Kacau betul Lisa ni.

"Hati-hati drive ya Lisa," ujar Ahjumma Lee. Sebenarnya dia memanggil Lisa dengan panggilan Puan ketika awal-awal Lisa pindah di situ tetapi Lisa memintanya agar menggunakn panggilan Lisa sahaja.

Lagi pula, umur ahjumma Lee juga lebih kurang sebaya ibunya. Tak ke Lisa kekok kalau dia panggil Lisa, Puan?

"Iyaa. Lisa tak adanya nak bawa laju ke apa," balas Lisa lalu tertawa kecil. Risau sangat pembantu rumah Kai ni.

Tanpa berlengah Lisa terus menghidupkan enjin keretanya. Bekal makanan untuk Kai diletakkan di sebelah seat pemandu.

Memang dia sengaja tidak mahu memberitahu Kai yang dia akan datang hari. Nak buat kejutan.

Mari kita tengok siapa yang akan terkejut nanti.

Lisa mula memandu keluar daripada perkarangan rumah itu untuk ke pejabat Kai yang terletak kira-kira 25 minit dari rumah.

Tanpa Lisa sedari ada sepasang mata sedang memerhatikannya sedari tadi. Lebih tepat, pemilik mata tersebut telah berada di situ sejak setengah jam yang lalu.

Keypad telefon bimbitnya ditekan laju untuk memaklumkan pergerakan Lisa kepada bosnya.

Bos

Dia dah gerak.

Bagus.

Ikut dia.

Make sure kau bagitahu aku bila dia dah nak sampai office.

Ok.

Tanpa membuang masa, dia terus mengekori kereta Lisa seperti yang diarahkan bosnya.


°°°

Neukkyeobwah close to you and close to you

Modeungeol da julge nega boini close to me and close to me

Kajyeoga~ nan

Up and down ahh

Telefon bimbit Jiyoung berdering. Segera dilihat nama pemanggil yang muncul di skrin smartphone itu.

"Excuse me," Jiyoung meminta diri. Kai hanya mengangguk tanpa memandang ke arah Jiyoung. Gadis itu melangkah ke hujung bilik. Tidak mahu Kai mendengar perbualannya.

"Dia dah sampai dekat tempat parking," ujar si pemanggil. "Okay, bagus," sejurus itu Jiyoung terus meletakkan panggilan. Dia tidak mahu Kai mengesyaki apa-apa.

Dia kembali melangkah ke arah Kai dan mula menguntum senyum. Sudah tidak sabar untuk memulakan agendanya.

"Eh kejapnya?" Tanya Kai pelik setelah melihat Jiyoung kembali duduk di dahapannya.

"Salah nombor," balas Jiyoung sepatah. Tiba-tiba dia mengerutkan dahinya. Kepalanya dipegang.

"Ji? Are you okay?" Soal Kai yang perasan perubahan pada wajah Jiyoung. Gadis itu kelihatan seperti sedang menahan sakit.

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now