Aku memandang Nayeon. Kali ni aku pula memberikan muka penyek kepadanya. Apa kaitan Kai dengan aku? Takde kaitan ok.
Aku ulang, TIADA KAITAN.
"Tolong jangan bagi aku muka tu please. Rasa nak tumbuk je. Nampak busuk sangat tahu tak?" ujar Nayeon.
Ceh! Dia bagi aku muka penyek tu takpe pula? Aku rasa nak lenyek je tadi. Tapi, aku kan baik hati manalah aku sampai hati kan.
Aku hanya mengelip-ngelipkan mata tanda tidak mahu peduli dengan apa yang dia katakan. Busuk pun busuklah. Yang aku tahu, aku wangi.
Yeon ni pun, cepatlah, kata nak cerita pasal aku tadi. Aku malas nak tanya lagi sekali. Nanti dia kata aku berminat pasal bangKai tu pulak. Tak nak aku.
Seperti mendengar isi hati aku yang terpendam ni, Nayeon kemudiannya berdehem. Tu tandanya dia nak start cerita.. Haa chemistry antara kami kuat tau.
Kau hade?
" Tadi, kan aku pergi jumpa Mingyu," Aku lihat Nayeon tersengih sengih ketika menyebut nama Mingyu.
Eleh, dating lah tu! Patutlah lambat datang sini. Sampainya hatimu meninggalkan kawanmu yang comel ini berseorangan :'(
"Dah, cepat. Kalau kau nak cerita pasal date kau tu kejap lagi. Cerita pasal apa kau nak cakap dulu," gesaku. Saja nak buat Nayeon sakit hati. Actually, tu memang hobi aku pun.
"Ya, ya," Nayeon mengangkat kedua belah tangannya tanda mengalah. Tak berguna kalau nak gaduh dengan Lisa ni.
At the end, dia yang kena semula. Ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Hm macam tak sesuai je peribahasa ni?
"Ok macam ni, kan aku jumpa Mingyu, time tu dorang baru je habis kelas. Then, aku ternampak Kai pun keluar daripada kelas. Kau kenal tak that girl nama Eun Hee?" tanya Nayeon kepadaku. Dia mengoncang-goncangkan lenganku.
Semangat benar gayanya! Nasib baik tak tercabut lengan aku yang lawa putih mulus tulus ni.
Aku senyap. Otakku ligat berfikir siapa yang dimaksudkan Nayeon itu. Sel-sel otak mula berhubung dan berfungsi ibarat iklan susu baby yang aku dah lupa jenama apa tu.
Jenama apa eh?
Eh kenapa aku nak fikir pula? Ish dah dah. Fokus Lisa fokus.
Aku cuba mengingat setiap perempuan yang pernah aku nampak berjalan bersama Kai.
No way girl. Aku tak dapat nak recall. Ramai sangat!
"Kau ingat ke tak?" tanya Nayeon lagi. Dia menggoyangkan lenganku sekali lagi. Bisan menunggu aku memberikan reaksi.
Rileks, baru berapa saat kut! Gaya dia macam dah sebulan eh tak, setahun tunggu aku respond. Ibarat macam sempat kura-kura kalahkan arnab yang tertidur kerana kekenyangan.
"Sabar lah Yeon, aku tengah cuba ingat lah ni," aku masih tidak berputus asa. Arhh yang mana satu ni?
Yang pendek tu ke? Eh atau yang seksi tu? Hm tak kut, aku rasa yang hidung mancung tu agaknya. Tapi, yang rambut blonde tu pun aku rasa nama dia macam EunHee.
5 minit kemudian.
Puas aku fikir tapi aku tak tahu juga mana satu Eun Hee. Okay Lisa, masa untuk give up. Angkat bendera putih sekarang!
Eh acah je aku ni.
Aku menoleh ke arah Nayeon di sebelah kanan. Aikk?
Tak guna, dia boleh pula tidur. Siap ada bunyi 'krohh krohh' pula tu. Patut ke aku panggil Mingyu sekarang? If you know what i mean by that.
Confirm terus cancel drpd list bakal isteri.
Ish, Aku punyalah fikir macam nak tercabut kepala otak tadi huhu. Nasib baik kepala dan otak aku masih berada di posisi asal mereka fuh.
Tapi siapa suruh aku fikir? Aku je gatal kepala nak fikir sendiri. Eh gatal kepala? Ada kelemumur ke kat rambut aku? *menjerit sehingga mengejutkan semut berdekatan Lisa yang sedang berjalan berkumpulan membawa makanan ke sarang mereka sehingga terlompat-lompat semut-semut tersebut sambil melatah 'Oh mak kau meletop kebabomzz masuk longkat tepi parit hantu mak limah balik rumah' Ingatkan gempa bumi huhu*
K tak lawak k. Hambar.
Mungkin aku patut tukar guna Head and Shoulders pula. Tak pun, Clear ke? (Ok cancel part ni. Dah gaya macam nak promote)
Ala ,manalah tahu kut boleh jadi duta syampu macam snsd ke lepas ni. Ha tak ke popular?
Nayeon mengangkat kepalanya daripada meja secara tiba-tiba.
Terkejutzzz mak!
Ni gaya macam zombie sebelah kampung pisang. Kalah zombie Train To Busan ni.
Bangun pun minah ni. Ingatkan nak tidur sampai esok punya esok punya esok punya esok.
"Kau ke jerit tadi?" Tanya Nayeon. Riak wajahnya kelihatan clueless. Dah apahal Lisa menjerit tengah hari buta macam ni? Sewel ke sawan?
"Ada ke aku jerit? Tah, tak ingat pun," aku buat-buat berfikir. Mimpi lah tu! Bila masa pula aku jerit? Aku diam je daripada tadi. Buat apa lah aku nak jerit? Aku masih waras ye.
Sebenarnya memang dia jerit tapi dia ingatkan dia jerit dalam kepala otak je. Pfft logik ke?
"Anyway, weh cepatlah. Aku give up," aku menjuihkan bibir lalu memandang Nayeon. Dia tersenyum hingga ke telinga.
Finally! Tahu pun nak mengalah Cik Lisa sorang ni.
🌼🌼🌼Thanks baca chapter 5❤ maaf lah lawak hambar je mampu sebab author tak berapa nak ada sense of humor hahaha. Do vote/comment kay (´∀')❤ keep on reading! ❤
YOU ARE READING
[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔
Teen FictionSweet talker! Playboy! > Itulah anggapan Lisa terhadap Kai. Dia tidak pernah menyukai Kai sejak awal lagi. Langsung tidak berminat! Tetapi berbeza pula bagi Kai. Entah kenapa, dia begitu tertarik kepada Lisa walaupun Lisa sentiasa bersikap dingin de...