Chapter 22.

466 72 132
                                    

Lisa POV

Aku terjaga. Jam di sebelah aku kerling. Nampak macam 2 pagi? Gelap sangat jadi mata aku pun tak jelas.

Aku ingin melelapkan semula mata apabila aku seperti terdengar bunyi orang berjalan di hadapan pintu bilik.

Siapa pula pagi-pagi ni? Ibu ke?

Tapi tak. Ibu jarang sangat nak terjaga pagi-pagi macam ni. Lagipun buat apa pula nak lalu depan bilik aku kalau nak ke dapur pun? Bilik ibu di bahagian lain.

Aish, siapa eh? Aku seram lah. Macam mana kalau bukan manusia?

Aku bangun perlahan-lahan daripada katil. Aku tak puas hati! Aku kena juga tahu siapa yang lalu depan bilik aku. Kalau tak, nanti aku tak boleh tidur!

"Sayang, nak pergi mana?" aku menoleh melihat empunya suara.

Kai mengesat matanya. Ala macam orang baru bangun tidur tu lah.

Alahai comel pula suamiku ini. Aku rasa nak cubit je sampai puas.

"Sayang?" ujar Kai lagi setelah melihat tiada respons daripada aku. Suaranya serak sebab baru bangun tidur kan.

"Oh ah, nak pergi dapur kejap. Haus lah," tipuku. Malaslah nak cakap aku dengar tu. Tak ada fungsi pun.

"Haus? Jap biar abang teman," dia terus bangun daripada katil dan berjalan ke arahku. Amboi! Lajunya awak.

"Eh tak apa lah. Saya boleh pergi sendiri lah. Minum air je pun," aku menolak. Aku bukan budak kecil lah aduh.

Sekarang, dia berdiri betul-betul di hadapan aku. Dalam bantuan cahaya bulan dan lampu kat luar, aku nampak dia merenung ke dalam mata aku dengan pandangan yang meng-

Ya, mengantuk.

Sesungguhnya, aku tak suka keadaan sekarang ni! Dekat gila Kai dengan aku. Jantung aku rasa macam nak tercabut.

Maigad.

"Ala takpelah, apa salahnya abang teman," entah kenapa dia makin dekatkan muka dia pula dengan aku. Aku pula berundur setapak demi setapak ke belakang.

"Atau abang-"

"Y-Ya, teman je lah!" Aku terjerit sedikit. Dada kai aku tolak.

"Mengalah pun," dia ketawa kecil lalu menarik tanganku untuk keluar daripada bilik.

Suka kan kau kenakan aku? Ish. Sepak kang.

Kami menuruni tangga. Aku tak faham apa fungsi dia pegang tangan aku? Macamlah aku ni tak nampak nak turun tangga tu.

"Abang pegang ni sebab takut sayang jatuh. Ha kalau jatuh nanti abang juga yang susah," ujarnya tiba-tiba. Eh? Macam tahu-tahu je apa yang aku fikir.

Aku hanya mendiamkan diri. Malas hendak membalas. Aku menuruni tangga sambil melompat-lompat. Memang aku macam ni daripada kecil.

Dah banyak kali ibu nasihat tapi aku tak endahkan. Dah biasa dah.

Entah macam mana, mungkin disebabkan pencahayaan yang kurang atau tuhan nak bagi aku pengajaran supaya turun tangga elok-elok, aku terlepas satu anak tangga yang terakhir.

"Aaaaaa!!" Aku menjerit. Aku menutup mata kerana tidak sanggup untuk melihat diri sendiri mencium lantai.

Aku dah jatuh ke?

Perlahan-lahan aku membuka mata.

Memang aku jatuh.

Tapi apasal punggung aku macam tak jejak lantai ni?

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now